Semenjak bulan Mac, kawasan perumahan penulis terlibat dengan program catuan air oleh pihak Syabas dan Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu, kami terpaksalah berjimat cermat dalam pergunaan air. Hendak buat macam mana, merungut pada siapa? Siapa yang mahu mendengar rungutan kami?. Jadi, terpaksalah kami bersabar dan terus bersabar...
Catuan air di Selangor - Foto Google. |
Sepanjang bulan Mac, kami masih lagi boleh bersabar kerana air mati dan hidup semula mengikut jadual tetapi apabila masuk bulan April, jadualnya sudah mula jadi tidak menentu. Kadang kala sehingga tiga hari kami ketiadaan air. Sehingga air simpanan di tangki bilik air dan semua air simpanan di dalam tong, baldi dan segala jenis bekas yang boleh menyimpan air, telah habis kami gunakan.
Air oh air... |
Apabila musim air dicatu, isteripun jadi malas hendak memasak, makanan pun siap guna pinggan pakai buang. Melampau sungguh bunyinya tetapi tidak sanggup hendak biarkan pinggan mangkuk disinki selama lebih dua hari. Bak kata rakan sepejabat kalau ada kuali pakai buang memang dia beli punya, nampak sangat ketara jadinya apabila tiada air.
Segala macam bekas air sudah penulis beli. |
Rumah penulis setakat ini bil air bukannya tinggi mana pun, paling tinggi hanya RM5.00 sahaja tetapi selalunya percuma sahaja. Jika kena bayar pun cuma RM5.00 itu pun sebab penulis kerap membasuh kenderaan atau pun siram pokok bunga di halaman rumah. Biarlah lagipun bukan banyak mana pun kena bayar. Tapi terpaksa jadi mangsa catuan air juga.
Empangan kekurangan air. - Foto Google. |
Paling tidak boleh tahan sejak masuk bulan April ini hampir setiap hari hujan turun dengan lebat. Seronok tidak terkata. Ye... lah! mesti lepas ini tiada lagi catuan air. Tetapi sangkaan penulis meleset sebab catuan ini akan disambung sehingga hujung bulan April ini. Sudah penat sangat hendak berjimat cermat air yang memang sudah boleh dikatakan tersangatlah berjimat cermatnya.
Kuala Lumpur sudah lima hari berturut-turut hujan lebat. |
Sebab apa penulis kata jimat? Semenjak kebelakangan ini isteri sudah tidak masak setiap hari, baju basuh sekali atau dua hari sekali sahaja. Hendak kata rajin siram longkang pun tiada maknanya, basuh kenderaan lagi lah jauh sekali. Penulis pula sekarang sudah mula kerap ulang alik ke tandas tetapi apa boleh buat pergi juga lah, takkan hendak tahan pula.
Penulis pun tersangat mengharapkan catuan air ini dihentikan sebab bagi penulis lebih banyak menyusahkan lagi memudahkan. Tidak pasti mengapa masih disambung sedangkan hujan turun semakin kerap dan lebat. Semoga Allah membantu penulis dan orang lain bersabar menghadapi ujian ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan