Jumaat, 27 Mac 2009

Perokok Lebih Hina daripada Lembu


KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama

Rabu, 25 Mac 2009

Binatang!


Aku berpendapat di kalangan binatang tiada yang bersifat kemanusian. Namun di kalangan manusia ramai yang bersifat kebinatangan. Umpamanya bersifat kebuayaan atau keanjingan.

Kekacauan yang melanda keharmonian hidup manusia dewasa kini antaranya kerana semakin ramai yang meninggalkan sifat kemanusian tetapi beramal dengan sifat kebinatangan. Tataplah dada-dada akhbar atau tontonilah tv. 

Sungguh banyak contoh yang boleh ditemui. Merompak , menyamun, menyerang, membunuh, menakutkan orang, mengenepikan peraturan, melanggarkan hukum-hakam, menipu, berani berbohong dan angkuh hari-hari kedengaran. Tak terkecuali di Malaysia!

Rabu, 18 Mac 2009

Al-Fatihah


KEADAAN kereta Perodua Kelisa remuk selepas di rempuh lori membawa pekerja kelapa sawit di KM 8 Jalan Pedas-Linggi. Mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dipercayai tidak dapat mengawal kenderaannya berikutan jalan yang licin akibat hujan.


Hari ini rakan-rakan sepejabat kelihatan muram dan bersedih kerana bekas rakan sepejabat iaitu Puan Norfazwany Nordin telah kembali ke rahmatullah pagi tadi kerana terlibat satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Rembau. Di bawah aku sertakan foto dan salinan akhbar Berita Harian Online tentang berita kemalangan maut itu.


Potret Allayarhamah Puan Norfazwany Nordin.


Majlis perkahwinan allahyarhamah Wany pada bulan Disember lalu.


Penulis ketika bermasyuarat bersama allayarhamah dan rakan-rakan di pejabat.

REMBAU: Seorang pengantin baru maut akibat kereta yang dipandunya dirempuh lori di kilometer 8, Jalan Pedas-Linggi di sini, pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom, berkata Norfazwany Nordin, 29, yang juga pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Rembau dan baru dua bulan mendirikan rumah tangga, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. 

"Mangsa yang tinggal di Taman Pinggiran Pedas sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya sebelum kereta Perodua Kelisa yang dipandunya tiba-tiba tidak dapat dikawal dan terbabas sebelum dirempuh lori satu tan yang datang dari arah bertentangan pada kira-kira jam 7.30 pagi," katanya.

Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau. 

Mizan berkata, mangsa dipercayai tidak dapat mengawal kenderaannya berikutan jalan yang licin akibat hujan. 

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat sebelum dihantar pulang ke rumah keluarganya di Kulim, Kedah untuk urusan pengkebumian.

 - Bernama

Jumaat, 6 Mac 2009

Editorku yang paling best


Editor Khairol dalam kenangan

Pengalaman mereka bentuk Buku Teks PJKJ Tahun 6 merupakan pengalaman yang paling manis buat aku. Ini adalah kerana editor, penulis, ahli jawatan kuasa kawalan mutu dan BBT bersatu demi menyiapkan buku ini dengan berkualiti. Apa yang paling best sekali apabila mendapat editor yang boleh disifatkan sebagai teman tapi mesra iaitu en. Khairol Eruwan Abdul halim. Malangnya Buku teks PJPK merupakan projek terakhir untuk kami semua.

Sebenarnya en. Khairol adalah editor buku teks PJPK th 06. Beliau merupakan editor aku yang paling best sekali. Jika sebelumnya, aku mendapat editor yang agak garang he...he.. Tetapi aku en. Khairol sangat berbeza sekali. Aku sangat enjoy apabila berkerja dengan dia, tetapi sayang sekali, kini beliau telahpun meninggalkan di DBP sedangkan beliau merupakan editor yang berpengalaman dan telah bertugas selama tujuh tahun sebagai editor. 

Kini en. Khairol bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah. Mungkin kini beliau sedang menggunakan buku teks yang pernah dieditnya dulu sebagai bahan mengajar. Difaham ramai lagi editor lagi yang mengikut jejak en. Khairol menjadi pendidik. Aku percaya mereka masih sayangkan DBP namun apakan daya masa depan lagi penting. walaubagaimanapun taniah diucapkan kepada mereka. Taniah juga diucapkan kepada DBP kerana melahirkan ramai editor berpengalaman untuk bertugas di tempat lain.