Isnin, 25 Mac 2013

Nasi Mandy Al-Edrus

Aduh lama sungguhlah tidak update blog. Seperti sudah dilupakan pula. Mungkin terlalu banyak berada di Facebook dan Instagram, inilah jadinya.
Keratan akhbar mengenai Al Edrus.
Setelah terbaca di internet dan juga di media, penulis teringin benar menjamu selera nasi arab mandy di Restoran Al Edrus, tetapi terpaksa dipendamkan kerana restoran ini nun jauh di Kuala Terengganu. Beberapa minggu lepas, selepas membeli belah di pasaraya Carrefour, penulis ternampak sebuah restoran nasi arab. Rupa-rupanya cawangan Restoran AL Edrus ini ada di Wangsa Maju. Tanpa berfikir panjang dan perut pula terasa lapar, penulis pun singgah ke restoran tersebut.
Restoran Al Edrus Wangsa Maju.
Ketika penulis melangkah masuk ke restoran ini, memang terpegun dengan suasana dan deco Restoran ini. Apa yang menarik di restoran ini adalah dekorasi dan wardrope nya yang cukup yang ringkas namun menawan dengan suasana lagu arab serta perhiasan ala padang pasir.
Nasi Arab mandy Al Edrus.
Penulis pun memesan Nasi Mandy Ayam yang di masak gaya arab. manakala untuk minuman adalah Al-Idrus glass. Nasi Mandy kini sudah menjadi antara nasi kegemaran penulis sejak merasainya kali pertama di sebuah restoran di Doha, Qatar beberapa tahun yang lalu. Nasi Mandy sememangnya enak kalau dimakan begitu sahaja. Dengan resepi istimewa, nasi ini memang menjadi daya penarik di mana-mana restoran makanan arab termasuk di Al Edrus ini.
Habis licin.
Penulis difahamkan pemilik restoran ini berasal dari Terengganu manakala tukang masaknya dari negara Yamen. Mereka memasak menggunakan dapur bawah tanah. Penulis dapat rasakan, nasi mandy yang dimasak menggunakan dapur bawah tanah, rasanya lebih enak berbanding nasi yang dimasak dengan dapur gas. Ia tidak berminyak dan melekit. Daging kambingnya pula lembut dan tidak berbau. Selain itu, terdapat tarikan tersendiri di restoran ini iaitu kuahnya seperti sambal belacan yang terasa kepedasannya.
Resit.
Keseluruhannya tidak dapat dinafikan bahawa makanan di Restoran Al Idrus adalah sedap dan berbaloi dengan harganya. Tetapi, penulis lebih prefer Mandy Chicken di Restoran Jalan Reko kerana rasanya lagi sedap serta ayam nya yang besar dan nasi nya yang agak banyak.

Tiada ulasan: