Selasa, 19 Ogos 2008

Selamat Pengantin Baru X Editorku

Group buku teks Pelajaran Jawi tahun 5 bergambar kenangan  semasa berbengkel di Hotel D'Palma Ampang pada tahun 2005.

Hari Sabtu lalu, aku dan rakan-rakan DBP pergi ke Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut, Pahang (mungkin kampung Rahimin rakan blogger yang popular) kerana menghadiri majlis perkahwinan editor DBP. Kami ke sana dengan menaiki bas DBP seramai 30 orang. Kami bertolak dari DBP pada jam 9 pagi dan sampai di rumah pengantin pada jam 12.30 tengahari.

Bagai pinang dibelah dua, ustaz Mohd Fezal dan ustazah Zaidah

Kedua pengantin yang digelar ustaz dan ustazah ini kerana bertugas sebagai editor untuk buku-buku agama di DBP. Kebetulan kedua pengantin baru ini adalah x-editor aku semasa sama-sama terlibat dalam pembikinan buku teks Pelajaran Jawi tahun lima pada tahun 2005&2006 yang lalu. Aku sungguh seronok bertugas bersama mereka, terutama ustazah Zaidah yang banyak memberi idea dan cadangan yang cukup bernas untuk menambah baikkan grafik buku teks yang sedang aku design

Ustazah Zaidah juga akan cuba mempertahankan jika buku ini dikritik oleh Jawatan Kuasa Kawalan Mutu ketika kami sedang berbengkel. Alhamdulillah buku ini tiada mengalami sebarang masalah dan berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Taniah diucapkan kepada Ustaz Fesal dan ustazah Zaidah. Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tidakku sangka, percintaan mereka mula berputik ketika sama-sama menjadi editor untuk buku yang aku sedang design ketika itu.

Tiada ulasan: