Kelmarin, berkesempatan pergi menziarahi kakak penulis. Rumah dia terletak di Bandar Tun Razak dan sudah berhampiran dengan Bandar Sri Permaisuri. Dahulu pada zaman era rock kapak, penulis pernah tinggal di rumah kakak ini selama lima tahun. Pada masa itu, Bandar Sri Permaisuri ini masih belum wujud lagi. Rasanya Bandar Sri Permaisuri ini masih lagi hutan tebal.
|
Medan Selera Bandar Sri Permaisuri. |
|
Gerai Sup Meletup. |
Kini, Bandar Sri Permaisuri semakin maju. Penempatan penduduknya yang terlebih padat. Banyak bangunan pejabat, apartment dan kondominium dibangunkan di sini. Disebabkan itu, bertambah banyaklah peniaga yang berniaga yang berasaskan makanan di restoran atau tempat makan yang menyediakan pelbagai menu istimewa di sini. Akibatnya, bertambah sesaklah dengan orang ramai dan kenderaan yang berkunjung ke tempat ini semata-mata mencari tempat makanan untuk mengeteh bersama kawan-kawan, saudara mara dan keluarga masing-masing.
|
Suasana Medan selera yang masih baharu. Besar dan selesa. |
|
Gerai Sup Meletup ada dua lot gerai. |
Kebetulan penulis sudah berada di Bandar Sri Permaisuri. Apabila berada di sini, ada satu tempat yang patut penulis kunjungi iaitu Gerai Sup Meletup untuk merasai nasi ayam bersama sup istimewanya. Menurut cerita pekerja digerai tersebut, nama “Meletup” itu diambil sempena gerai ini berhampiran dengan Kem Tentera Sungai Besi suatu ketika dahulu. Ketika itu pelanggan asyik terperanjat apabila terdengar bunyi letupan dari kem tentera ketika mereka sedang menikmati sup masing-masing..
|
3 periuk besar sup meletup. |
|
Penulis hanya makan nasi putih bersama supnya sahaja. |
Kini, Gerai Sup Meletup ini telah membuka satu lagi cawangannya yang terbaharu di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Medan Selera ini baharu sahaja dibuka beberapa bulan yang lalu. Cawangan Gerai Sup Meletup ini ada dua lot iaitu bernombor C-2 dan C-3 dari pintu masuk utama. Medan Selera Bandar Sri Permaisuri yang besar ini betul-betul bersebelahan dengan Apartment Sri Penara Bandar Sri Permaisuri. Tempat meletak kenderaan tiada masalah, tempatnya sangat luas.
|
Sup Meletup Daging... |
|
Nasi putih dicampur dengan Sup Daging... Perghh.... |
Pada pendapat penulis, cara sup meletup ini di masak lebih kurang sama seperti memasak mee/bihun sup utara. Jadi, rasa rempah ratusnya dia pun lebih kurang sama. Yang menariknya mengenai Sup Meletup ini, kuahnya akan bertukar menjadi warna merah apabila dikacau. Ini disebabkan oleh sambal yang diletakkan di dalam kuah sup tersebut. Ada satu lagi, di dalam sup ini disertakan lobak masin. Lobak masin ini lah yang menjadi trade mark bagi sup utara...
|
Ikan Bakar pun ada. |
|
Nasi Ayam sup Meletup juga popular!.... |
Bagi penulis, kesedapannya sekadar boleh tahan sahaja. Hendak dikatakan sedap sangat tu tidaklah. Tetapi kesedapannya, sudah cukup menyelerakan penulis. Penulis makan nasi putih bersama Sup Meletup daging dan segelas tea "o" panas sahaja. Apa yang penting, sesiapa yang berkesempatan datang ke Bandar Sri Permaisuri ini bolehlah mencuba Sup Meletup ini. Dengar cerita sudah banyak cawangan Sup Meletup di Kuala Lumpur. So, anda bolehlah mencubanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan