Isnin, 23 April 2012

Orang Kampung

Foto sekadar hiasan

Orang Kampung

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bha kau itu banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun teda ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
 Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama
Orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

Lagu: Jimmy Palikat

Selasa, 17 April 2012

Taman Tasik Ampang Hilir

Pembukaan Taman Tasik Ampang Hilir sememangnya memberi alternatif kepada penduduk di kawasan Ampang dan sekitarnya untuk beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga.Suasana taman yang penuh kehijauan di samping ketenangan air tasik mampu menggamit kehadiran pengunjung untuk ke sana.

Pintu masuk Taman Tasik Ampang Hilir.

Taman tasik itu telah mula dibuka kepada orang ramai sejak tiga tahun lalu. Ternyata sambutan yang diterima daripada orang ramai amat positif. Selain landskap tasik yang mendamaikan mata memandang, ia turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan pengunjung. Antaranya surau, tandas, gerai, kawasan permainan kanak-kanak, bangku duduk serta peralatan senaman individu.

Tasik Ampang Hilir.

Bagi penulis, persekitaran taman ini sangat menarik. Ia memang sesuai dijadikan destinasi riadah untuk keluarga. Cuma, buat masa ini gerai-gerai yang disediakan masih belum banyak dibuka. Ini secara tidak langsung membuatkan pengunjung perlu membawa air minuman sendiri untuk melepaskan dahaga selepas penat berjalan atau melakukan aktiviti kecergasan

Taman Permainan Kanak-kanak.

Taman Tasik Ampang Hilir yang berhampiran dengan kediaman penulis ini meliputi kawasan seluas kira-kira 16 hektar termasuk tasik seluas 12 hektar. Secara keseluruhan, terdapat 14 buah taman-taman rekreasi awam di sekitar Kuala Lumpur. Ia termasuk Taman Tasik Perdana, Tasik Titiwangsa, Tasik Permaisuri, Tasik Bukit Jalil, Tasik Manjalara, Tasik Metropolitan Batu, Tasik Metropolitan Kepong, Rimba Kiara, Datuk Keramat, Arboretum Bukit Kiara, Pudu Ulu dan Alam Damai.

Ada senam tari di dataran Tasik Ampang Hilir setiap petang minggu.

Apa yang pasti, pembukaan Taman Tasik Ampang Hilir memberi ruang kepada warga Ampang untuk beriadah bersama keluarga mereka.

Isnin, 16 April 2012

Nasi Kukus Ayam Dara

Semenjak penulis menulis entry tentang makanan, ramai rakan yang mencadangkan penulis makan di tempat makan yang lebih menarik dan sedap di sekitar Lembah Keramat. Penulis memang bercadang hendak makan di tempat tersebut, tetapi malangnya jodoh penulis bertugas di Lembah Keramat tidak lama. Kini penulis bertugas di Bandar Baru Bangi.

Nasi Kukus Ayam Dara.

Pada minggu terakhir penulis bertugas di Lembah Keramat, penulis sangat sibuk mengemas dan packing barang dan ketika itu penulis hanya sempat makan nasi bungkus sahaja. Kebetulan pada hari terakhir, penulis ada urusan di bank yang berhampiran dengan Ampang Point. Selesai urusan di bank, penulis dapati ramai orang sedang berbaris untuk membeli sesuatu di hadapan bangunan Ampang Point.

Dengan niat hendak ambil tahu, penulispun terus menuju ke sana. Apabila sampai, barulah penulis tahu bahawa mereka berbaris hendak membeli Nasi Kukus Ayam Dara. Tanpa berfikir panjang, penulispun turut berbaris untuk membeli sebungkus Nasi Kukus Ayam Dara yang mengandungi seketul ayam, sambal, sepotong timun dan sebungkus kuah kari. Pakei ini berharga RM5.50 sahaja. Ternyata keharuman bau rempahnya sahaja telah menarik minat orang untuk membeli Nasi Kukus Ayam Dara ini. Peniaga ini hanya mengunakan sebuah lori kecil sebagai tempat berniaga dan memasak di parking kereta di hadapan Ampang Point.

Setelah menikmati Nasi Kukus Ayam Dara ini, ternya ianya sangat sedap. Ayamnya yang lembut, besar dan terasa rempahnya. Walaupun Nasi Kukus Ayam Dara ini sedap, malangnya nasi kukusnya sedikit. Memang tidak kenyang kerana saiz nasinya sebesar nasi lemak 50 sen sahaja. Oleh itu, penulis kena minta nasi tambah lagi supaya rasa berbaloi hehehe.

Walaupun kini penulis bertugas di Bandar Baru Bangi, penulis tetap akan ke Lembah Keramat untuk mencari Gerai Burger Bob seperti yang dicadangkan oleh rakan-rakan. Khabarnya Burger Bob ini sangat istimewa kerana rasanya yang sedap, banyak dan bersaiz besar. Penulis difahamkan burger Bob menjadi tumpuan orang ramai kerana menyediakan burger dengan pelbagai menu. Insyallah penulis akan sampai juga ke gerai burger Bob suatu hari nanti...

Khamis, 5 April 2012

Happy Birthday to You my Daughter

SYUKUR ALHAMDULILLAH, semalam, kami telah selamat mengadakan Majlis Hari Jadi anak tunggal penulis, genap usianya yang ke 15 tahun. Malang sekali penulis tidak dapat join bersama di majlis tersebut kerana jatuh pada hari berkerja.

Alhamdulillah malam tadi, penulis sempat membawa anakda ke Spektrum Ampang untuk membelikannya hadiah hari jadi iaitu sebuah handpone berjenama Samsung Glaxy Young dan selepas itu kami sekeluarga makan besar di KFC sempena hari jadinya.

Happy Birthday to you my daughter ~ Nur Atikah.

Aduhai... handpone ayahpun tak secanggih macam ni.

Hanya makan KFC sempena hari jadi tahun ini.

Walau apapun, Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.

Isnin, 2 April 2012

Maskara Bersama Makwe Makwe

Rasanya sudah lama penulis tidak menghadiri acara malam baca Naskah Sindiket Soljah Maskara ini. Entah kenapa setiap kali berlangsungnya malam Maskara, penulis akan terbabit dengan pelbagai program Kelab Penyokong Malaysia Famemas. Kebetulan pada hari tersebut berlangsungnya Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur dan Kejohanan Badminton Piala Axiata.

Walaupun penulis ketika itu sedang sibuk dengan acara Kelab Penyokong Malaysia, namun penulis masih dapat mencuri masa untuk menghadiri Maskara, pada malam Sabtu lalu. Walaupun agak letih, penulis amat terhibur pada malam tersebut kerana dapat menyaksikan persembahan hebat secara live dari artis popular iaitu Ana Raffali dan makwe-makwe comel yang lain.

Foster Maskara.

Persembahan dari Hani Salwah.

Pengacara Majlis.

Antara penonton yang hadir.

Persembahan dari Cikgu Vee@Ramlah.

Antara penonton yang hadir.

Persembahan dari Aida Kamsuri. Persis seperti Noor Kumalasari masa muda.

Persembahan dari Jurutera Cari Gali iaitu Cik Rabeca Ilham.

Persembahan dari Fai Zakaria.

Antara jurufoto yang hadir.

Persembahan dari Aisah Nur Hakim.

Persembahan mantap dari Ijah Imran.

Persembahan dari pengati baru, Ana Raffali.

Kehadiran penonton agak ramai pada malam tersebut. Mungkin disebabkan adanya Ana Raffali membuat persembahan. Tetapi yang paling penting, nasi lemak bungkus berlaukan telor mata yang disediakan oleh penaja & pihak penganjur sungguh menyelerakan sehingga berjaya dihabiskan oleh tetamu yang hadir. Terima kasih daun keladi kepada mereka.

Tidak sabar pula menanti majlis MASKARA yang akan datang...