Sabtu, 9 Ogos 2008

Puisi Buat Seorang Sahabat


LUKISAN TERSEMBUNYI
-Puisi Buat Seorang Sahabat Bob...

Bob,
Meskipun hidupmu
tidak henti diterjah duka
dikunyah derita
kehilangan, kesunyian
ia menjadi suatu yang tiada nilainya
demi kesabaran
kau boleh tersenyum sendiri
dan menghiburkan kami
dengan telatah senda guraumu

Bob,
Perjalanan ini
sebenarnya adalah
sesuatu yang sukar dimengerti
ketentuan takdir
adalah sesuatu yang seni
lakaran berliku-liku
bagai lukisan
penuh warna
tetapi tetap berakhir dengan keindahan
jika kau sudah mengerti
kenapa ia terjadi

Kita akan terus melukis
di seluruh rimba ini
mencarinya dengan hati
lukisan tersembunyi...

Puisi ini ditulis dengan puitis oleh rakan sepejabat iaitu saudara GOPA atau Abd. Ghaffar Bahari.

2 ulasan:

S.YanaZ berkata...

Sabar lah, Bob.



Err,
Kenapa dgn Bob???

Denanz ... berkata...

zul,
bila tengok tajuk n3 ni, aku dh plan dlm kepala, nak komen berjela2. nak ucap tahniah kat ko sbb dah beralih ke arena penulisan puisi. tapi ... ceh ... last2 kat bawah tulis GOPA punya.
hampeh!