Khamis, 30 Oktober 2008

Menjejak Rahsia Alam - Tasik Kenyir


Kulit dvd Menjejak Rahsia Alam - Tasik Kenyir

Melihat risalah mengenai Tasik Kenyir yang dilihat melalui internet, menggamit rasa hati merasai keindahan panorama di tasik buatan terbesar di Asia Tenggara itu. Berikutan pesona Tasik Kenyir, program perkhemahan dan memancing di tasik itu diatur menerusi Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Kebudayaan Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka, tahun lalu.

Menurut exco kelab, Puan Miza, tidak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki ke Tasik Kenyir kerana belum pernah ke sana, ditambah dengan cerita menarik yang digembar-gemburkan oleh Cdek iaitu salah seorang rakan kami yang pernah memancing di sana. Program tiga hari disertai 15 kakitangan itu bermula dari Jeti Loji Tenaga Hidro Sultan Mahmud sebelum peserta menaiki rumah bot dua tingkat ke Taman Herba. Ia turut dipelbagaikan dengan aktiviti seperti menghayati keindahan panorama Tasik Kenyir, mengenali herba, memancing, mandi air terjun, menjelajah gua dan memulihara kawasan bagi menjadikannya lebih menarik.



"Secara keseluruhan, aktiviti ini berjaya mencapai matlamat, walaupun dalam aktiviti memancing tidak banyak ikan dipancing. Kami tidak bernasib baik kerana walaupun ikan banyak, tetapi tidak makan umpan. Antara umpan yang dibawa ialah biji sawit dan cacing. Ada yang membawa pulang hasil tangkapan, tidak kurang memasaknya untuk dijadikan lauk pauk ketika di dalam bot. Kami memancing sepanjang hari hingga ke malam. Kami jiga sibuk merakam keindahan Tasik Kenyir serta menghayati keindahan alam yang menenangkan fikiran," katanya

Tasik Kenyir yang meliputi 209,199 hektar di Terengganu bersempadan dengan Kelantan di barat manakala Pahang di Selatan. Ia mempunyai 240 pulau meliputi tanah tinggi dan dataran, lebih 14 air terjun dan sungai serta menjadi habitat ikan air tawar dan hidupan liar. "Di Taman Herba Tasik Kenyir yang terletak di kawasan seluas 15.84 hektar di Pulau Sah Kecil, kami melihat pelbagai tumbuhan herba yang ada nilai perubatan. Dianggarkan lebih 12,500 spesies tumbuhan berbunga ditemui di Malaysia dan lebih 1,200 spesies direkodkan ada nilai perubatan yang penting," katanya.


Kumpulan itu itu kemudian bergerak ke Sungai Cacing sambil menunggu peserta mengambil kesempatan menyediakan peralatan untuk memancing. Menempuh perjalanan lebih empat jam, mereka tiba di Taman Negara Tasik Kenyir. Selepas makan tengah hari dalam bot dan mandi Sungai Terenggan, aktiviti seterusnya dipenuhi dengan memancing. Peserta yang tidak memancing, mereka menaiki bot kecil melalui perjalanan satu jam setengah dari Sungai Cacing ke Gua Bewah yang menpunyai pemandangan yang sangat cantik.

Di Gua Bewah, mereka melihat bentuk stalaktif dan stalagmit yang terhasil kesan luluhawa selama beribu-ribu tahun di gua batu kapur itu serta melihat penemuan fosil yang ditempatkan di sebuah geleri. "Gua ini dilengkapi trek yang memudahkan pengunjung menjelajahnya serta lampu yang memudahkan kami melihat sekitar gua. Disamping mendaki tangga yang tinggi, peserta dibawa merasai suasana dalam gua selama dua minit tanpa cahaya serta mendengar bunyian dalam gua," katanya.


Menurutnya, perjalanan diteruskan ke Sungi Maluh dan berhenti di tengah tasik untuk peserta menikmati makan tengah hari. Di situ, ada peserta mengambil kesempatan memancing mengunakan bot kecil. Mereka kemudian bergerak ke Sungai Lasir  dan bermalam di situ.

Hari terakhir program, aktiviti diteruskan dengan mandi Air Terjun Lasir dengan mendaki tangga selama 10 minit. Selepas mandi manda kami kembali ke Loji Tenaga Hidro Sultan Mahmud. Selepas makan tengah hari, kami mengagihkan ikan dan diberikan kepada semua peserta sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

INFO TASIK KENYIR
  • Tasik Kenyir adalah tasik buatan terbesar di Asia Tenggara.
  • Kaya dengan spesies ikan air tawar
  • Meliputi 209,199 hektar dan 340 pulau.

3 ulasan:

arryani berkata...

Trimas, kerana meninggalkan jejak.

Boleh kata tiap thn saya ke terengganu, tapi tak pernah dapat ke Tasik Kenyir. Biasanya sampai Sekayu je.

Cikgooden ...(Selumbar Emas). berkata...

cuba la Tasik Raban...


pasti hang tertarik..ahakks.


wei, buat la katun balik...

Muhammad Azli Shukri berkata...

zul, baru aku tahu mcm ni rupanya diaorang kat tasik kenyir...best siut