Selasa, 12 Ogos 2008

Artikel di Buletin Syarikat


Sebenarnya aku kehabisan idea untuk menulis di blog ini. Hari ini aku terbaca buliten syarikat edisi bulan Julai-September 2005. Aku tertarik satu artikel, kemudian aku mengimbasnya (scan) untuk dimuatkan di dalam entry hari ini.

Buku Pereka Bentuk Syarikat, Menang Anugerah
(Buliten Syarikat Edisi Julai-September2005)

Buku Pendidikan Jasmani dan pendidikan Kesihatan Tahun 3 telah memenangi anugerah Reka Bentuk Terbaik Buku Teks KBSR tahun 2005, anjuran Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya, oleh Y. B. Dato' sri Hishamuddin bin Tun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia.

Reka bentuk buku tersebut dihasilkan oleh sdr. Zuldean, Pereka Bentuk yang bertugas di Bahagian Buku Teks, Bahagian Kreatif dan Multimedia Syarikat. Sebelum menyertai Syarikat, beliau bertugas sebagai ilustrator buku untuk Bahagian Sains dan Teknologi selama tujuh tahun. Beliau telah dilantik sebagai pereka buku teks, apabila syarikat mengambilalih Bahagian Reka Bentuk DBP pada tahun 2002.

Sehingga kini, beliau telah berjaya mereka bentuk empat buah buku teks dan ini merupakan kejayaannya yang pertama. Syabas dan taniah diucapkan.

Bagi aku, kemenangan ini bukanlah kemenangan individu. Kemenangan ini untuk team buku teks ini seperti editor, ilustrator, jurufoto dan penulis. Tanpa mereka, mustahil buku ini mencapai kemenangan. 

4 ulasan:

S.YanaZ berkata...

Bro.,
T.A.H.N.I.A.H...


Byk perkara yg boleh d kongsi bsama melalui BLOG ini.
I likeeeeeeee...
:))

denanz berkata...

dah tiga tawuun wooo. baru ucap tahniah. tapi, kira ok la ek!

rahimin idris berkata...

hah, dah tiga tahun? tahniah juga la..

ZulDeanz berkata...

Cikgu S. Yanaz,
Terima kasih

Denanz
walaupun dah tiga tahun tetapimasih diingati kerana banyak betul kenangannya ketika membuat buku ini...

Rahimin,
Terima kasih...