Jumaat, 1 Mac 2013

Nasi Arab yang murah

Nasi Arab merupakan antara makanan favourite bagi penulis dan rakan-rakan sepejabat sekarang. Semasa penulis bertugas di Bandar baru Bangi dahulu, jika hari gaji sahaja, pasti celebrate makan nasi arab. Lagipun ada banyak restoran nasi arab di sekitar Bandar Baru Bangi ini. Bukan restoran nasi arab sahaja, pelbagai jenis restoran ada di sekitar Bandar Baru Bangi ini. Kini, Bandar baru Bangi bagaikan syurga makanan. Tetapi, restoran nasi arab juga menjadi tumpuan utama kami.
Restoran Suria.
Bahagian dapur Restoran Suria.
Kali ini penulis hendak bercerita mengenai satu lagi restoran arab di Kuala Lumpur iaitu Restoran Suria di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Untuk mencari restoran arab ini agak mudah sebenarnya kerana ia terletak di sebelah pasaraya Mydin, Cow Kit. Kelebihan restoran arab ini berbanding restoran arab yang lain adalah makanannya yang agak sedap dan murah. Rasanya nasi arab di sini adalah yang sedap dan termurah di sekitar kuala lumpur.
Antara menu yang dihidangkan.
Nasi arab ayam mandy.
Penulis mendapat tahu mengenai restoran ini, melalui sebuah laman blog di internet. Rupa-rupanya ada sebuah restoran nasi arab di ,Jalan Tuanku Abdul Rahman. Sekali pandang memang tidak perasan kedai ini sebenarnya adalah sebuah restoran nasi arab. Dari jauh seperti sebuah restoran nasi padang Indonesia sahaja. Apabila memasuki restoran ini, suasananya agak selesa dan penghawa dingin lagi. Baiklah, di sini penulis sertakan beberapa keping foto. Jika penulis bercerita sahaja tidak begitu menarik.
Jangan tidak percaya. Nasi arab kambing mandy hanya rm10 sahaja.
Nasi arab ayam mandy yang penulis tapau.
Biasanya jika penulis makan nasi arab di restoran lain, harga paling murahpun, ialah RM16 termasuk air Barbican. Itu nasi arab ayam mandy, jika nasi arab kambing lagi mahal, hampir mencecah RM20. Jika di Restoran Suria, nasi ayam mandy nya hanya RM5 dan nasi mandy kambing nya hanya RM10 sahaja. Sangat murahkan? 

Jika berpeluang ke Jalan TAR lagi, penulis akan tapau lagi nasi arab ini.

Tiada ulasan: