Hari Jumaat minggu lepas, penulis sempat bersolat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Sebelum waktu sembahyang Jumaat tiba, penulis sempat merayau-rayau di sekitar bazar di sebelah Masjid Negara sambil menyaksikan kerenah para pembeli dan peniaga di situ. Jika sempat, penulis hendak menjamu selera nasi beriani atau nasi arab di situ... Insyallah..
|
Apabila azan berkumandang, orang ramai pun menuju ke Masjid Negara. |
|
Suasana bazar di sebelah Masjid Negara. |
Penulis dapati, ramai yang berniaga makanan dan tidak kurang juga yang berniaga pakaian, minyak wangi, cermin mata, dvd ceramah agama, kasut dan ubat-ubatan tradisional. Penulis dapati bazar ini sungguh meriah sekali kerana ramai pelanggan yang membeli belah sambil menikmati makanan di situ. Didapati ada pelancung tempatan dan luar negara yang turut serta membeli belah di sini untuk memeriahkan lagi suasana.
|
Ada gerai yang menjual madu dan minuman kesihatan. |
|
Gerai yang menjual Minyak Angin Serai dan Jus Mungkudu. |
Penulis cuma berehat sekejap dan sempat merakamkan beberapa keping gambar yang menarik di sekitar bazar tersebut. Niat dihati hendak makan nasi beriani yang terjual disitu tetapi terpaksa dibatalkan kerana terlalu ramai pelanggan yang berbaris di gerai tersebut dan tempat duduknya pula sudah dipenuhi dengan pelanggan. Penulis dapati di bawah pokok juga ramai para pelanggan sedang menikmati makan tengahari yang hanya duduk beralaskan akar-akar pokok sahaja. Lagipun pada masa itu Azan Jumaat sedang berkumandang. Penulispun terus menuju ke Masjid Negara.
|
Antara gerai-gerai yang berniaga di bazar Masjid Negara. |
|
Kopi Panggung Ambiak pun ada dijual di bazar Masjid Negara. |
Setibanya di bangunan masjid, penulis berada di bahagian luar, kebetulan penulis tidak berapa sihat dan kepenatan dan tidak larat hendak memanjat anak-anak tangga untuk naik ke atas untuk masuk ke ruang utama masjid. Penulis hanya bersembahyang di luar sahaja. Sayang sekali, sistem pembesar suara tidak begitu baik dan khutbah Jumaat hanya kedengaran sayup-sayup sahaja.
|
Orang ramai sedang makan nasi beriani... |
|
Orang ramai semakin ramai. |
Diharap masalah sound system nya sebagai antara keutamaan untuk diperbaiki agar segala penyampaian maklumat dapat diikuti oleh semua jamaah, di bahagian dalam atau luar masjid. Selain daripada itu, seperti bacaan imam yang merdu, ruang wudhu’ yang selesa dan lain-lain rasa tiada masalah sangat.
|
Gerai makanan kering dari Timur Tengah. |
|
Gerai mee rebus dan laksa. |
Selesai sahaja bersolat Jumaat, penulis singgah ke bazar sekali lagi. Di bazar tersebut, rupa-rupanya ada peniaga yang menjual nasi arab. Penulis sendiri memang teringin sangat menikmati nasi arab tersebut tetapi tidak sanggup beratur panjang dan berebut-rebut pula untuk mencari tempat duduk. Walaupun penulis penggemar tegar nasi arab, tetapi terpaksa dibatalkan juga niat tersebut. Tetapi tidak mengapalah, mungkin next time bolehlah mencuba nasi arab ini. Minggu depan, penulis kena datang seawal mungkin untuk membeli nasi arab ini dan makan dengan selesa.
|
Orang ramai berbaris panjang untuk memesan Nasi Beriani Kambing. |
|
Nasi campur juga menjadi tumpuan ramai. |
Kelihatan nasi arab tersebut memang sedap dan penulis sendiri ternampak di dalam periuk, mereka tanak nasi arab itu dengan ayam dan daging sekali. Ada daging ayam, daging kambing dan daging lembu. Penulis ada terdengar ada pelangan yang membeli nasi arab kambing bersama air, cuma berharga RM12.00 sahaja. Biasalah, harga nasi arab memang mahal sedikit kerana rasanya sedap dan menggunakan beras Basmathi.
|
Gerai makanan memang jadi tumpuan ramai. |
|
Ruang tempat duduk telah dipenuhi pelanggan Nasi Beriani/Arab Kambing. |
Ada air akar kayu percuma yang peniaga berikan kepada pelanggan yang hendak mencuba. Akar kayu yang telah diproses khas untuk lelaki, perempuan dan juga keluarga. Rasanya tidaklah pahit dan sangat sesuai untuk buang angin dan bermacam-macam khasiat lagi. Amalan meminum air akar kayu ini adalah amalan orang zaman dahulu cuma ianya telah diinovasikan dalam bentuk kodial. Kini akar kayu ini tidak perlu direbus lagi. Jika hendak mencuba datanglah ke Masjid Negara. Gerai-gerai di sini hanya beroperasi sempena solat Jumaat sahaja.
1 ulasan:
Kedai kambing kat luar pagar masjid negara dah pindah sejak cuti raya haritu. Tak tahu ade lagi atau tak de. tiap-Tiap minggu mengharap abang kedai kambing akan kembali...
Catat Ulasan