Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Pantasnya masa berlalu,
ianya bagaikan berlari dan tidak boleh dikejar lagi
Sayu rasa hati...
Namun inilah hukum alam, caturan tuhan.
Ramadhan pergi, Syawal menyapa datang..
Sahabat dan pembaca blog saya
Anda sahabat saya yang amat berharga..
Ampun maaf jika ada terkasar bahasa..
tergores rasa.
Yelah kadangkala dalam bergurau ada yang terkasar
dalam menegur, caranya tak betul..
Semoga Syawal yang datang memberi seribu makna..

Khamis, 25 Ogos 2011

Duit Raya

Semalam, penulis dan rakan-rakan mantan DBP yang dipaksa bercuti dengan 12 hari bergaji oleh majikan, telah menerima sumbangan wang hari raya sebanyak RM500.00. Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh Tuan Ketua Pengarah DBP iaitu Dato' Turmizi Abdul Aziz. Semoga dengan sumbangan ini dapat menambah kegembiraan keluarga mantan-mantan DBP sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Jam 9.30 pagi di Dewan Seminar.

Pendaftan.

Rakan-rakan yang sebulan tidak berjumpa.


Berbaris untuk mengambil nombor giliran.


Ceria dalam duka.

Penulis dan rakan-rakan amat berterima kasih kepada DBP kerana menghulurkan sedikit bantuan kepada mantan-mantannya yang memerlukan lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan menyambut hari raya tidak lama lagi. Kami amat bersyukur kerana masih ada pihak yang menghargai dan penulis sendiri akan memanfaatkan pemberian atau insentif ini sebaik mungkin.

Menyemak senarai nama.

Masing-masing bertanya khabar.

Puan Hasnah menerima sumbangan dari Tuan Ketua Pengarah DBP.

Mantan-mantan bersama cek masing-masing.

Alhamdulillah rezeki di bulan Ramahan.

Lagi sekali penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada DBP kerana bersimpati dan memberi sumbangan kepada kami. Diharap pihak DBP terus membela nasib mantan-mantan yang malang ini supaya tidak akan kehilangan sumber pendapatan...

Selasa, 16 Ogos 2011

Dugaan Ramadhan

Dugaan bulan Ramadhan tahun ini sungguh mencabar. Bayangkan di hari pertama sahaja penulis menerima surat cuti tanpa gaji dari majikan. Tetapi, setelah pihak kesatuan sekerja membuat protes dengan membuat peket dan setelah mendapat liputan di media-media utama, barulah pihak kementerian campur tangan dan majikan penulis diarah membayar gaji 12 hari berkerja. Ada kemungkinan, tidak lama lagi kami akan menerima surat notis pemberhentian beramai-ramai pula....

Saat bahagia bersama majikan.

Sehingga kini majikan penulis dan pihak kerajaan saling tuduh menuduh di antara satu sama lain. Mereka menuduh siapa salah dan siapa yang benar. Perlingkahan mereka ini menyebabkan penulis dan rakan-rakan sekerja yang lain yang menjadi mangsa. Kami juga difahamkan, kerajaan tidak pernah tertunggak membuat bayaran kepada majikan penulis, jadi ke mana perginya RM 650 juta itu? RM 650 juta itu bukannya sedikit, ianya boleh membina projek mega seperti membina sebuah lebuhraya. Penulis yang lemah metametik ini pun tidak boleh menerima hakikat bahawa majikan penulis mengalami kerugian besar.

Hari-hari terakhir di pejabat.

Kini, selain membantu isteri menjahit di rumah, alhamdulillah, penulis mendapat satu temporary job dari seorang rakan untuk membuat design di bandar Seremban. Buat masa ini, penulis sambar sahaja apa jua jenis kerja walaupun terpaksa berulang alik dari Ampang ke Seremban. Biarpun agak meletihkan, asalkan Syawal tahun ini disambut dengan meriah bersama keluarga.

Hari terakhir, menanti surat dipaksa cuti tanpa gaji.

Penulis memohon maaf kepada keluarga dan rakan-rakan kerana tahun ini tidak dapat menghantar kad raya istimewa seperti tahun yang sudah-sudah kerana tiada peruntukan. Nampaknya penulis hanya mengirimkan kad hari raya melalui online sahaja.

Paket di ibu pejabat.

Seperti yang kita jangka, ini bukan isu kerajaan kerana kerajaan tidak pernah lewat membayar kepada majikan. Tetapi penulis berharap, ada pihak tertentu yang akan menyemak kembali bagaimana perjanjian konsesi yang dimeterai antara kedua belah pihak ini berjalan. Pemantauan supaya pihak-pihak yang memasuki perjanjian tidak melanggari kontrak. Ini sudah tentu isu ketiga-tiga pihak di atas.

Kerjaya penulis setelah dipaksa bercuti.

Harap-harap ada yang akan menyemak semula apa isi kandungan perjanjian konsesi tersebut dan harap-harap juga segala kerja-kerja tertangguh itu dapat penulis langsaikan dengan gaji dibayar oleh pihak lain yang akan mengambil alih.. Aminnn.....

KADANG - KADANG, KOMEN YANG DIBERIKAN DI BEBERAPA WEBSITE OR DISCUSSION FORUM BERKENAAN ISU INI ADA YANG MELUKAKAN HATI KAMI, APABILA KOMEN DIBERIKAN LEBIH KEPADA SOAL PERIBADI SESEORANG. SEMOGA KAMI SEKELUARGA DAN 380 KELUARGA LAGI TABAH... WALAU BAGAI MANAPUN TERIMA KASIH JUGA KEPADA YANG IKHLAS BERSIMPATI ATAS NASIB SUAMIKU DAN RAKAN - RAKANNYA INI. SEMOGA KELEMBUTAN HATI KORANG DIBERI KREDIT OLEH ALLAH S.W.T

Rabu, 3 Ogos 2011

Malaysia vs Singapore

Hari itu punya laa eksited hendak menyaksikan Malaysia lawan Singapura, balik kerja terus berkejar ke stadium Bukit Jalil untuk menonton perlawanan sengit yang penulis harapkan memberi peluang buat Malaysia selangkah lagi ke pusingan kelayakan piala dunia 2014. Di bawah di antara foto-foto yang sempat penulis rakamkan.
















Ingatkan boleh dapat 2 gol pada malam itu tetapi malangnya seri terikat 1-1 dengan Singapura. Pertahanan agak lemah tetapi pujian patut diberikan pada Khairul Fahmi Che Mat kerana banyak kali menyelamatkan serangan bertubi – tubi dari pemain Singapura.