Isnin, 16 April 2012

Nasi Kukus Ayam Dara

Semenjak penulis menulis entry tentang makanan, ramai rakan yang mencadangkan penulis makan di tempat makan yang lebih menarik dan sedap di sekitar Lembah Keramat. Penulis memang bercadang hendak makan di tempat tersebut, tetapi malangnya jodoh penulis bertugas di Lembah Keramat tidak lama. Kini penulis bertugas di Bandar Baru Bangi.

Nasi Kukus Ayam Dara.

Pada minggu terakhir penulis bertugas di Lembah Keramat, penulis sangat sibuk mengemas dan packing barang dan ketika itu penulis hanya sempat makan nasi bungkus sahaja. Kebetulan pada hari terakhir, penulis ada urusan di bank yang berhampiran dengan Ampang Point. Selesai urusan di bank, penulis dapati ramai orang sedang berbaris untuk membeli sesuatu di hadapan bangunan Ampang Point.

Dengan niat hendak ambil tahu, penulispun terus menuju ke sana. Apabila sampai, barulah penulis tahu bahawa mereka berbaris hendak membeli Nasi Kukus Ayam Dara. Tanpa berfikir panjang, penulispun turut berbaris untuk membeli sebungkus Nasi Kukus Ayam Dara yang mengandungi seketul ayam, sambal, sepotong timun dan sebungkus kuah kari. Pakei ini berharga RM5.50 sahaja. Ternyata keharuman bau rempahnya sahaja telah menarik minat orang untuk membeli Nasi Kukus Ayam Dara ini. Peniaga ini hanya mengunakan sebuah lori kecil sebagai tempat berniaga dan memasak di parking kereta di hadapan Ampang Point.

Setelah menikmati Nasi Kukus Ayam Dara ini, ternya ianya sangat sedap. Ayamnya yang lembut, besar dan terasa rempahnya. Walaupun Nasi Kukus Ayam Dara ini sedap, malangnya nasi kukusnya sedikit. Memang tidak kenyang kerana saiz nasinya sebesar nasi lemak 50 sen sahaja. Oleh itu, penulis kena minta nasi tambah lagi supaya rasa berbaloi hehehe.

Walaupun kini penulis bertugas di Bandar Baru Bangi, penulis tetap akan ke Lembah Keramat untuk mencari Gerai Burger Bob seperti yang dicadangkan oleh rakan-rakan. Khabarnya Burger Bob ini sangat istimewa kerana rasanya yang sedap, banyak dan bersaiz besar. Penulis difahamkan burger Bob menjadi tumpuan orang ramai kerana menyediakan burger dengan pelbagai menu. Insyallah penulis akan sampai juga ke gerai burger Bob suatu hari nanti...

Tiada ulasan: