Percayakah anda? tengahari tadi terjadinya masalah apabila selesai mengerjakan solat Jumaat. Akibat ada seorang dua pemandu yang parking kereta di tengah jalan tetapi keluar lambat?. Ya!... mungkin dia hendak membuat sembahyang sunat ba’diyatan dua rakaat, tetapi kita kena ingat juga nasib orang lain yang terkejar-kejar kerana ada urusan penting masing-masing.
Orang ramai menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan Sembahyang Jumaat. |
Kita kena faham di Malaysia ini ada yang berkerja pada hari Jumaat. Bayangkan ada orang masuk kerja lewat disebabkan kereta dia tidak dapat keluar disebabkan kereta kita block jalan, disebabkan insiden ini dia kena buang kerja. Anak bini dia hendak makan apa?.
Tempat meletak kenderaan di bahu jalan. |
Bukan bermaksud hendak cakap kena dahulukan orang kejar dunia dari yang kejar akhirat, tetapi benda seperti ini boleh menimbulkan persepsi kurang enak dari kacamata orang ramai. Ingatlah di zaman Rasulullah SAW dahulu, ada seorang pemuda masuk ke syurga hanya kerana membuang ranting berduri yang menganggu laluan orang ramai.
Kebanyakkan kenderaan diletakkan dibahu jalan atau ditepi jalan. |
Selain itu, sesiapa yang pernah terbaca dan belajar tentang 77 cabang iman, pasti tahu apa cabang yang ke-77 itu. Boleh google dan dapatkan huraian dari mereka yang sepatutnya tentang 77 cabang iman ini.
Ada juga kenderaan diletakkan hampir di tengah jalan raya sehingga menganggu perjalanan kenderaan lain. |
Dalam salah satu hadith, Rasulullah saw bersabda: “Iman memiliki lebih dari tujuh puluh atau enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan ‘La ilaha illallah’ (tauhid), dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” [HR. Bukhari, Muslim]
Parking kenderaan yang patut dicontohi, Kemas dan tidak menghalang kenderaan lain. |
Jadi kunci utama untuk mengelakkan berlakunya permasalahan ini, adalah moleknya jika kita datang awal ke masjid dan letaklah kenderaan kita ditempat yang sesuai. Janganlah jadi zalim kerana maksud zalim itu sendiri ialah ‘meletakkan sesuatu/perkara bukan ditempat sepatutnya’
Jemaah keluar dari Masjid Negara. |
Renungan untuk diri sendiri dan anda yang sudi membaca. Jangan lupa mandi sunat, pakai pakaian warna putih, potong kuku, trim bulu mana patut, pakai wangian, masuk masjid kaki kanan, solat tahiyatul masjid, niat iktikaf, dengar + diam semasa khutbah, dan bertebaran lah di muka bumi Allah ini selepas solat Jumaat.
Salam jumaat
Sumber: Sukan Star
Tiada ulasan:
Catat Ulasan