Selasa, 21 Oktober 2014

Gaya Hidup Orang Korea

Pada entri yang lepas, penulis ada menceritakan tempat-tempat membeli belah yang menarik di Korea. Untuk entri kali ini pula, penulis ingin berkongsi dengan anda semua mengenai budaya hidup masyarakat di Korea.
Masyarakat Korea
Memang terdapat perbezaan yang penulis dapat lihat di antara Malaysia dan juga Korea. Perbezaan yang penulis dapat lihat adalah sikap masyarakat Korea di sini lebih bersopan santun. Masyarakatnya ramah walaupun anda adalah orang luar. Mereka tetap melayan dengan baik dan berbudi bahasa. 

Selain daripada itu, sekiranya berjumpa antara satu sama lain, mereka akan menundukkan kepala tanda hormat antara satu sama lain. Ianya berbeza di Malaysia di mana kita lebih kepada bersalam-salaman sebagai mengeratkan persahabatan. Sekiranya anda masuk ke kedai atau restoran, mereka akan sambut dengan ucapan selamat datang atau salam sejahtera.

Ketika membeli sayur-sayuran atau buah-buahan di gerai, sekiranya korang mengucapkan terima kasih dalam bahasa Korea, mereka akan tarik plastik korang itu dan tambah lagi sayuran atau buahan ke dalam plastik korang. Mereka amat suka sekiranya masyarakat luar tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Di Malaysia, cakap la macam mana pun, tuan kedai akan buat tak endah aje.
Masyarakat Korea.
Di Korea, anda kena buangkan sendiri tray, bekas minuman, dan sebagainya selepas anda makan di kedai fastfood. Sebagai contoh, selepas anda habis makan di KFC, anda kena angkat tray, tulang-tulang ayam, kertas tisu dan sebagainya ke tong sampah yang disediakan. Selepas  tiu pula anda kena asing-asingkan kertas, plastik dan sampah di ruang yang telah disediakan. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka kitar semula barang-barang terpakai. Mereka juga kurang menggunakan plastik kerana plastik sukar untuk dikitar semula. 

Sekiranya anda sedang berjalan-jalan, pastikan anda memberikan laluan kepada mereka yang lebih tua. Ini kerana, mereka akan menolak kau tanpa segan silunya kerana tidak memberikan mereka laluan. Penulis sendiri pernah beberapa kali ditolak daripada belakang kerana tidak perasan yang orang tua itu ingin lalu di situ. Jadi, jika ternampak orang tua sedang berjalan, baik kanda ke tepi dan berikan mereka jalan terlebih dahulu. 

Setelah seminggu penulis berada di Korea, memang banyak perkara baharu yang penulis pelajari. Terutamanya adalah budaya dan gaya hidup mereka. Ianya sangat berbeza dengan budaya di negara kita. Tetapi, tidak semua masyarakat Korea adalah bagus. Ada sesetengahnya yang tidak berbudi bahasa dan sopan santun. Terutama di kawasan bandar. Mungkin disebabkan masyarakat bandar lebih terdedah kepada gejala sosial maka adat budaya mereka diketepikan.

Tiada ulasan: