Tahun lepas, bermula dari bulan Oktober sehingga bulan Disember Klinik Kesihatan Ampang terpaksa ditutup untuk orang ramai buat sementara waktu kerana kerja-kerja pengubahsuaian bangunan klinik kesihatan ini.
|
Pintu masuk Klinik Kesihatan Ampang. |
|
Mengambil nombor giliran di pintu masuk Klinik Kesihatan Ampang. |
Para pesakit diminta mendapatkan rawatan lanjut di klinik kesihatan yang berhampiran seperti di Klinik Kesihatan Cheras, Klinik Kesihatan Hulu Langat dan Klinik Kesihatan Datuk Keramat. Penulis sendiri terpaksa ke Klinik Kesihatan Hulu Langat untuk mendapatkan rawatan.
|
Resit nombor giliran. Kini tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan. |
|
Suasana Klinik Kesihatan Ampang. |
Setelah tiga bulan, Klinik Kesihatan Ampang ini dibuka semula kepada orang ramai dengan berwajah baharu. Klinik ini kelihatan lebih cantik, kemas dan bersih kerana keseluruhan bangunannya telah di cat baharu. Bukan sahaja dicat baharu, suasana di dalam bangunan seperti diruang menunggu sangat menyelesakan kerana alat penghawa dingin yang semakin sejuk, dinding bangunan klinik dihias dengan cantik dan jumlah kerusi yang mencukupi.
|
Kuanter makmal yang semakin cantik. |
|
Ruang menunggu yang selesa. |
Masa pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan dari doktor/pegawai perubatan juga semakin singkat kerana sistem nya yang semakin teratur dan kakitangannya yang bertambah mahir dan semakin cekap. Begitu juga masa pesakit menunggu untuk mengambil ubat juga semakin singkat kerana kecekapan kakitangan farmasi dalam menjalankan tugas dan penambahan beberapa buah kuanter di bahagian farmasi. Penulis dapati katil, kerusi dan meja di bilik rawatan juga telah ditukar baharu.
|
Bilik rawatan dan pengambilan darah. |
|
Penambahan kuanter di farmasi yang memudahkan pesakit untuk mendapatkan ubat yang lebih cepat dan pantas.. |
Semenjak pengubahsuaian bangunan Klinik Kesihatan Ampang ini, layanan kakitangan klinik ini semakin baik. Dari kuanter pendaftaran sehingga ke bilik rawatan, semuanya memberi layanan yang baik, walaupun mereka terpaksa melayan karenah pesakit yang semakin ramai datang. Yang membuatkan penulis happy, penulis dapati sebahagian jururawat dan pembantu perubatan boleh bergurau senda bersama-sama penulis dan pesakit-pesakit yang lain.
|
Kuanter pemeriksaan tekanan darah tinggi dan paras gula dalam darah untuk pesakit Diabetic. |
|
Ruang menunggu untuk pesakit gigi. |
|
Ruang menunggu untuk ibu-ibu mengandung yang semakin selesa. |
Cuma, doktor atau pegawai perubatannya sahaja yang agak garang dan serius ketika merawat penulis. Tiada senyuman dari wajah mereka. Senyuman adalah satu sedekah. Senyuman daripada pegawai perubatan adalah satu terapi untuk para pesakit. Sekurang-kurangnya senyuman dari seorang pegawai perubatan dapat mengurangkan kesakitan atau penderitaan yang sedang dialami oleh pesakit tersebut.
|
Tandas yang lebih bersih dan selesa. |
|
Kemudahan tandas di luar bangunan juga disediakan. |
|
Pintu masuk untuk rawatan kecemasan. |
Peristiwa dan foto-foto di atas adalah berdasarkan pengalaman penulis semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ampang. Penulis tidak pasti kemudahan dan layanan di klinik-klinik kesihatan yang lain. Penulis berharap, di klinik-klinik lain mendapat kemudahan yang sama seperti di Klinik Kesihatan Ampang, terutama klinik kesihatan di luar bandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan