Rabu, 27 Mac 2013

Nasi Arab di Cafe Melayu

Beberapa minggu lalu, selepas berurut dengan mesin Dr, Jisim di Pandan Indah, penulis terasa sangat lapar. Penulispun jalan-jalan cari makan di sekitar Pandan Indah. Tiba-tiba penulis ternampak sebuah Cafe Damshiq yang menyediakan menu nasi arab. Tanpa berfikir panjang, penulis pun singgah ke restoran tersebut. Rupa-rupanya cafe ini bukannya restoran arab 100%, tetapi cafe melayu yang menyediakan menu masakan arab. Cafe ini juga menyediakan menu masakan lain.
Cafe Damshiq.
Untuk menu masakkan arab, cafe ini hanya menyediakan nasi arab mandy sahaja. Seperti biasa nasi arab mandy yang boleh di makan dengan ayam, daging dan kambing. Pada hari itu, penulis hanya order sepinggan nasi mandy ayam sahaja. Hanya menu ini sahaja penulis boleh order. Seperti biasa sepinggan nasinya boleh dimakan oleh dua orang kan?
Suasana cafe.
Ternyata menu yang penulis pilih ini agak sedap dan menepati citar asa. Nasinya lembut dan sedap, ayamnya pun lembut dan dimasak dengan sempurna. Harganya juga berpatutan. Semua sekali, di campur dengan air cuma RM15.00 sahaja, berbaloi bukan?. Penulis difahamkan nasi mandy kambingnya juga sedap. Penulis juga teringin sangat hendak menikmati nasi mandy kambingnya tetapi terpaksa berpantang ketika ini kerana darah penulis ketika ini agak tinggi.
Nasi mandy ayam.
jika anda berada berhampiran kawasan Pandan Indah, bolehlah singgah makan di Cafe Damshiq ini, terutama mereka yang berurusan dengan MPAJ. Bukan menu masi arab sahaja yang ada, malah pelbagai menu masakan lain seperti nasi ayam, nasi tomato, mee kari dan nasi lemak juga ada. Jika anda teringin menjamu selera di cafe ini, silakan, pasti berpuas hati.

Tiada ulasan: