Khamis, 23 Julai 2009

Renung-renungkanlah!




Mari Renungkan Bersama:

Tiket mahal namun peminat tetap pergi (Jika Liga Malaysia RM10 pun mahal). Kebanyakkan pergi menyokong Manchester United. Pasukan Malaysia sebenarnya hebat tetapi bila tidak diberi sokongan maka kecundanglah ia.

Rabu, 22 Julai 2009

Naskah Contoh


Ustaz Rizal dan ustazah Sharifah sedang memeriksa buku masing-masing.


Ustazah Matun sedang memeriksa kualiti percetakan.


Ustaz Sham begitu tekun memeriksa kulit buku.


Ustaz Zamani begitu gembira kerana bukunya siap terlebih dahulu.


Penulis bersama naskah contoh.

Hari ini merupakan hari yang ceria buat penulis dan rakan-rakan designer yang lain kerana naskah contoh untuk buku teks bahasa arab yang kami design selama tiga bulan telahpun siap dicetak. Namun begitu, setelah disemak oleh editor masing-masing, masih lagi berlaku kesilapan yang perlu diperbetulkan pada isi kandunganya.

Jika begitu, penulis terpaksa menelan beberapa biji Panadol lagi untuk menghilangkan sakit kepala... hehehe....

Isnin, 13 Julai 2009

Apabila Kawan tidak Mengenali Kawan!

Semalam penulis berkesempatan menonton perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan Malaysia melawan pasukan kebangsaan Zimbabwe di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur. Kuputusan perlawanan tersebut sungguh mengembirakan penulis tetapi yang amat mengecewakan ialah sikap seorang rakan kelab yang buat-buat tidak kenal kawan. 

Penulis telahpun menyapa seraya mengangkat tangan terhadap rakan tersebut. Tetapi malangnya beliau menoleh ke arah lain dan mengarahkan penyokong-penyokong Malaysia supaya masuk ke stadium mengunakan pintu sebelah. Mungkin beliau takut penulis meminta masuk secara percuma ke dalam stadium. Sebenarnya penulis tiada niatpun hendak masuk percuma kerana telahpun membeli teket yang berharga RM10. 


Kami pernah bersama-sama menyokong atlit Malaysia di Sukan Sea Manila, Filipina pada tahun 2005.

Pada pandangan penulis, mustahil beliau tidak mengenali penulis kerana kami pernah bersama- sama menyokong atlit Malaysia di Sukan Sea Manila dan sering pula terbabit dengan aktiviti Kelab Famemas. Janganlah kerana isu yang agak remeh ini sehingga sanggup hendak membuang kawan kot.... Sungguh menyedihkan.


Teket perlawanan persahabatan bolasepat antara Malaysia dan Zimbabwe malam tadi.

Penulis cukup terkilan, baru sahaja diberi kuasa oleh FAM menjaga pintu utama stadium sudah bersikap sombong dan sudah tidak mengenali rakan-rakan. Penulis sudah dapat bayangkan jika beliau memegang jawatan tertinggi di FAM, tentunya bertambah sombong lagi. Jika beginilah sikapnya, saranan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib supaya mengamalkan konsep “ Satu Malaysia ” tidak akan berjaya jika masih ada segolongan rakyat Malaysia yang bersikap sedemikian. 

Namun kekecewaan penulis sedikit terubat apabila pasukan bolasepak Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-0. Tahniah! pasukan bolasepak Malaysia.

Jumaat, 10 Julai 2009

Intan yang Tercanai

Semalam penulis ke Balai Tun Syed Nasir untuk menyaksikan Teater Perdana DBP yang bertajuk Intan yang Tercanai. Teater ini adalah hasil karya Sasterawan Negara, Dato' Noordin Hassan dan diarahkan oleh Saudara A.Wahab Hamzah. Manakala pelakonnya pula dibarisi oleh Mardiana Alwi, Arwindran Kalaivanan, Greethanjali Gausillia, Rasdi Daud serta penampilan istemewa pelakon popular Norzizi Zulkifli, Juhara Ayub dan Fauziah Ahmad Daud.


Pas masuk.


Suasana pada jam 8.00 malam di ruang legar Tun Syed Nasir.


Penonton semakin ramai ketika teater hendak bermula.

Antara kata-kata Dato' Noordin Hassan,

" Menulis drama dan mementas teater berasaskan jiwa fitrah manusia yang menerima adanya Tuhan ialah sekadar suatu pendekatan yang boleh memberi dan menunjukkan salah cara bagaimana drama dan teater apabila dibantu oleh teknik  penulisan yang berpandukan sastera Islam, mampu menjadi alat untuk beribadat. Wallaualam."

Dato' Noodin Hassan, 2002



Penampilan istemewa Fauziah Ahmad Daud.


Pelakon utama, Mardiana Alwi.


Penampilan istemewa Fauziah Ahmad Daud.

Sinopsis "Intan yang Tercanai"

"Intan yang tercanai adalah karya terkini Sasterawan Negara Noordin Hassan. Drama ini mengangkat keperibadian seorang wanita unggul bernama Ungku Intan Anis. Dia bersahabat dengan Danial Sundaram sejak di bangku sekolah  lagi dan terus akrab semasa di luar negara. Danial yang pernah belajar perbandingan dan psikologi agama di universiti sedang dalam pencarian sebenarnya. Keperibadian Ungku Anis yang luar biasa yang sanggup datang bersama-sama dengan kawan-kawanya pada hari Danial menanggung kavadi serta terlibat dalam kerja-kerja sosial, membantu orang miskin di kampung hingga ke Guatemala dan negara-negara Afrika telah menyentuh dan mengharukan hati Danial. Dalam usia muda Ungku Anis ke Mekkah, tetapi Ungku Anis telah hilang dalam peristiwa Terowong Al-Mu'aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji. Kehilangannya telah mendorong Danial kemudiannya ke Mekkah untuk mencari sahabat yang sangat dikasihi itu. Danial bertemu seorang lelaki, Haji Fadzil yang mengatakan dia pernah membantu Ungku Anis semasa peristiwa Terowong Al-Mu'aysam. Haji Fadzil telah membawa Danial ke Gua Hira'  untuk menemui Ungku Anis."


Mardiana Alwi sebagai Ungku Intan Anis.


Rasdi Daud membawa watak sebagai Haji Fadzil.


Danial dan Shadha 

Drama ini mengupas isu kemanusiaan dengan halus dan dengan lapisan makna yang perlu ditafsirkan. Drama ini juga mengangkat nilai dan sifat kemanusiaan ketika musibah menguji mereka.


Penampilan istemewa, Norazizi Zulkifli.


Salah satu babak dalam teater "Intan yang Tercanai"


Mardiana Alwi sebagai Ungku Intan Anis.

Teater ini masih lagi dipentaskan di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sehingga 12hb Julai 2009 ini dengan teket berharga rm 20.00 seorang. Datanglah beramai-ramai untuk menonton kerana teater istemewa ini kerana ia membawa persoalan yang serius yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan.

Khamis, 9 Julai 2009

Cuba


Foto sekadar hiasan.


Cuba - Faizal Tahir

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenangkan merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

Selasa, 7 Julai 2009

Jalan-Jalan Cari Makan di Johor Bahru

Sepanjang penulis dan TokMoh berada di Johor Bahru, selepas menyaksikan perlawanan badminton kami dibawa oleh Kepten Shafari jalan-jalan cari makan di sekitar Johor Bahru. Kepten Shafari yang pernah bertugas sebagai pengurus hotel di JB, sememangnya mahir dengan jalan-jalan dan lokas-lokasi menarik di sekitar bandaraya ini. Maka dengan itu Kepten Shafari membawa kami ke tempat makan yang sedap-sedap di sekitar Johor Bahru.

Sup Ekor di Restoran Pinggiran Senibung Seafoods.

TokMoh menikmati kelazatan Sup Ekor di Restoran Pinggiran Senibung.

Antara sup daging yang dihidangkan di restoran Pinggiran Senibung Seafoods.

Nasi Ambang Johor Bahru.

Kepten Shafari dan TokMo sedang menikmati Nasi Ambang Gohor Bahru.

Nasi Ambang di Warung Mat Corner memang terkenal sekitar Johor Bahru.

Restoran 60an Johor Bahru.

Mee Rebus Johor Bahru memang sedap.

Selepas pekena Mee Rebus, pekena pula Otak-otak.

Mee Rebus di Restoran 60an.

Akhir sekali kami pekena Nasi Ayam Penyet sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Ayam gantung di Restoran Pinggiran Senibung.

Restoran Pinggiran Senibung Seafoods di waktu malam.

Menikmati masakan Seafood di Restoran Senibung.

Ikan Bawal tiga rasa.

Terima kasih kepada Kepten Shafari kerana menjadi pemandu pelancung kami sepanjang berada di Johor Bahru ini. Terima kasih kasih juga kerana menaja kami makan yang sedap-sedap sepanjang berada di bandaraya ini. Kami berharap tahun hadapan kejohanan badminton ini di langsungkan di JB lagi. Sesungguhnya kenangan di Johor Bahru memang sukar dilupakan. Terima kasih daun keladi Kepten Shafari.