Jumaat, 1 Ogos 2008

Merehatkan Minda di Perth


Penulis berada di Lapangan Terbang Antrabangsa Perth

Penulis sedang membeli belah di Fremantle

Fikiranku kembali tenang setelah fail kerja ditemui semula. Alhamdulillah, semuanya kembali tenang dan ceria. Sebenarnya, aku tidak pernah terfikir untuk pergi sejauh ini. Mungkin ini juga dikatakan rezeki, mungkin ini yang dikatakan mimpi yang menjadi nyata. Aku memenangi paraduan pakej percutian ke luar negara lagi. Kali ini aku memenangi peraduan dari syarikat Hitachi. Peluang yang tidak akan aku lepaskan begitu sahaja. Apapun, aku sangat beryukur atas rezeki dan keizinan dariNya.

"P" yang aku maksudkan ialah Perth. Tidak jauh sangat bukan?. Musim luruh menyambut ketibaan kami pada tarikh 21hb Ogos 2004, dengan suhu 17 celcius pada waktu siang, dan 15 celcius pada waktu malam. Memang sejuk untuk orang yang pertama kali merasai cuaca sebegitu. Pada jam 5 petang, suasana dah mulai gelap, kedaipun sudah ditutup (kecuali kedai souvenir yang ditutup pada jam 9 malam). bandaraya Perth, sama ada siang atau malam, merupakan bandar yang sangat tenang.

Penulis berada di London Court iaitu di tengah-tengah bandaraya Perth

Penulis berada di pelabuhan sebelum menaiki kapal menyusuri sungai di Perth
Sepanjang berada di Perth, kami mengikuti rombongan yang telah diatur oleh agensi pelancungan di sana. Rombongan kami seramai 30 orang adalah pemenang peraduan Hitachi. Hari kedua, mula-mula sekali kami pergi ke King Park iaitu sebuah taman bunga yang cantik lagi bersih. Kami sempat bergambar kenangan di situ yang berlatarkan bandaraya Perth. Kemudian kami melawat tempat-tempat berikut: Sandalford Wines, Margaret River Chocolate Factory, cCanversham Aildlife Park, Charlies Estate Wine&Nougat Bautique, Gumnut Factory dan Burswood Resort. Paling menarik Caversham Wildlife Park, sebab berpeluang mengambil gambar bersama kangaroo, koala dan lain-lain binatang lagi.
Tempat yang paling menarik yang kami lawati ialah kilang membuat cokelat, apatah lagi dapat merasa cokelat percuma (simple) yang diletakan di dalam bekas yang besar. Gumnut Factory lagi menarik, kerana ia hanya terdapat satu sahaja di dunia. Saat yang paling membosankan, apabila melawat kilang minuman keras, ada sesi tasting wine pula. Aku memang malas hendak mendengar penerangan yang diberikan, aku lebih sibuk memakan buah anggur yang masih lagi segar...huhuhhh. Burswood Resort, kami tidak sempat melawat kerana hari semakin gelap.

Penulis bergambar kenangan dengan Swan gangsa


Penulis berada di sebuah pelabuhan di Perth

Hari ketiga, kami di bawa ke Fremantle. Masyarakat Perth menggelarnya - Freo. Sebuah tempat di tepi laut yang ada banyak menjual souviner murah. Kami memilih untuk pergi dengan menggunakan train (ala-ala kumuter di Malaysia). Perjalanan mengambil masa selama 30 minit. Di Fremantle, banyak bangunan cantik. Bangunan lama, tetapi masih kelihatan cantik sangat. Jikalau pergi ke Fremantle, tempat yang wajib pergi ialah Fremantle Market, E Shed Marked dan juga makan fish and chip sambil menyaksikan pemandangan kapal dan laut yang cantik.

Hari ke empat, kami bangun awal pagi, selepas breakfast kami berjalan-jalan di London Court, di tengah-tengah bandaraya Perth. Suasananya ala-ala di London kerana bangunannya berbetuk cottage. Kemudian, kami pergi ke Fremantle sekali lagi. Oleh kerana hari tersebut merupakan hari minggu, maka semua kedai souviner di bandaraya Perth meletakkan harga yang tinggi daripada hari biasa, jadi kami mengambil keputusan untuk pergi semula ke Fremantle, ke E Shed Market. Balik dari Fremantle, kami pergi pula ke Swan Bell Tower untuk bergambar dengan angsa besar di sana.


Penulis berada di atas kapal ketika menyusuri sungai di Perth


Penulis bergambar kenangan dengan Swan di Swan Bells Towers

Hari kelima merupaka hari terakhir kami berada di Perth. Hari tersebut merupakan aktiviti bebas, kami hanya berjalan-jalan di sekitar bandaraya Perth sahaja. Kami pergi ke Perth Mint yang tekenal dengan pembuatan syiling, barang kemas daripada emas ataupun perak. Di Perth Mint, kami berpeluang melihat pingat emas, perak dan gangsa yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Sydney 2000. Selama lima hari di Perth, hanya lima kali sahaja aku makan nasi di restoran-restoran kepunyaan orang Indonesia ataupun Singapura. Sepinggan nasi berharga 7 AUD (RM21). Di Perth, tidak susah hendak mencari makanan halal. Asalkan ada ongkosnya, hendak makan nasi sekerap manapun boleh. Nasib baiklah makanan kami disponser oleh syarikat Hitachi.



Awkz di Perth tidak seseksi awekz di Gold Coast hehe...


Penulis menikmati fish and chips di Fremantle

Walaupun kebanyakkan kedai ditutup seawal 5 petang tetapi kelab-kelab hiburan di sini dibuka sehingga awal pagi. Malam terakhir aku di Perth, aku ditemani mr. Jacob merayau-rayau mencari kelab hiburan di sekitar bandaraya Perth ini. Bermacam-macam kelab hiburan kami masuk. Ada sekali aku dan mr. Jacob memasuki kelab hiburan untuk menyaksikan tarian tiger show. Kami di kelab ini hanya sekejap sahaja kerana penari-penari tersebut tersebut asyik meminta menyelitkan AUD di bikininya kepada kami. Tidak sperti di Gold Coast, kami boleh menyaksikan tarian ini hingga ke pagi. Jika ditunggu lama, alamat kopaklah AUD di poket kami huhuhuhhh.. Kamipun keluar dari kelab tersebut dan masuk ke kelab yang lain pula. Kali ini kami menyaksikan live band sambil menari bersama-sama pengunjung yang lain. Itulah kali pertama aku menari di sebuah kelab malam. Setelah letih menari, kamipun pulan berjalan kaki ke hotel.



Penulis berada di tugu peringatan tentera Australia

Itulah yang dapat aku ceritakan seba sedikit semasa aku bercuti di Perth, Australia. Semasa di Perth, bila berjumpa orang muslim, kami akan saling bertukar ucapan salam atau paling kurangpun bertukar senyuman. Tetapi tidak semua, ada juga yang kelihatan sombong.

Jikalau ada orang bertanya kepada aku, sama ada aku hendak pergi lagi ke Perth jika diberi peluang?. Jawapan aku, ya. Rasa hendak migratepun ada juga bila berada di sana. Mungkin disebabkan aku suka sangat meminum hot chocolate di waktu malam di kala musim luruh yang sejuk semasa berada di sana. Jika ada di antara kalian yang suka melancung, tetapi tidak pernah pergi ke Perth, pergilah ke sana jika ada peluang dan rezeki.... okey!!

3 ulasan:

S.YanaZ berkata...

Hot Chocolate?
Hmmmmmm...aku hanya mampu minum di Starbuck, dan sejuk dek aircond...
Huh!

Denanz ... berkata...

hot chocolate?
aahhh ...aku buat sendiri. hahaha.
zul, takda gambar yang "luar biasa" ka?

alif-mikail berkata...

untungnye rejeki..