Jumaat, 29 Ogos 2008

Kedinginan Kota Alexandria, Egypt


Penulis baru tiba di Kota Alexandria

Kami tiba di bandar Alexandria sudah hampir senja. Bandar Alexandria terletak di utara Egypt yang mana kebanyakkan penduduknya berkulit cerah seperti bangsa Eropah. Tidak seperti di Cairo, penduduknya berkulit gelap Arab-Afrika. Kota ini menjadi tumpuan penduduk Egypt kerana kedudukannya berhadapan Laut Mediterranean selain cuacanya sekitar 17 darjah selsius. Kami menginap di hotel yang mengadap Laut Mediterranean. Melalui tingkap, sempat juga aku menikmati pemandangan indah apabila apabila melihat matahari terbenam di Laut Mediterranean. selepas makan malam di hotel, kami menaiki teksi ke Bazar Khalid Al-Walid Street yang jaraknya sejauh sepuluh kilometer dari hotel kami.


Penulis di taman di Istana Montaza

Kecut perut juga dibuatnya kerana teksi yang kami naiki dipandu dengan sangat laju. Kami seolah-olah sedang menaiki kereta F1 di Sepang. Dengan kelajuan tersebut, sekejap sahaja kami sampai di Bazaar Khalid Al-Walid. Di bazaar terebut, sempat lagi kami bershopping barangan cenderamata dan menikmati kopi panas di cafe yang bercuaca amat dingin.


Penulis berlatar belakangkan Citadel of Qaitbay

Keesokkan harinya kami ke Istana Montaza yang merupakan bekas kediaman pentadbir-pentadbir Egypt dari keturunan Muhammad Hilmi Pasha. Istana ini siap dibina pada tahun 1892 sewaktu Egypt di bawah pentadbiran Abbas Hilmi Pasha. Ianya dikelilingi oleh sebuah taman yang amat luas  dan terletak dipinggiran Laut Mediterranean. Di dalam taman tersebut terdapat juga sebuah kebun kurma yang luas. Kami yang jarang dapat melihat kebun pokok kurma seluas itu menjadi kagum. Lantas, kami terus mengeluarkan kamera dan bergambar dengan pokok-pokok kurma tersebut. 


Penulis bersama awekz  Arab di tembok Citadel of Qaitbay

Selepas puas bergambar di kebun kurma, kami ke Citadel of Qaitbay yang merupakan sebuah kubu yang dibina pada tahun 1477 sewaktu pemerintahan raja kerajaan Mamluk yang bernama Al-Ashraf Sayf Al-Din Qa'it Bay. untuk masuk ke dalam kubu ini, kami perlu membeli teket yang harganya agak berpatutan. Kubu ini meliputi kawasan yang sangat luas dan terletak di pinggiran Laut Mediterranean. Di dalamnya terdapat sebuah bekas masjid yang dipercayai sebagai masjid yang tertua di Iskandariah. Dari atas kubu ini, panorama Kota Iskandariah yang indah dapat dinikmati. Subhanallah, kami menghabiskan masa hampir sejam di dalam kubu tersebut,


Penulis berada di tengah-tengah Kota Alexandria

Citadel of Qaitbay ini sebenarnya dikatakan dibina di atas tapak runtuhan sebuah rumah api yang bernama Pharos of Alexandria. Rumah api yang mulai dibina pada kurun ke 3 sebelum masehi sewaktu pemerintahan Ptolmy 1 tersebutmerupakan rumah api yang pertama dibina di dunia. Ianya adalah salah satu daripada 7 kejaiban Dunia Purba. rumah api tersebut malangnya sudah tidak lagi wujud pada masa kini. Ianya dikatakan telah runtuh akibat kejadian gempa bumi yang berlaku antara tahun 1303 & 1304. Batu-batu daripada runtuhan rumah api tersebut kemudiannya dikatakan telah digunakan untuk pembinaan Citadel of Qaitbay pada tahun 1477.


Penulis berada di stesen keretapi Alexandria 

Selepas puas bergambar di Citadel of Qaitbay, kami singgah sebentar di sebuah restoran untuk makan tengahari dan membeli makanan bagi mengisi perut apabila berada di dalam keretapi nanti. Selepas makan tengahari, kami ke stesen keratapi Alexandria untuk meneruskan perjalanan ke Luxor pada jam tiga petang.

Bersambung...

Khamis, 28 Ogos 2008

Melawat Pyramid di Giza


Penulis bergambar berlatar belakangkan tiga buah pyramid

Hari kedua kami meneruskan lawatan tempat-tempat kesan peninggalan pemerintahan Firaun. Ini termasuk Pyramid di Giza. Seperti yang di ketahui, pyramid merupakan satu-satunya tujuh binaan yang paling ajaib di dunia yang kekal tempat pertama hingga sekarang. Binaan yang sangat hebat ini merupakan salah satu kesan tinggalan Firaun.


Penulis begitu kagum dengan binaan pyramid ini

Dikatakan pyramid dibina sebagai lambang kebesaran pada zaman tersebut. selain itu, apabila seseorang raja meninggal dunia segala barang kebesaran milik peribadi akan dikumpulan di dalam bilik mayat tersebut yang terletak di tengah-tengah sesebuah pyramid . Di dataran pyramid yang terletak di Giza terdapat tiga 3 buah pyramid yang besar. Setiap pyramid telah dibina oleh Firaun yang berlainan mengikut zaman masing-masing. Tatkala berada di dalam pyramid, kita dapat melihat dan merasai bagaimana raja dahulu memperhambakan rakyat semata-mata untuk mencapai cita-cita peribadi berdasarkan teguhnya pyramid ini berdiri meskipun telah berusia hampir lima ribu tahun dahulu.


Betapa tingginya pyramid ini

Sudah pasti ribuan orang rakyat yang menjadi buruh kerahan telah dipergunakan oleh raja ketika itu dan banyak yang mati ketika berkerja akibat kelaparan. Kini binaan tersebut masih lagi wujud sebagai pengajaran kepada manusia lain agar tidak lalai dengan kesenangan dunia. 


Penulis bergambar berlatar belakangkan Pyramid Giza

Dahulunya semua Raja Firaun yang hidup bersikap bongkak dan zalim. Mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa peduli perasaan dan nasib rakyat. Bahkan rakyat telah dijadikan hamba abdi untuk merealisasikan impian kotor mereka. Tapi, di mana semua itu sekarang?. Di mana harta mereka yang melimpah ruah?. Di mana pengawal yang dahulunya menjaga keselamatan diri mereka?. Semuanya telah hilang dan lenyap. Yang kekal hanya Allah yang Maha Hidup. 

Selepas melawat pyramid, kami meneruskan perjalanan ke Alexander pula.

Bersambung...

Rabu, 27 Ogos 2008

Menyaksikan Sendiri Wajah Firaun Ramsis 2


Bandaraya Cairo, Egypt

Program lawatan ke Egypt ini dianjurkan oleh Puan Raja Bee AJK Badan Keluarga DBP. Program ini berlangsung pada bulan Mei 2005 yang lalu merangkumi pakej selama lima hari enam malam dengan mengunakan perkhidmatan agensi pelancungan Wira Saujana yang diketuai oleh Puan Khatijah. Kami bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan mengunakan pesawat Qatar Airways pada jam 11.00 malam. Setelah enam jam perjalanan, kami transit sehari di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada jam 7.00 pagi. Dengan membayar USD 100 kepada agensi pelancungan di sana, kami sempat melawat di sekitar bandar Doha, Qatar. Bandar Doha ketika itu dihias dengan cantik kerana dalam persediaan menjadi tuan rumah Sukan Asia. Setelah seharian melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar ini, kami pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Doha untuk meneruskan perjalanan ke Egypt pula. Setelah satu jam di dalam pesawat, akhirnya kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo.


Penulis dan rakan-rakan bergambar kenangan di hadapan hotel di Cairo.

Setibanya di Lapangan Terbang Antrabangsa Cairo, peristiwa yang paling mendebarkan apabila aku dan beberapa rakan yang lain ditahan selama lebih kurang satu jam oleh pihak imigresen Egypt dan passport antarabangsa kami diambil untuk diperiksa secara rambang melalui komputer. Setelah diperiksa, akhirnya mereka berpuas jati dan passpot kami dikembalikan dan dibenarkan memasuki negara Egypt. Setelah segala urusan selesai di airport, kami di bawa oleh agensi pelancungan di sana untuk check-in hotel di kota Cairo.Di hotel, yang paling membosankan apabila pekerja hotel sering meminta tip setiap kali kami memerlukan perkhidmatan mereka. Bayangkanlah, walaupun hanya meminta tolong mengambil gambarpun mereka meminta tip. Oleh kerana kami sampai di Cairo sudah hampis senja, kami makan malam di hotel sahaja. Di sini air tidak semewah di Malaysia, kami hanya di sediakan segelas air meneral setiap seorang. Kalau nak makan roti, bermacam-macam roti disediakan. Selepas makan malam, kami hanya merayau pasar malam di sekitar hotel sahaja.

Inilah teket jika ingin menyaksikan mamia Firaun Ramsis 2

Pada keesokkan harinya kami bangun awal, pagi-pagi lagi kami sudah melawat di bawa Masjid Amru  bin Al-As iaitu masjid tertua di Egypt, Bazar Khan Khalili, Kubu Panglima Salahudin Al-Ayubi, Masjid Imam Syafie dan tempat-tempat bersejarah Islam yang lain. Bazar Khan Kahalili boleh diibaratkan sebuah tempat membeli belah dengan harga yang agak murah. Para peniaga di sini memang sudah mengenali kami berasal dari Malaysia. Kawasan ini memang terkenal di kalangan pelajar Malaysia di sini sememangnya menawarkan harga berpatutan untuk barangan seperti baju kenangan Egypt, cenderahati dan lain-lain lagi.


Penulis berada di hadapan Bazar Khan Khalili

Setelah puas bershoping, kami melawat Muzium Firaun pula. Ini merupakan kali pertama aku melawat Muzium Firaun. Sebelum ini hanya mendengar teman-teman lain bersembang mengenainya. Bangunan berwarna merah yang terletak di tengah kesibukan Medan Tahrir, merupakan kawasan yang paling sibuk di Cairo mengandungi seribu satu khazanah tamadun lama. Ribuan pelancung keluar dan masuk ke dalam bangunan ini menandakan ia adalah antara tempat tumpuan daripada seluruh dunia. Oleh itu aku dapat menyaksikan sendiri wajah Firaun Ramsis 2 yang dikisahkan sebagai firaun yang menentang Nabi Musa dan mendakwa dirinya sebagai tuhan.


Penulis berada di dalam Masjid Amru bin Al-As, Masjid tertua di Egypt.

Di dalam muzium ini terdapat sebuah bilik yang menempatkan pelbagai mayat Raja Firaun terdahulu dalam mumia. Salah seorang daripada mereka ialah Ramsis 2 yang mati lemas ditelan Laut Mati semasa mengejar Nabi Musa. Hampir terdapat 10 mumia dalam bilik tersebut dan kesemuanya sama antara satu sama lain. Rangka yang telah rosak dan warna sudah bertukar kehitam-hitaman kecuali Ramsis 2 yang masih kelihatan seolah-olah tidak terkesan dengan perubahan cuaca dan masa. Mukanya masih jelas menunjukkan wajah seorang yang telah memusuhi Allah dan para nabiNya.


Penulis baru keluar dari Muzium Firaun, Cairo.

Marilah kita semua mengambil iktibar yang amat berharga ini supaya kita terselamat daripada ancaman azab Allah swt. Keluar dari Muzium, haripun sudah senja dan kamipun pulang ke hotel penginapan. Selepas makan malam aku diajak oleh kak Farida dan kak Zainah supaya menemaninya ke Hard Rock Cafe yang terletak di lobi sebuah hotel terkemuka. Apabila sampai, aku dapati kawasan Hard Rock Cafe ini dikawal dengan rapi dan ramai tentera yang bersenjata membuat rondaan sehingga teksi yang kami naiki di scan dan diperiksa dengan rapi. Mereka berbuat demikian mungkin, kerana takut dengan ancaman bom kerana di situ ramai pengunjungnya dari negara barat.

Bersambung...

Rabu, 20 Ogos 2008

Sehari di Kota Doha, Qatar


Penulis perlu mengisi borang ini dahulu sebelum memasuki negara Qatar.

Kira-kira jam 5 pagi ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Doha, Qatar, kami menaiki pesawat Qatar Airways QR621, seorang pramugari mengejutkan aku yang sedang tidur di sebelah tingkap supaya menutup tingkap. Langkah itu diambil kerana ketika itu berlaku perubahan cuaca malam ke siang, yang memungkinkan mata akan mengalami silau melampau akibat pancaran matahari. Sebelum menutup tingkap, aku sempat menjenguk keluar dan menyaksikan perubahan itu yang cukup menarik.

Penulis bergambar kenangan di tepi pelabuhan di Doha

Betapa besarnya kuasa Allah apabila kelihatan tiga lapisan langit iaitu hitam, jingga dan yang paling atas ialah putih. Tidak pernah bermimpi akan melihat keindahan alam seperti itu. Apatah lagi ketika sedang duduk di kerusi yang agak selesa kelas ekonomi disediakan Qatar Airways, sudah tentu perjalanan selama lapan jam tidak terasa. Perjalanan bermula jam 3.30pagi waktu tempatan dan kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha jam 6.30 pagi (11.30 waktu Malaysia). Rombongan kami terpaksa melancung di Qatar kerana pesawat Qatar Airways transit sehari di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha ini. Kami dikenakan bayaran tambahan sebanyak USD 100.00 seorang.


Taman bunga di tengah-tengah bandaraya Doha

Sepanjang perjalanan di bandaraya Doha, kami dapat menyaksikan begitu banyak bangunan mencakar langit sedang dibina. Melancung ke Doha tidak lengkap jika tidak melawat pasar atau bazaar yang digelar Souq al-Waqif yang melambangkan budaya tradisi Qatar. pasar itu menjual pelbagai jenis cenderahati, pakaian, eksesori unta dan makanan arabseperti segala macam rempah dan manisan.


Penulis bergambar kenangan di salah satu tempat menarik di Doha

Pada sebelah malam, pasar itu akan dipenuhi penduduk tempatan dan pelancung yang melepak sambil menonton televisyen di skrin besar dan bersantai menghisap Shisha. Kami jarang bertemu dengan penduduk tempatan Qatar di sebelah siang dan pemandu pelancung kami mengatakan kira-kira 80 peratus daripada sejuta penduduk Qatar ialah orang asing dan kebanyakan penduduk tempatan jarang keluar pada waktu pagi kerana cuaca panas.


Penulis bergambar kenangan di ladang unta

Mereka lebih selesa melepak di rumah dan memilih untuk keluar bersama keluarga pada petang hingga malam. Bahkan, di sepanjang jalan di sekiatar taman bunga di situ, kelihatan penduduk sedang berkumpul, berkelah bersama keluarga dan kanak-kanak berkejaran di taman permainan. Kelihatan begitu menarik menjadi penduduk Qatar. Negara pengeluar minyak dan gas ketiga terbesar di dunia itu mampu memberikan kemudahan mencukupi untuk rakyatnya, telefon, air dan pendidikan percuma, bahkan jika ingin berkahwin, mereka mendapat hadiah sebidang tanah serta kemudahan pinjaman perumahan. Bagaimanapun, keistemewaan itu akan hilang jika mereka berkahwin dengan bangsa asing. Ia bertujuan mengekalkan tradisi Qatar serta mengembangkan warisan mereka di kalangan bangsa sendiri. Belum puas menyaksikan keindahan bandar Doha, kami terpaksa pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Doha kerna meneruskan perjalanan ke EGYPT.


Doha banyak bangunan mencakar langit yang sedang dibina.

Fakta Doha
  • Mempunyai kepadatan penduduk 415,051 orang.
  • Digelar bandar pendidikan kerana banyak menjalankan kajian dan penyelidikan.
  • Stesen televisyen satelit Al-Jazeera adalah antara kebanggan rakyat Qatar.
  • Mempunyai majoriti penduduk yang kebanyakkan datang daripada negara Afrika selatan dan negara Arab serta Asia Timur, Asia Tenggara yang berkerja di sektor perhotelan, pembinaan dan perniagaan.
  • Doha akan mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang baru pada 2019.
  • Ruang geleri Al-Jazeera menempatkan sejarah penubuhan serta wartawan mereka yang terkorban ketika perang Iraq dan yang ditahan di penjara Abu Ghaib.
  • Doha sedang mempersiapkan diri untuk melobi sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2016.

Selasa, 19 Ogos 2008

Selamat Pengantin Baru X Editorku

Group buku teks Pelajaran Jawi tahun 5 bergambar kenangan  semasa berbengkel di Hotel D'Palma Ampang pada tahun 2005.

Hari Sabtu lalu, aku dan rakan-rakan DBP pergi ke Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut, Pahang (mungkin kampung Rahimin rakan blogger yang popular) kerana menghadiri majlis perkahwinan editor DBP. Kami ke sana dengan menaiki bas DBP seramai 30 orang. Kami bertolak dari DBP pada jam 9 pagi dan sampai di rumah pengantin pada jam 12.30 tengahari.

Bagai pinang dibelah dua, ustaz Mohd Fezal dan ustazah Zaidah

Kedua pengantin yang digelar ustaz dan ustazah ini kerana bertugas sebagai editor untuk buku-buku agama di DBP. Kebetulan kedua pengantin baru ini adalah x-editor aku semasa sama-sama terlibat dalam pembikinan buku teks Pelajaran Jawi tahun lima pada tahun 2005&2006 yang lalu. Aku sungguh seronok bertugas bersama mereka, terutama ustazah Zaidah yang banyak memberi idea dan cadangan yang cukup bernas untuk menambah baikkan grafik buku teks yang sedang aku design

Ustazah Zaidah juga akan cuba mempertahankan jika buku ini dikritik oleh Jawatan Kuasa Kawalan Mutu ketika kami sedang berbengkel. Alhamdulillah buku ini tiada mengalami sebarang masalah dan berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Taniah diucapkan kepada Ustaz Fesal dan ustazah Zaidah. Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tidakku sangka, percintaan mereka mula berputik ketika sama-sama menjadi editor untuk buku yang aku sedang design ketika itu.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Kali Kedua Aku ke Negara Filipina


Penulis bersama pramugari Air Asia

Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk untuk aku. Aku perlu menyiapkan reka bentuk buku yang bertajuk Wacana Sejarah dan Falsafah Sains dalam masa seminggu sahaja. Editor pula sentiasa duduk di sebelah sehingga aku hendak bergerakpun susah. Aku hendak update blog inipun tidak berkesempatan. Walaubagaimanapun aku akan cuba curi masa untuk menulis entry kali ini... hehe...


Famemas bergambar kenangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Diosdado Macapagal

Ini kali kedua aku ke negara Filipina. Kali pertama aku ke negara Filipina semasa menemani teman sepejabat iaitu en. Jacob melawat ke rumah bapa tunangnya di Alaminos Pengasinan. Kali ini aku mengikuti rombongan Famemas ke Manila untuk menyokong atlit Malaysia yang bertanding di Sukan SEA Manila, Philippines. Kami menuju ke negara Filipina  dengan mengunakan pesawat Air Asia pada pagi 28hb November 2005 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


Penulis bergambar kenangan dengan kenderaan awam yang bernama Jeepney

Kami bertolak dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12 tengahari yang memakan masa tiga jam perjalanan. Jam 3 petang, kami selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Diosdado Macapagal yang terletak lebih kurang 20 kilometer dari pusat bandar Manila. Di airport, kami disambut oleh agensi pelancungan di sana. Kami menaiki bas untuk check-in hotel penginapan di Bandar Makati. Kami menginap di hotel Makati Palace yang yang dikatakan bertaraf lima bintang. Apabila kami turun sahaja dari bas, kami dikelilingi oleh beberapa orang ibu ayam yang menawarkan perkhidmatan massage dan pelacuran. Rupa-rupanya hotel ini dikelilingi oleh kelab-kelab hiburan dan rumah-rumah pelacuran. Bilik hotel ini cukup besar dan sungguh selesa. Aku sebilik dengan rakan Famemas yang bernama Zul juga. Selepas makan malam dan setelah mendengar taklimat dari exco Famemas, kami ke tingkat 20 hotel ini untuk merasai urutan massage dari wanita Filipo yang sungguh jelita.


Penulis berlatar belakangkan Rizal Park

Menurut pemandu pelancung kami, Republik Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Negara ini mempunyai pengaruh Sepanyol dan Amarika Syarikat yang kuat memandangkan negara ini telah dijajah selama empat abad oleh kauasa tersebut. Filipina merupakan sebuah negara yang mempunyai majoriti penganut Kristian.


Penulis dan TokMoh di Restoran Makanan Laut Zamboanga, Filipina

Dahulu, Filipina merupakan sebuah negara paling maju di asia Tenggara, tetapi ketinggalan di belakang apabila pertumbuhan ekonomi merosot dan penyelewengan berluasa. Hari ini Filipina menikmati pertumbuhan ekomi yang sederhana disebabkan tenaga kerja yang banyak di luar negara, pertambahan pelaburan ke atas industri teknologi maklumat dan tenaga kerja yang murah.


Penulis bersama penyokong fanatik Thailand ketika di dalam stadium bola keranjang

Menurut pemandu pemandu pelancung kami lagi, masalah yang dihadapi negara Filipina kini ialah tuntutan masyarakat Mindanao untuk berpisah daripada kerajaan Filipina, ancaman komunis di utara dan kerosakkan alam sekitar disebabkan pencemaran dan sebagainya.


Penulis berada di atas Tembok Intramurus

Walaupun kami kenagara Filipina ini untuk menyokong atlit Malaysia yang bertanding di Sukan SEA Manila, tetapi kami masih berkesempatan melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar bandar Manila seperti tembok Intramurus dan Rizal Park. Tempat-tempat menarik ini telah aku ceritakan di entry aku yang lepas. Kami juga berpeluang untuk membeli belah di sekitar Pasay City. Kebanyakan barangan kraf tangan di sini, di jual dengan harga yang sungguh berpatutan.


"Mahal kitak" untuk awekz-awekz Filipino ini ... huhuhh

Ada peristiwa lucu semasa kami di Manila. Rakan kami, Mansor yang bergelar Tok Moh selalu bercakap besar kepada kami. Beliau berkata, beliau tidak takut dengan perempuan. Di Malaysiapun dia kata, sering ke kelab dangdut. Suatu hari selepas seharian berada di stadium untuk menyokong atlit Malaysia, sebelah malamnya kami mengajak Tok Moh ke sebuah kelab hiburan yang terletak di hadapan hotel penginapan kami. 

Apabila masuk sahaja ke kelab hiburan tersebut, Tok Moh dikelilingi oleh beberapa GRO seksi Filino. GRO ini tertarik dengan bentuk badan Tok Moh yang mereka anggap sangat seksi itu. Seorang GRO duduk di peha kiri dan seorang GRO lagi duduk di peha kanan. Manakala seorang GRO lagi bersandar di bahu kiri dan seoarang GRO lagi bersandar di bahu kanan. Seorang GRO lagi memeluknya dari belakang. Aku tengok Tok Moh sudah berpeluh dan mengeletar. Beliau terjerit-jerit meminta pertolongan kepada kami. Kami tidak boleh berbuat apa-apa hanya mampu tergelak sahaja. Tok Moh yang jelas ketakutan, terus berlari dan GRO-GRO tersebut mengejarnya sehingga ke pintu hotel Makati Palace. Mujurlah pengawal hotel telah menahan GRO tersebut, jika tidak tidak tahulah akibatnya hahahha.... Semenjak itu Tok Moh tidak bercakap besar lagi..... Dia hanya mendiamkan diri apabila kami mengunkit peristiwa lucu itu.

Selasa, 12 Ogos 2008

Artikel di Buletin Syarikat


Sebenarnya aku kehabisan idea untuk menulis di blog ini. Hari ini aku terbaca buliten syarikat edisi bulan Julai-September 2005. Aku tertarik satu artikel, kemudian aku mengimbasnya (scan) untuk dimuatkan di dalam entry hari ini.

Buku Pereka Bentuk Syarikat, Menang Anugerah
(Buliten Syarikat Edisi Julai-September2005)

Buku Pendidikan Jasmani dan pendidikan Kesihatan Tahun 3 telah memenangi anugerah Reka Bentuk Terbaik Buku Teks KBSR tahun 2005, anjuran Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya, oleh Y. B. Dato' sri Hishamuddin bin Tun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia.

Reka bentuk buku tersebut dihasilkan oleh sdr. Zuldean, Pereka Bentuk yang bertugas di Bahagian Buku Teks, Bahagian Kreatif dan Multimedia Syarikat. Sebelum menyertai Syarikat, beliau bertugas sebagai ilustrator buku untuk Bahagian Sains dan Teknologi selama tujuh tahun. Beliau telah dilantik sebagai pereka buku teks, apabila syarikat mengambilalih Bahagian Reka Bentuk DBP pada tahun 2002.

Sehingga kini, beliau telah berjaya mereka bentuk empat buah buku teks dan ini merupakan kejayaannya yang pertama. Syabas dan taniah diucapkan.

Bagi aku, kemenangan ini bukanlah kemenangan individu. Kemenangan ini untuk team buku teks ini seperti editor, ilustrator, jurufoto dan penulis. Tanpa mereka, mustahil buku ini mencapai kemenangan. 

Sabtu, 9 Ogos 2008

Puisi Buat Seorang Sahabat


LUKISAN TERSEMBUNYI
-Puisi Buat Seorang Sahabat Bob...

Bob,
Meskipun hidupmu
tidak henti diterjah duka
dikunyah derita
kehilangan, kesunyian
ia menjadi suatu yang tiada nilainya
demi kesabaran
kau boleh tersenyum sendiri
dan menghiburkan kami
dengan telatah senda guraumu

Bob,
Perjalanan ini
sebenarnya adalah
sesuatu yang sukar dimengerti
ketentuan takdir
adalah sesuatu yang seni
lakaran berliku-liku
bagai lukisan
penuh warna
tetapi tetap berakhir dengan keindahan
jika kau sudah mengerti
kenapa ia terjadi

Kita akan terus melukis
di seluruh rimba ini
mencarinya dengan hati
lukisan tersembunyi...

Puisi ini ditulis dengan puitis oleh rakan sepejabat iaitu saudara GOPA atau Abd. Ghaffar Bahari.

Khamis, 7 Ogos 2008

Bestnya design buku Bahasa Iban


Team buku Bahasa Iban sedang berbengkel di Khucing, Sarawak

Tahun ketiga di syarikat, aku masih dilantik sebagai designer buku teks. Kali ini aku ditugaskan mereka bentuk buku teks Bahasa Iban tingkatan tiga bersama ilustrator Ayie. Pada mulanya aku agak gementar juga menerima tugas ini kerana aku tidak faham langsung bahasa Iban. Lama kelamaan perasaan gementar itu bertukar kepada seronok pula apabila mendapat tahu bahawa editor buku ini adalah seorang awekz yang cun.... huhuhhh

Kali ini aku bertugas bersama dua editor dari negeri Sarawak yang berbangsa Iban iaitu en. Jonathan Singki dan Cik Edit. Apabila diberitahu aku akan ditugaskan membuat lay out buku bahasa Iban ini, aku sangat teruja kerana ditemani dua editor yang sangat berpengalaman dan akan berpeluang berbengkel atau bermasyuarat di Sarawak.

Sungguh berbeza apabila bertugas dengan team buku ini, Jika dahulu aku bertugas dengan editor yang agak garang tetapi kali ini aku bertugas bersama dua editor yang cukup profesional dengan tugasnya. Mereka sangat menghormati aku dan Ayie sebagai designer dan ilustrator. Begitu juga dengan kami, menghormati mereka sebagai editor buku ini. Bermakna, kami saling memahami tugas masing-masing. Sebarang masalah, kami akan bebincang bersama-sama.



Ilistrator Ayie dan editor sedang mencari bahan di Kementerian Penerangan Cawangan Sarawak


Apabila aku dan Ayie berbengkel di Sarawak, editor inilah juga yang membantu kami mencarikan tempat penginapan dan menjadi pemandu pelancung kami di sekitar bandaraya Kuching. Kami menaiki kenderaan yang dipandu cik Edit ke tempat-tempat tertentu di sekitar bandar Khucing untuk mencari bahan-bahan dan mengambil foto yang diperlukan oleh buku buku kami.

Apabila masyuarat atau bengkel, buku ini tidak banyak menerima pembetulan atau kritikan oleh panel jawatankuasa kawalan mutu. Kebanyakkan lay out atau design buku telah diterima kerana mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak editor Sarawak ini.

Sepanjang kami berada di Sarawak, kami sentiasa mendapat layanan yang sangat baik dari pihak editor Sarawak ini. Kami sangat berterima kasih kepada mereka kerana masih berkesempatan membawa kami ke Waterfront untuk membeli cenderamata dan ke Pasar Satok untuk membeli beberapa ekor ikan Terubuk.

Alhamdulillah buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kementerian. Sepanjang aku mereka bentuk buku ini, tiada masalah besar berlaku seperti buku yang sudah-sudah. Harap-harap tiada lagi masalah lagi selepas ini. 

Aku hanya mampu tersenyum apabila rakan-rakan sepejabat berkata secara berjenaka " buku ini berjaya disiapkan tanpa sebarang masalah kerana editor Sarawak tidak tahu designer buku ini adalah bekas pengawal keselamatan".

Selasa, 5 Ogos 2008

Jumpo Kawan Lamo


Beberapa tahun yang lalu, syarikat ada ura-ura tidak akan menaikkan gaji tahunan kerana dikatakan syarikat menghadapi sesuatu masalah yang tidak dapat dielakkan. Ketika itu, ramai rakan sepejabat sering memasang lagu Blues gang yang bertajuk Jumpo Kawan Lamo di kumputer dan handpone masing-masing sebagai tanda kekecewaan mereka. 

Jumpo Kawan Lamo

Eh... macam konal
kito ponah jumpo
kau buek apo
tingga dokek mano
den kojo designo
dah limo tahun
pangkat bolom naik
ingin balik kampong

Buek apo balik kampong
sawah dah tak ado
gotah turun hargo
ramai orang tak kojo
tak kan nak melopong
melaguk kodai Acong
lebih baik kau soba
tunggu anak bosa

Dongar kau designo
terkonal semua nogori
tentu kau banyak luit
tapi kau jalan kaki

Ceritopun takdo guno
kito ni jadi mangso
kojo bagai nak gilo
orang lain yang kayo


Moh!... kito makan
porut dah berbunyi
biar den belanjo
kito lamo tak jumpo
satu perkaro lain
bila kau balik Kikir
harap kau tak kan lupo
kirim salam salam orang tuo

Selepas beberapa bulan kemudian, kami semua mendapat khabar gembira apabila syarikat mengumumkan akan menaikkan gaji tahunan kami. Namun begitu, aku yang memang meminati kumpulan Blues Gang sejak dari bangku sekolah lagi, masih mendengar lagu Jumpo kawan lamo sehingga kini.... huhuhhh...

Jumaat, 1 Ogos 2008

Merehatkan Minda di Perth


Penulis berada di Lapangan Terbang Antrabangsa Perth

Penulis sedang membeli belah di Fremantle

Fikiranku kembali tenang setelah fail kerja ditemui semula. Alhamdulillah, semuanya kembali tenang dan ceria. Sebenarnya, aku tidak pernah terfikir untuk pergi sejauh ini. Mungkin ini juga dikatakan rezeki, mungkin ini yang dikatakan mimpi yang menjadi nyata. Aku memenangi paraduan pakej percutian ke luar negara lagi. Kali ini aku memenangi peraduan dari syarikat Hitachi. Peluang yang tidak akan aku lepaskan begitu sahaja. Apapun, aku sangat beryukur atas rezeki dan keizinan dariNya.

"P" yang aku maksudkan ialah Perth. Tidak jauh sangat bukan?. Musim luruh menyambut ketibaan kami pada tarikh 21hb Ogos 2004, dengan suhu 17 celcius pada waktu siang, dan 15 celcius pada waktu malam. Memang sejuk untuk orang yang pertama kali merasai cuaca sebegitu. Pada jam 5 petang, suasana dah mulai gelap, kedaipun sudah ditutup (kecuali kedai souvenir yang ditutup pada jam 9 malam). bandaraya Perth, sama ada siang atau malam, merupakan bandar yang sangat tenang.

Penulis berada di London Court iaitu di tengah-tengah bandaraya Perth

Penulis berada di pelabuhan sebelum menaiki kapal menyusuri sungai di Perth
Sepanjang berada di Perth, kami mengikuti rombongan yang telah diatur oleh agensi pelancungan di sana. Rombongan kami seramai 30 orang adalah pemenang peraduan Hitachi. Hari kedua, mula-mula sekali kami pergi ke King Park iaitu sebuah taman bunga yang cantik lagi bersih. Kami sempat bergambar kenangan di situ yang berlatarkan bandaraya Perth. Kemudian kami melawat tempat-tempat berikut: Sandalford Wines, Margaret River Chocolate Factory, cCanversham Aildlife Park, Charlies Estate Wine&Nougat Bautique, Gumnut Factory dan Burswood Resort. Paling menarik Caversham Wildlife Park, sebab berpeluang mengambil gambar bersama kangaroo, koala dan lain-lain binatang lagi.
Tempat yang paling menarik yang kami lawati ialah kilang membuat cokelat, apatah lagi dapat merasa cokelat percuma (simple) yang diletakan di dalam bekas yang besar. Gumnut Factory lagi menarik, kerana ia hanya terdapat satu sahaja di dunia. Saat yang paling membosankan, apabila melawat kilang minuman keras, ada sesi tasting wine pula. Aku memang malas hendak mendengar penerangan yang diberikan, aku lebih sibuk memakan buah anggur yang masih lagi segar...huhuhhh. Burswood Resort, kami tidak sempat melawat kerana hari semakin gelap.

Penulis bergambar kenangan dengan Swan gangsa


Penulis berada di sebuah pelabuhan di Perth

Hari ketiga, kami di bawa ke Fremantle. Masyarakat Perth menggelarnya - Freo. Sebuah tempat di tepi laut yang ada banyak menjual souviner murah. Kami memilih untuk pergi dengan menggunakan train (ala-ala kumuter di Malaysia). Perjalanan mengambil masa selama 30 minit. Di Fremantle, banyak bangunan cantik. Bangunan lama, tetapi masih kelihatan cantik sangat. Jikalau pergi ke Fremantle, tempat yang wajib pergi ialah Fremantle Market, E Shed Marked dan juga makan fish and chip sambil menyaksikan pemandangan kapal dan laut yang cantik.

Hari ke empat, kami bangun awal pagi, selepas breakfast kami berjalan-jalan di London Court, di tengah-tengah bandaraya Perth. Suasananya ala-ala di London kerana bangunannya berbetuk cottage. Kemudian, kami pergi ke Fremantle sekali lagi. Oleh kerana hari tersebut merupakan hari minggu, maka semua kedai souviner di bandaraya Perth meletakkan harga yang tinggi daripada hari biasa, jadi kami mengambil keputusan untuk pergi semula ke Fremantle, ke E Shed Market. Balik dari Fremantle, kami pergi pula ke Swan Bell Tower untuk bergambar dengan angsa besar di sana.


Penulis berada di atas kapal ketika menyusuri sungai di Perth


Penulis bergambar kenangan dengan Swan di Swan Bells Towers

Hari kelima merupaka hari terakhir kami berada di Perth. Hari tersebut merupakan aktiviti bebas, kami hanya berjalan-jalan di sekitar bandaraya Perth sahaja. Kami pergi ke Perth Mint yang tekenal dengan pembuatan syiling, barang kemas daripada emas ataupun perak. Di Perth Mint, kami berpeluang melihat pingat emas, perak dan gangsa yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Sydney 2000. Selama lima hari di Perth, hanya lima kali sahaja aku makan nasi di restoran-restoran kepunyaan orang Indonesia ataupun Singapura. Sepinggan nasi berharga 7 AUD (RM21). Di Perth, tidak susah hendak mencari makanan halal. Asalkan ada ongkosnya, hendak makan nasi sekerap manapun boleh. Nasib baiklah makanan kami disponser oleh syarikat Hitachi.



Awkz di Perth tidak seseksi awekz di Gold Coast hehe...


Penulis menikmati fish and chips di Fremantle

Walaupun kebanyakkan kedai ditutup seawal 5 petang tetapi kelab-kelab hiburan di sini dibuka sehingga awal pagi. Malam terakhir aku di Perth, aku ditemani mr. Jacob merayau-rayau mencari kelab hiburan di sekitar bandaraya Perth ini. Bermacam-macam kelab hiburan kami masuk. Ada sekali aku dan mr. Jacob memasuki kelab hiburan untuk menyaksikan tarian tiger show. Kami di kelab ini hanya sekejap sahaja kerana penari-penari tersebut tersebut asyik meminta menyelitkan AUD di bikininya kepada kami. Tidak sperti di Gold Coast, kami boleh menyaksikan tarian ini hingga ke pagi. Jika ditunggu lama, alamat kopaklah AUD di poket kami huhuhuhhh.. Kamipun keluar dari kelab tersebut dan masuk ke kelab yang lain pula. Kali ini kami menyaksikan live band sambil menari bersama-sama pengunjung yang lain. Itulah kali pertama aku menari di sebuah kelab malam. Setelah letih menari, kamipun pulan berjalan kaki ke hotel.



Penulis berada di tugu peringatan tentera Australia

Itulah yang dapat aku ceritakan seba sedikit semasa aku bercuti di Perth, Australia. Semasa di Perth, bila berjumpa orang muslim, kami akan saling bertukar ucapan salam atau paling kurangpun bertukar senyuman. Tetapi tidak semua, ada juga yang kelihatan sombong.

Jikalau ada orang bertanya kepada aku, sama ada aku hendak pergi lagi ke Perth jika diberi peluang?. Jawapan aku, ya. Rasa hendak migratepun ada juga bila berada di sana. Mungkin disebabkan aku suka sangat meminum hot chocolate di waktu malam di kala musim luruh yang sejuk semasa berada di sana. Jika ada di antara kalian yang suka melancung, tetapi tidak pernah pergi ke Perth, pergilah ke sana jika ada peluang dan rezeki.... okey!!