Jumaat, 17 Oktober 2014

N Seoul Tower

Walaupun kelab Famemas berkunjung ke Korea untuk menyokong atlit negara yang sedang bertanding di Sukan Asia, namun kami masih berkesempatan mengunjungi tempat-tempat menarik di sekitar Seoul seperti N Seoul Tower ini. Menara ini terletak di atas bukit Namsan dan dibina pada tahun 1969 serta mula dibuka untuk kunjungan orang ramai pada tahun 1980. Boleh dikatakan ia merupakan antara landmark Seoul yang harus dan banyak dikunjungi pelancong seperti mana Menara Kuala Lumpur di Malaysia.
Perlu mendaki bukit untuk ke Seoul Tower.
Perlu membeli teket jika ingin memasuki Seoul Tower.
Ketinggian N Seoul Tower ini ialah 236.7 meter daripada base, namun oleh kerana ia berada di atas bukit, ketinggiannya mencecah 479.7 meter daripada paras laut, satu kedudukan yang baik untuk melihat permandangan bandar Seoul daripada puncak menara. Pada asalnya ia dikenali sebagai Namsan Tower atau Seoul Tower, namun kini ia dikenali sebagai N Seoul Tower setelah ia diubahsuai pada tahun 2005.
Duduk sorang-sorang sebab kekasih ditinggal jauh di Malaysia.
Cuaca di Seoul mendung dan berjerubu. Jadi, pemandangannya tidak menarik hari ini.
Untuk ke menara ini, pengunjung boleh menaiki kereta kabel atau menaiki bas. Namun, kami menaiki bas yang disediakan oleh pihak Samsung. Namun dari hentian bas, kami perlu mendaki bukit untuk ke puncak menara tersebut. Penat juga penulis mendaki bukit kerana ianya agak tinggi dan curam pula. Ketika mendaki, ada sepasang pakcik dan makcik berniaga gula-gula kapas. Ramai pengunjung yang membelinya, mungkin gula-gula kapas ini boleh bagi mereka tenaga untuk mendaki bukit ini kot hehe. Ada dikalangan kami membeli gula-gula ini dengan harga 2000 won (RM 5.70), wow! boleh tahan mahalnya.
Taman yang sangat romantis.
Pemandangan Seoul Tower.
Di kawasan base menara tersebut terdapat kawasan untuk berekreasi dan berehat untuk kemudahan para pengunjung dan terdapat juga restoran dan kedai cenderamata. Selain itu, apa yang menarik perhatian penulis ialah terdapat ribuan kunci mangga yang dikunci di pagar yang dikhaskan. Kononnya bagi pasangan yang bercinta, mereka boleh mengunci mangga yang ditulis nama mereka dan kunci mangga tu dibuang, yang memberi simbol bahawa cinta mereka tidak akan terpisah kerana telah dikunci ketat-ketat.
Khabarnya, jika dimusim bunga taman ini bertambah cantik.
Bergambar kenangan berlatar belakangkan Seol Tower.
Jika hendak menaiki menara tersebut ke dek permerhatian, pengunjung perlu membayar 9000 won untuk seorang dewasa. Apapun jika hendak melawat menara ini, seeloknya semasa cuaca cerah sebab jika cuaca mendung atau berjerebu, mungkin pemandangan bandar Seoul (daripada dek pemerhatian terutamanya) tidak berapa menarik. Jika anda hendak datang pada waktu malam pun boleh, kerana ada pertunjukkan cahaya di menara ini.

Tiada ulasan: