Kelmarin, penulis menikmati nasi lemak di Restoran Nasi Lemak Royale Ampang. Nasi Lemak Royale ini agak berbeza kerana ianya berasal dari belah utara tanah air. Rasa Nasi Lemak Royale ini memang tidak sama dengan nasi lemak biasa. Ada juga pelanggan yang kata Nasi Lemak Royale ini bukan nasinya lemak, tetapi seperti nasi kandar sahaja.
Restoran Nasi Lemak Royale Kedah. |
Anda pernah mendengar Nasi Lemak Royale?... Mungkin ada yang pernah makan atau hanya sekadar pernah terbaca di laman sesawang internet sahaja. Kebanyakan pelanggan memanggilnya Nasi Kandar Royal. Penulis pernah sekali sekala makan nasi lemak royal ini dahulu. Tetapi kini, penulis hampir melupainya kerana sudah lama tidak pekena nasi lemak ini.
Antara pilihan lauk pauk yang ada. |
Pada hari itu, penulis hanya makan nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah bersama sayur dan air tea o panas sahaja. Nasi lemak yang penulis makan itu, bukannya nasi lemak seperti yang kita makan pada setiap pagi yang berwarna putih, tetapi nasi lemaknya berwarna kuning pula. Penulis agak, mungkin nasi lemak ini berasal dari negara India kot, sebab penulis lihat ramai pekerjanya seperti mamak sahaja... hehehe...
Menu makanan tengahari hari ini. |
Jenis lauk-pauk dia style mamak dan tidak berapa banyak pilihan. Ada ayam goreng/madu, limpa, sotong, udang goreng, telur rebus dan lain-lain lagi. Yang paling istimewa penulis rasa ialah campuran kuah dia. Campuran kuahnya memang terbaik. Kuah campur nya ada rasa pedas dan manis. Susah lah penulis hendak cerita di entry ini, nanti korang pergi rasa sendiri.
Nasi Lemak Royale. |
Harga makanan di sini boleh tahan juga. Penulis makan nasi lemak bersama ayam goreng, beberapa ketul pedal dan hati ayam, sayur dan air teo “O” panas suam. Semuanya berharga RM 7.50 sahaja. Boleh tahan juga mahalnya, tetapi berbaloi jugalah kerana makanannya boleh tahan juga sedapnya.
Harga? boleh tahan hehehe.... |
Lokasinya di Taman Putra Sulaiman. Jika anda melalui Taman Dagang, anda akan ternampak bangunan Glaxy Ampang kemudian melalui Dagang Evenue Food Court dan masjid baharu. Ada lampu isyarat di hadapan masjid baharu, anda akan ternampak sign board Restoran Nasi Lemak Royale Hijau Kuning di sebelah kanan. Parking lah di tepi jalan atau ada sedikit tempat parking disebelah hadapan restoran itu. Restoran ini dibuka petang ke malam sahaja, jam berapa penulis tidak pasti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan