Semalam, penulis ada kerja di Hulu Kelang. Semasa dalam perjalanan pulang, tiba-tiba sahaja perut penulis terasa lapar. Penulis pun singgah makan tengahari di Medan Selera Jalan Raja Muda, Kampung Baru. Entah kenapa penulis teringin sangat hendak makan nasi ayam kampung. Bukan nasi ayam tetapi nasi putih dimakan bersama dengan ayam kampung goreng.
|
Orang ramai sedang menikmati Nasi Ayam Kampung. |
|
Budu campur Tempoyak? |
Sampai sahaja di medan selera, sudah ramai pelanggan sedang menikmati nasi ayam kampung di gerai tersebut. Dari jauh penulis sudah ternampak piring-piring berisi budu yang telah disusun banyak di atas meja. Memang stail orang kelate macam ini, pinggan yang berisi ulam-ulaman pun sudah tersedia. Kita hanya mengambil yang mana berkenan sahaja. Kali pertama penulis makan nasi berlauk bersama budu bercampur tempoyak. Selalunya penulis makan bersama sambal belacan bercampur tempoyak sahaja.
|
Gerai Nasi Ayam Kampung. |
|
Pelbagai lauk yang menyelerakan ada. |
Sesudah mengambil nasi putih dan ulam yang dicicah dengan budu yang dicampur dengan tempoyak, ditambah lagi dengan sambal ikan bilis dan ulam petai... memang citarasa Kelantan yang sangat klasik. Sebenarnya penulis hendak makan banyak lagi tetapi apabila teringatkan kesihatan yang tidak mengizinkan, maka abaikan lah sahaja niat itu.
|
Nasi Ayam Kampung yang sungguh menyelerakan. |
|
Suasana di dalam Medan selera. |
Set lauk yang penulis makan, sudah memadai. Penulis amat berpuas hati kerana ada ayam goreng kampung yang terbaik.... yummy!. Penulis makan seorang baharu kena RM10.00 sahaja... Boleh tahan lah harganya tetapi berbaloi sebab makanannya sedap dan memenuhi citarasa penulis
|
Kali pertama mencuba Budu bertemu Tempoyak. |
|
Habis licin!.... |
Next time hendak terjah lagi ke medan selera ini sebab... hendak makan nasi ayam binjai pulaks!..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan