Isnin, 19 April 2010

Bengkel Buku 40% Terakhir

Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang lalu, penulis telah menghadiri bengkel b. teks untuk 40% terakhir di bilik masyuarat tingkat 9, Menara DBP. Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan.

Suasana bengkel.

Tuan Pengerusi.

Suasana bengkel.

Suasana bengkel.

En. Rizal, penyelia kami

Pening juga kepala pereka bentuk.

Penulis sedang memberi cadangannya.

Pengerusi sedang memberi penerangan.

Editorpun banyak berfikir.

Ilustrator sedang melukis salah seorang watak di dalam buku.

Ilustrator sedang menerangkan lukisannya kepada para peserta.

Ilustrator Sham sedang melakar gambar-gambar watak di dalam buku.

Editor.

Penulis sedang menunjukan cara memegang yang betul.

Sudah tiba waktu makan.

Isnin, 12 April 2010

Zoo Negara

Semalam, penulis bersama anak berkunjung ke Zoo Negara. Setelah menyaksikan landkap dan gelagat haiwan-haiwan di situ, penulis amat bersetuju dengan pandangan beberapa pengunjung yang lain mengenai hak untuk mempertahankan kedudukan Zoo Negara di Hulu Klang yang berhampiran dengan bandar raya Kuala Lumpur kerana ia merupakan salah satu destinasi popular pelancong.

Anak penulis sebelum memasuki Zoo Negara.

Harga teket memasuki Zoo Negara.

Semasa berkerja di Muzium Negara dahulu, penulis juga sering mengesyorkan kepada para pelancong tempatan dan asing berkunjung ke Zoo Negara. Malangnya, Zoo Negara sekarang sudah banyak berubah dibandingkan keadaannya dahulu. Ketika melawat ke Zoo Negara 10 tahun yang lalu, penulis masih ingat betapa kita seolah-olah berada di kawasan habitat sebenar haiwan.

Dikehendaki memakai gelang ketika berada di dalam Zoo Negara.

Salah seekor burung yang cantik di Zoo Negara.

Ketika berkunjung lagi, penulis cukup terkejut kerana habitat haiwan yang terdapat di dalam Zoo Negara dibiarkan usang dan tidak diselenggara dengan baik. Malahan ada sangkar dan juga akuarium yang kosong tanpa haiwan. Suasana semula jadi di sekitar Zoo Negara juga semakin hilang hilang kerana pembangunan. Bagi pandangan penulis, apa yang ada sekarang tidak layak lagi berstatus Zoo Negara.

Badak Sumbu di Zoo Negara.

Anak penulis disamping seekor unta di Zoo Negara.

Beberapa tahun yang lalu, penulis telah melawat Zoo Taiping dan Zoo Melaka. Penulis berasa cukup kagum dengan keadaan kedua-dua zoo tersebut. Suasananya mesra alam dan nyaman. Jika dibandingkan dengan Zoo Negara, secara jujur penulis boleh katakan bahawa kedua-dua zoo tersebut adalah lebih baik.

Harimau di Zoo Negara.

Pelanduk di Zoo Negara.

Sebagai rakyat Malaysia yang menetap di Lembah Kelang, penulis cukup kecewa dengan keadaan ini. Tidak dinafikan bahawa kedudukan Zoo Negara di kawasan pembangunan yang pesat merupakan salah satu faktor berlakunya perubahan suhu dan kedudukan geografinya yang kurang sesuai. Namun penulis tidak boleh mengelak daripada bertanggapan bahawa faktor pengurusan dan masalah dalaman juga turut menyumbang kepada kemerosotan.

Penulis sempat juga merakamkan kenangan dengan zirafah di Zoo Negara.

Pintu keluar Zoo Negara.

Kesimpulannya, penulis berharap agar pihak yang berkenaan, sama ada pengurusan Zoo Negara sendiri mahu pun pihak kerajaan, membuat dan mengambil langkah drastik bagi memulihkan imej zoo yang terletak di Hulu Klang ke taraf sebenar Zoo Negara.

Khamis, 8 April 2010

Happy Birthday to you my daughter

SYUKUR ALHAMDULILLAH, pada 4hb April yang lalu, kami telah selamat mengadakan Majlis Hari Jadi anak tunggal penulis, genap usianya yang ke 13 tahun. Malang sekali penulis tidak dapat join bersama di majlis tersebut kerana ada tugasan penting yang perlu diselesaikan.

Happy Birthday to you my daughter ~ Nur Atikah.


Walau apapun, Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.

Selasa, 6 April 2010

Taklimat Inovasi dan Kreativiti

Kami, kumpulan petugas buku seperti pereka grafik dan ilustrator telah menghadiri Taklimat Inovasi dan Kreativiti supaya dapat menerapkan dalam penerbitan buku yang sedang kami tangani....

Antara ilustrator yang menghadiri taklimat.

Para peserta begitu bersemangat sekali mendengar taklimat.

Penulis sedang mendengar taklimat.

Penceramah sedang menyampaikan taklimatnya.

Para designer dan ilustrator ketika menanti bermulanya taklimat.

Sham ilustrator 3D juga menghadiri taklimat ini.

Maaf designer Helmi, penulis sedang fokus designer Parchie Bisa.

Haha.. Sekarang barulah wajah anda difokuskan.

Tiga ilustrator memberi perhatian terhadap taklimat ini.

Ilustrator Chiks

Ilustrator Rosli begitu ceria mendapat ilmu di taklimat ini.

En. Jacob begitu tampan di majlis taklimat ini.

Terima kasih kepada Dewan Bahasa & Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia kerana menganjurkan taklimat ini secara percuma.

Ahad, 4 April 2010

Berbaloi-baloi ke Maskara 20

Walaupun penulis agak sibuk dengan tugas sekarang, namun penulis masih dapat meluahkan masa untuk menghadiri Majlis Malam Baca Naskhah SiNDiket SOL-jah atau dikenali juga dengan malam MASKARA yang telah berlangsung di Rumah Pena pada malam Sabtu lalu. Penulis sangat terhibur pada malam tersebut kerana dapat menyaksikan pelbagai acara, iaitu drama bersajak, tarian, nyayian berakustika dan bacaan puisi. Bertambah berbaloi-baloi lagi penulis mendapat senaskah novel percuma yang bertajuk "Karipap Cinta" khas dari penulisnya iaitu en. Nazri M. Annuar atau Vovin.

Pelita sebagai penganti lighting pada malam itu.

Peserta pertama yang kena ragging dari juru acara.

Mat Jan hanya menjadi penonton pada malam itu.

Dr. Ahmad Razali ditemubual pada malam itu.

Puisi Cinta dari Dr. Ahmad Razali.

Persembahan nyayian puisi dari Syed Amran.

Baru penulis kenal, inilah Dugung Senyum.

Vovin membaca sebahagian novel Karipap Cinta.

Tetamu dihidangkan sebungkus nasi lemak dan kopi Tongkat Ali.

Saudara Rahimidin ditanya sesuatu sebelum membuat persembahan.

Saudara Meor membuat persembahan nyayian puisi.

Kumpulan Ninjaseni membuat persembahan.

Vovin merakamkan sesuatu yang menarik.

The Primary

Walaupun tidak ramai yang hadir mungkin kerana ada live perlawanan MU vs Chelsea, tetapi jamuan yang disediakan oleh penaja & pihak penganjur amat menyelerakan sehingga berjaya dihabiskan oleh tetamu yang hadir. Terima kasih daun keladi kepada mereka.

Tidak sabar pula menanti majlis MASKARA yang akan datang... Maskara 21