Isnin, 22 Disember 2014

Pekena Sate Station Ampang Waterfront..

Semalam, penulis sekeluarga pekena sate di Restoran Satay Station. Dikatakan restoran mereka yang ketiga selepas Kampung Pandan dan Setiawangsa. Lokasinya ialah berhadapan dengan lampu isyarat simpang 3, Jalan Bukit Belacan ke Hulu Langat/Kajang. Restoran ini mengambil keseluruhan ruang bawah kompleks perniagaan di situ.
Pintu masuk Restoran Satay Station Ampang Waterfront.
Oleh kerana rumah penulis sudah berhampiran dengan Restoran Satay Station ini, kami tiba awal, iaitu sebelum masuknya waktu Maghrib lagi. Pada masa itu, restoran baharu dibuka dan masih belum ramai pelanggan tegar sate yang datang.
Bagunan Restoran Satay Station.
Sudah tiga tahun restoran sate ini beroperasi di Ampang Waterfront ini. Restoran sate ini semakin popular dan semakin ramai pengunjungnya. Di sebelah malam pula, pengunjung dihiburkan oleh nyanyian tradisional. Persembahan ini adalah sebahagian dari aktiviti promosi restoran sate ini. Persembahan yang ditunjukkan adalah menghiburkan serta bertepatan dengan tema restoran ini.
Kawasan drive thru.
Selepas waktu Mahgrib, semakin ramai pengemar sate tegar yang datang. Ramai diantara mereka datang dalam berkumpulan atau datang dengan seisi keluarga mereka.
Harga boleh tahn. Sesekali kalau teringin bolehlah hehehe.....
Didapati masih banyak lagi gerai yang belum dibuka. Buat masa ini, selain dari gerai sate, hanya gerai mi rebus dan mi bandung sahaja yang sedang beroperasi. Gerai-gerai selain dari sate adalah gerai “sub-tenant” yang mana ianya disewakan kepada peniaga-peniaga lain tetapi beroperasi dibawah logo restoran sate ini.
Sate Station...
Lebih kurang 15 ke 20 minit kami menunggu, hidangan sate kami pun tiba. Tidak lama menunggu seperti di restoran-restoran sate yang lain. Didapati, ada seorang kakitangan restoran ini yang akan berlegar-legar untuk mendapatkan maklum balas dari pelanggan, berkenaan masa menunggu serta ketepatan pesanan seperti, adakah jumlah sate yang dapat adalah seperti yang dipesan, kesilapan kakitangan mereka serta maklum balas yang lain.
Pekerja sedang membakar sate
Bagi penulis, so far, they have the best beef sate in Ampang. Cumanya, kuah kacangnya agak kurang sedikit, tetapi masih ok dan ada kemungkinan untuk membangkitkan lebih rasa kepada satenya juga. Namun, inilah diantara sate yang sedap yang pernah penulis rasa di Ampang setakat ini.
Restoran Satay Station di sebelah malam.
Memang tidak jemu makan sate di sini kerana dagingnya yang lembut, lemak, berempah dan besar. Tetapi, harganya agak mahal sedikit daripada gerai sate yang lain. Sate Daging RM1.80, Sate Ayam RM1.40, Sate Hati Ayam RM2.50 dan Sate Kambing RM2.50. Sesekali bolehlah makan sate di sini. Jika selalu boleh bengkok juga jadinya.... hehehe...
Harga yang perlu dibayar...
Secara keseluruhannya, penulis berpendapat kualiti makanan yang disediakan dinilai dari segi kesedapan dan keseluruhanya adalah OK. Jadi, silalah pergi mencuba sate di Restoran Sate Station ini. Jika tidak sedap jangan marahkan penulis. Citara rasa manusia adalah berbeza beza..... heh