Khamis, 23 Oktober 2008

Sesingkat di Kota Singa


PERSUASIVE VIEW LEISURE TIME

Singapura dilanggar todak. Aku masih ingat cerita si pelipur lara, sewaktu aku masih kecil lagi. Pada  5hb Mei 2007, aku sampai di Kota singa bersama 40 ahli Kelab Penyokong Malaysia (Famemas). Kami ke Kota Singapura di atas tajaan syarikat Samsung untuk menyaksikan Kejohanan Badminton AVIVA OPEN SINGAPORE 2007 & SUPER SERIES. Walaupun kami ke Kota Singa ini untuk memberi sokongan kepada pemain badminton negara, tetapi kami masih lagi berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di sekitar negara Singapura.


Bandaraya Singapura

Perjalanan menaiki bas dari Kuala Lumpur bersama ahli rombongan Famemas ke Singapura yang memakan masa lebih 4 jam perjalanan. Rombongan ini membawa satu makna dalam hidup aku kerana ini kali pertama aku ke negara Singapura menaiki bas. Sebelum ini, aku hanya dua kali transit sebentar di Lapangan Terbang Antarabangsa Canggi sahaja.

Sudah lama aku mendengar cerita tentang Kota Singa, negara Singapura ini merupakan sebuah negara yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia, berjiran dengan negeri Johor Darul Takzim. Negara Singapura yang seluas 692.7 kilometer persegi ini mempunyai penduduk yang berjumlah 4.16 juta, terdiri daripada bangsa Cina (76.8%), Melayu (13.9%), India (7.9%) dan lain-lain (1.4%). Bahasa rasmi yang digunakan di Singapura adalah Inggeris diikuti bahasa Madarin dan Melayu.


Penulis bergambar berlatar belakangkan mercu tanda Singapura

Kami tiba di Johor Bahru pada jam 12 tengahari. Kami disambut Kepten Shafari seorang ahli Famemas yang bertugas di Johor bahru dan terus check-in di Hotel Kosmo Inn yang dikatakan oleh Kepten Shafari, hotel yang bertaraf tiga bintang. Setelah makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Singapura.

Di Singapura kami disambut oleh Cik Ayu  seorang ahli Famemas, warganegara Singapura yang amat meminati sukan badminton Malaysia. Kami terus dibawa ke stadium untuk menyaksikan Kejohanan Badminton AVIVA OPEN SINGAPORE 2007 SUPER SERIES. Aku dan ahli-ahli Famemas menyokong pemain badminton negara sehingga berjaya ke perlawanan akhir. Setelah penat menyokong, haripun semakin larut malam. Kami kembali ke Johor Bahru untuk bermalam di Hotel Kosmo Inn.


Penulis sempat bergambar kenangan di kawasan Merlion Tower

Keesokkan paginya kami bertolak semula ke Singapura. Kami ke Lavender Street dan terus di bawa ke kawasan Orchard Road untuk membeli belah. Sementara menunggu perlawanan akhir badminton bermula, aku sempat meluangkan masa untuk bersiar-siar dan bergambar kenangan di sekitar Orchard Road, kami berjalan dari permulaan Orchard Road sehinggalah ke Bugis Street. Sepanjang berjalan kaki, kami melihat keunikan Bandar Singa yang cantik dan bersih. Sememangnya Orchard Road dan Bugis Street ini dikenali sebagai syurga membeli belah, pelbagai barangan ada dijual dengan harga yang berpatutan.


Ahli Famemas memberi sokongan kepada pemain negara di Aviva Badminton Open Singapore 2007

Kami sempat singgah di Merlion Tower untuk bergambar kenangan dengan kepala singa yang mengeluarkan air tanpa henti. Patung kepala singa ini juga merupakan mercu tanda negara Singapura. Tidak sah jika ke kota Singa jika tidak berkunjung ke Merlion Tower untuk bergambar kenangan. Setelah puas bergambar di sekitar Merlion Tower, kami diberitahu oleh Cik Ayu, bahawa perlawanan akhir badminton akan bermula pada jam 2 petang, tanpa berlinggah masa lagi kami terus ke Stadium Utama Singapura untuk memberi sokongan kepada pemain badminton negara yang akan beraksi di perlawanan akhir. Setelah memberi sokongan dengan penuh semangat, malangnya pemain Malaysia tewas juga di perlawanan akhir.

Sungguh singkat masa lawatan aku di Kota Singa ini, tetapi aku amat berpuas hati dengan keadaan di sepanjang perjalanan perjalanan aku di sana.

2 ulasan:

Daddy Cool berkata...

Salam Tuan...

Saya teruja melihat cover DVD kat bawah sekali tuh...
Boleh kongsi idea bisnes...

Cikgooden ...(Selumbar Emas). berkata...

kenapa tak melukis lagi?...buat la.

Aku nak turun Melaka ujung bulan Nov...cuti2 malaysia. ha ha ha