Ahad, 15 Februari 2015

Nasi Lemak Sri Petaling

Kadang kala penulis berbengkel buku teks di Hotel Sri Petaling. Apabila sudah jemu berserapan di hotel, walaupun berserapan free, penulis akan singgah ke satu gerai di tepi jalan untuk pekena nasi lemak dan teh tarik. Sebut sahaja gerai nasi lemak di hadapan bangunan Hotel Sri Petaling, pastinya penduduk 1 Malaysia di sekitar Sri Petaling sudah mengatahui kewujudan gerai nasi lemak popular ini.
Gerai Nasi Lemak Tawaf Sri Petaling.
Tuan punya gerai hanya berkerja dengan beberapa orang pembantunya sahaja. Sejak tahun 90an lagi, Nasi Lemak Tawaf ini memang tidak asing lagi bagi wargakota kerana telah menarik minat ramai pelanggan. Pelanggannya pula dari pelbagai bangsa, ada Melayu, Cina dan India. Kemuanya bersabar berbaris panjang menunggu giliran membeli nasi lemak ini. Begitulah hebatnya penangan nasi lemak Sri Petaling ini.
Antara lauk pauk yang terhidang.
Apa yang istimewa nasi lemak Sri Petaling ini? Sudah tentulah mengenai nasi lemak dengan haruman aromanya yang dikatakan boleh membangkitkan selera para pelanggannya. Lauk pauknya memang banyak pilihan dan pilihan yang ada sangat menyelerakan. Selain nasi lemaknya terdapat juga makanan lain seperti Meehoon goreng, kueh mueh dan minuman yang menyelerakan di gerai ini.
Para pelanggan mengelilingi lauk-pauk seolah-olah tawaf.
Konsep order di sini agak unik, biasanya di tempat lain pelanggan yang akan memilih lauk apa yang mereka hendak dan penjual akan bungkuskan. Tetapi di sini, penjual akan bugkuskan nasi, pelanggan sendiri akan mengambik lauk-pauk yang mereka suka. Penulis dapati ada banyak pilihan lauk pauk dan kesemuanya menyelerakan.
Rakan-rakan sedang menikmati nasi lemak Sri Petaling.
Apa yang yang special penulis tengok ialah lauk rendang kambing yang biasanya akan habis dahulu.. Jika hendak ikutkan kesemua lauk pauknya pun best-best belaka. Tetapi, pilihan favourite penulis ialah daging ataupun ayam. Sambalnya pula tidak terlalu pedas, memang selera satu Malaysia.. Patutlah, customernya ramai berbangsa Cina sebab kebanyakkan orang Cina memang yang tidak tahan pedas.
Hari ini selera penulis hanya ayam masak merah campur sambal ikan bilis.
Lokasi gerai ini, jika anda semua hendak tahu, di  bandar Sri Petaling berhadapan dengan Hotel Sri Petaling. Penulis tidak pasti jalan apa pula tetapi lokasi dia betul-betul di tepi jalan bersebelahan dengan restoran cina, Happy Vally. Dia situ terdapat banyak lot kedai dan restoran cina, jadi kepada sesiapa yang hendak mencuba, mungkin restoran Secret Resipi atau Hotel Sri Petaling boleh menjadi sebagai landmark dia
Para pelanggan sedang menikmati Nasi Lemak Sri Petaling
Anyway, gerai nasi lemak ini sudah well established berbanding semasa kakak ini baharu membuka gerainya dahulu. Penulis masih ingat, apabila nasi lemak sudah kehabisan, kakak ini akan mengangkut bakul nasi lemak yang baharu dengan menggunakan kereta tuanya sahaja. Tetapi itu dahulu, kini penulis ternampak ada sebuah kenderaan mewah baharu yang berwarna hitam di sebelah gerainya. Katanya, dia membeli kereta tersebut dari hasil jualan nasi lemak ini sahaja... perghhhh

Tentang harga nasi lemak di sini penulis tidak tahu sebab setiap kali penulis berserapan di gerai ini, pastinya ada rakan-rakan penulis yang sudi jadi penajanya. Itulah yang dikatakan jika sudah rezeki. Tetapi penulis rasalah, harga makanan di gerai ini boleh tahan juga. Tidak murah dan tidak mahal....


Khamis, 5 Februari 2015

Bengkel B. Teks PMS 100%

Minggu lepas, penulis telah menghadiri Bengkel B. Teks P. Kesihatan Th. 5 untuk Pembetulan PMS 100% kedua di Sri Petaling Hotel, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Nampaknya kali ini ahli panel dan editor lebih berhati-hati apabila menyemak dan menilai PMS buku ini. Maklumlah, jika buku ini menjadi viral di laman sosial, mereka ini juga lah tidak akan nyeyak tidur malam kerana terpaksa menjawab dengan pak menteri pula.

Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan:
Hotel Sri Petaling.
Bilik bengkel.
Suasana bengkel.
Ilustrator Bajak sedang melukis.
Perbincangan pengerusi dengan editor.
Suasana bengkel.
Macam banyak pembetulan jer.
Ada sesuatu yang menarik yang diperkatakan oleh penulis tu.
Wahhhh... serius perbincangan ni.
Selamat tinggal Hotel Seri Petaling.
Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan untuk di hantar ke Kementerian Pelajaran pula.....

Isnin, 26 Januari 2015

Alhamdulilah, Sudah Berada di Pasaran Sekarang!

Entah kenapa awal tahun 2015 ini penulis agak malas hendak menulis blogs.  Ini mungkin disebabkan rakan-rakan blogger yang seangkatan penulis telah pun bersara dari menulis blogs. Nampaknya, mereka lebih gemar menulis di facebook ataupun di twetter sahaja sekarang. Walaubagaimanapun jika ada masa-masa terluang, penulis akan cuba juga rajinkan diri untuk menulis blogs ini.... 

Pagi tadi penulis singgah di sebuah kedai buku untuk membeli surat khabar. Sedang penulis membelek surat khabar, penulis ternampak sebuah buku teks sekolah yang berjudul B. Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 5. Buku teks ini merupakan buku teks yang ke 13 yang penulis design.
Buku Teks Baharu KSSR Tahun 5.
Pada awal tahun lalu, kali kedua penulis ditugaskan mereka bentuk B. Teks yang berjudul Pendidikan Kesihatan. Kali ini Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 5 pula. Penulis agak gembira apabila menerima tugas ini. Ini adalah kerana penulis sudah ada pengalaman mereka bentuk konseps buku teks seperti ini. Lagipun penulis sudah mengenali editor dan ahli panel jawatankuasanya,

Lagi sekali penulis ditugaskan bersama ilustrator tersohor iaitu En. Rosli Hamid sementara editornya yang cukup berpengalaman iaitu puan Nor Azita Umar dari Bahagian Buku Sekolah DBP. Penulis buku ini pula merupakan individu-individu yang cukup berpengalaman dalam bidang pendidikan kesihatan iaitu puan. Nurulasriah dan Puan Low Shiek Li yang merupakan guru pendidikan kesihatan yang berpengalaman luas mengajar di sekolah rendah dan menengah.
B. Teks Pendidikan Kesihatan Th. 5
Segala permasalahan yang timbul, kami akan berbincang dan menyelesaikannya sebagai satu pasukan. Penulis cukup selesa berkerja dengan kumpulan ini kerana para penulis, editor, Ahli Jawatan Kuasa Kawalan Mutu, pengurus projek dan pegawai teknikal cukup hormat menghormati diantara satu sama lain.

Sesungguhnya berkerja dengan kumpulan B. Teks Pendidikan Kesihatan ini memberi satu kenangan yang sukar dilupakan. Banyak peristiwa pahit dan manis yang berlaku di sepanjang pembikinan Buku teks ini. Apabila teringatkan peristiwa tersebut, membuatkan penulis tersenyum sendirian. 

Alhamdulillah, buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. walaupun ada sedikit kontroversi dan menjadi viral sekejap oleh orang ramai di facebook apabila buku ini digunakan disekolah dan telah berada dipasaran terbuka. Di kesempatan ini juga, penulis memohon maaf kepada mereka-mereka yang terlibat jika ada kesalahan atau gurauan yang tanpa disengajakan ketika kita sama-sama terlibat dalam pembikinan buku ini. 

Jumpa lagi....

Selasa, 13 Januari 2015

Sukarelawan DBP

Tanda simpati dan prihatin kepada mangsa-mangsa banjir di Sekolah Agama At Taqwa, Maahad Tahfis Al Amin dan Sekolah Agama Al Wasoto di Temerloh, sekumpulan sukarelawan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyumbangkan masa, barang-barang makanan & elektrik dan tenaga demi mengembalikan semula keceriaan dan keselesaan kepada murid-murid yang akan memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun 2015 ini.

Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh saudara Aris Othman yang turut serta dalam misi sukarelawan tersebut:
Antara kakitangan DBP yang menyertai sukarelawan banjir kali ini.
Angah Ludin sedang membaiki peralatan atau bangunan sekolah yang rosak akibat banjir.
Sukarelawan dan guru-guru sekolah.
Saudara Aris Othman sedang mengecat dinding sekolah agama.
Sukarelawan DBP sedang mengecat dinding sekolah.
Keadaan kawasan dan bangunan sekolah selepas terkena musibah banjir.
Makanan istimewa untuk sukarelawan DBP kali ini ialah ikan patin masak tempoyak.
Berehat sebentar.
Antara barang-barang yang disumbangkan oleh pihak DBP.
Sukarelawan DBP sedang mengecap dinding sekolah.
Semoga sukarelarewalan DBP, para penderma dan yang membantu membersihkan, membaiki peralatan sekolah  dan mengecat dinding bangunan sekolah agama ini diberikan ganjaran berlipat ganda oleh NYA. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik anda kalian..... Inyallah