Selasa, 16 Disember 2014

Semangat Kesukanan & Semangat Asean

Sepanjang minggu lepas penulis berbengkel buku teks di Hotel Ramada, Kuala Lumpur. Sepanjang berbengkel, pantang ada masa yang terluang, ahli panel kami pasti akan memperkatakan tentang bolasepak negara. Maklumlah pada masa tersebut masih dalam suasana kehangatan bolasepak Piala Suzuki yang sedang berlangsung...
Penulis ketika berada di dalam stadium.
Sudah tentu ramai yang kecewa. Kecewa bukan kerana pasukan bolasepak Malaysia tewas 2 - 1 dengan pasukan Vietnam, tetapi kecewa kerana segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam sehingga ada yang tercedera. Ini mungkin disebabkan kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan pasukan bolasepak negara. Peristiwa ini amat memalukan negara. Tetapi, setelah pasukan bolasepak Malaysia menang 4 - 2 perlawanan kedua di Vietnam, kehangatan berita keganasan bolasepak ini sedikit berkurangan.
Dua orang baju kuning itu adalah pemandu pelancung dan pemandu bas kami yang turut menyokong Malaysia.
Tetapi yang agak memeranjatkan, sambutan penyokong Vietnam terhadap penyokong Malaysia di Stadium My Dinh di Hanoi. Mereka menyambut baik kedatangan penyokong kita, malah mereka menghormati penyokong kita sebagai tetamu negara mereka.
Kami bebas bersorak walaupun duduk bersama-sama dengan penyokong Laos.
Rupanya-rupanya penyokong sukan bola sepak di Vietnam lebih bertamadun. Bukan setakat tiada sebarang insiden seperti pergaduhan, bahkan tiada kelihatan langsung kelibat mercun disepanjang perlawanan. Tetapi lain pula halnya jika di Malaysia, tidak kira menang ataupun kalah, tidak lengkap jika tidak diselami dengan bunyi dentuman mercun...
Sungguh sporting penyokong Laos. Cuba anda bayangkan jika TokMo ini rakyat Laos di Stadium Bukit Jalil?
Benarlah ungkapan seorang wartawan di akhbar Metro Ahad iaitu tahi yang kita bagi tetapi Vietnam balas dengan bunga. Inilah baru dipanggil semangat kesukanan bukannya semangat pergaduhan seperti yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong bola sepak di negara kita.
Aksi perlawanan antara Malaysia vs Laos.
Penulis pernah berkunjung hampir kesemua negara-negara Asean. Penulis ke negara-negara ini untuk menyokong atlit negara yang bertanding di Sukan SEA. Dalam banyak-banyak negara Asean, penulis tertarik dan memuji penyokong-penyokong bolasepak di negara Laos. Ini adalah pengalaman manis penulis ketika menyokong pasukan bolasepak negara diperlawanan separuh akhir Sukan Sea di negara tersebut pada tahun 2009 yang lalu.
Kami bebs bersorak dan bermain gendang setelah tamat perlawanan.
Ketika itu Stadium Utama Vientine dipenuhi 30.000 penyokong tuan rumah. Manakala penyokong Malaysia termasuk penulis tidak sampai 300 orang pun. Penulis dapati, tiada kawalan daripada pihak polis atau keselamatan oleh negara tuan rumah. Tetapi, kami rasa selamat. Malah, kami berasa enjoy, selesa dan bebas mencari tempat duduk masing-masing. Tiada sebarang provokasi dari penyokong tuan rumah terhadap kami. Malah mereka bertepuk tangan dengan kehadiran kami sebagai tetamu mereka. Apa yang menariknya, kami sama-sama bangun berdiri tegak ketika lagu kebangsaan negara masing-masing sedang keudara.
Jika kita bayangkan jika ini adalah kumpulang penyokong lawan yang menang di tempat lawan?...
Semasa perlawanan tiada sebarang insiden pergaduhan berlaku. Suasana perlawanan terkawal dan sangat meriah walaupun tiada bunyi-bunyian dentuman atau letupan dari pembakaran mercun. Kami bebas bersorak untuk pasukan Malaysia manakala penyokong Laos bebas bersorak untuk pasukan mereka. Tiada sorakkan yang berbau provokasi diantara kami. Kami bebas bersorak, bermain gendang dan mengibarkan bendera Jalur gemilang negara Laos..
Di luar stadium juga kami bebas bersorak tiada gangguan dari penduduk Laos.
Pasukan bolasepak Malaysia menang dengan jaringan 3 - 1. Malaysia  berjaya melayakkan diri keperlawanan akhir dan akan bertemu dengan musuh tradisi iaitu pasukan Vietnam. Walaupun pasukan Laos tewas, namun penyokong-penyokong Laos kelihatan tidak kecewa. Malah, kebanyakkan mereka menunjukkan isyarat jari "good" dan mengucapkan tahniah kepada kami. Mereka langsung tidak menganggu kami ketika meraihkan kemenangan pasukan bolasepak negara dengan menyanyi, menari dan bermain gendang/kompang dari dalam stadium sehinggalah di luar stadium.

Penulis ada bertanya salah seorang penyokong Laos kenapa mereka masih berasa gembira dan tidak kecewa walaupun pasukan bolasepak mereka tewas kepada Malaysia ketika itu. Mereka kata, mereka sudah gembira dan berpuashati kerana pasukan negara mereka berjaya masuk ke separuh akhir. Mereka kata, pasukan bolasepak Laos telah mencipta sejarah untuk negara mereka kerana kali pertama masuk ke Separuh Akhir Sukan SEA.

Akhirnya pasukan bolasepak Malaysia memenangi pingat emas di bumi Laos dengan mengalahkan pasukan Vietnam diperlawanan akhir. Diharap pasukan bolesepak Malaysia dapat memenangi Piala Suzuki 2014 ini untuk kali yang kedua. Dan diharap juga tiada sebarang insiden yang tidak dingini berlaku.

Semoga berjaya.