Selasa, 17 Januari 2012

Sorak Untuk Lee Chong Wei...

Hari Jumaat dan Sabtu yang lalu merupakan hari yang terindah buat penulis dan rakan-rakan kelab kerana dapat menyaksikan perlawanan suku dan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2012. Kami sangat gembira kerana dapat bertemu dengan pemain pemain yang bertaraf antarabangsa. Bukan mudah hendak menyaksikan mereka beraksi di hadapan mata kita sendiri. Hanya setahun sekali sahaja mereka dapat beraksi di kejohanan Super Series seperti ini di Malaysia.

Stadium Putra Bukit Jalil.

Antara penonton yang menyaksikan perlawanan separuh akhir.

Tidak sabar menyaksikan Lee Chong Wei beraksi.

Niat di hati hendak menyaksikan pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei beraksi pada jam 8.30 malam, akhir telah BERJAYA!. Kepenatan setelah menunggu hampir 12 jam akhirnya terbalas apabila Lee Chong Wei mula berjalan keluar ke arah gelanggang satu. Tidak sabar menanti untuk menyaksikan Lee Chong Wei beraksi. Tidak mengecewakan setelah menunggu hampir 12 jam, Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain muda dari China yang sedang meningkat naik iaitu Chen Long dengan pertarungan tiga set.

Sabar menanti Lee Choong Wei beraksi.

Perlawanan antara Lee Chong Wei dan Chen Long.

Antara rakan-rakan yang turut menyokong.

Agak mengecewakan penulis tidak dapat ke stadium diperlawanan akhir kerana penulis tidak sihat. Penulis hanya dapat menyaksikan kejayaan Lee Chong Wei melalui kaca TV sahaja. Tahniah untuk Lee Chong Wei.

Suasana Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2012.

Penulis adalah tetamu he..he...

Nampak kepuasan diwajah masing-masing.

Tahniah dan Syabas kepada Dato’ Lee Chong Wei yang mencipta rekod menyamai Wong Peng Soon menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke 8!. Penulis amat berbangga dan menyanjung kejayaan ini, semoga ianya menjadi pembakar semangat kepada Pingat Emas Olimpik Malaysia yang pertama!

Tiada ulasan: