Rabu, 18 Mac 2009

Al-Fatihah


KEADAAN kereta Perodua Kelisa remuk selepas di rempuh lori membawa pekerja kelapa sawit di KM 8 Jalan Pedas-Linggi. Mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dipercayai tidak dapat mengawal kenderaannya berikutan jalan yang licin akibat hujan.


Hari ini rakan-rakan sepejabat kelihatan muram dan bersedih kerana bekas rakan sepejabat iaitu Puan Norfazwany Nordin telah kembali ke rahmatullah pagi tadi kerana terlibat satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Rembau. Di bawah aku sertakan foto dan salinan akhbar Berita Harian Online tentang berita kemalangan maut itu.


Potret Allayarhamah Puan Norfazwany Nordin.


Majlis perkahwinan allahyarhamah Wany pada bulan Disember lalu.


Penulis ketika bermasyuarat bersama allayarhamah dan rakan-rakan di pejabat.

REMBAU: Seorang pengantin baru maut akibat kereta yang dipandunya dirempuh lori di kilometer 8, Jalan Pedas-Linggi di sini, pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom, berkata Norfazwany Nordin, 29, yang juga pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Rembau dan baru dua bulan mendirikan rumah tangga, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. 

"Mangsa yang tinggal di Taman Pinggiran Pedas sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya sebelum kereta Perodua Kelisa yang dipandunya tiba-tiba tidak dapat dikawal dan terbabas sebelum dirempuh lori satu tan yang datang dari arah bertentangan pada kira-kira jam 7.30 pagi," katanya.

Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau. 

Mizan berkata, mangsa dipercayai tidak dapat mengawal kenderaannya berikutan jalan yang licin akibat hujan. 

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat sebelum dihantar pulang ke rumah keluarganya di Kulim, Kedah untuk urusan pengkebumian.

 - Bernama

3 ulasan:

zeme berkata...

Al- Fatihah untuk arwah, dpt berita pun dari zakiah (dawama) and muza (wife cuzen dia..)

kesiannya, inai dijari pun masih merah..kepada Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali..amin

fishballisme berkata...

Al-fatihah buat wany

Anuar Manshor berkata...

Semoga ruh Allahyarhamah dirahmati Allah.