Sabtu, 21 Mei 2011

Pengwal Keselamatan

Berdasarkan pengalaman penulis yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan agensi kerajaan dan swasta, kerjaya ini sering kali dipandang rendah. Bahkan, ramai yang melabelkan kerjaya ini sebagai ‘jaga’ bagi mencerminkan tugas mereka yang dianggap remeh. Namun, ‘jaga’ sekarang sudah banyak berubah. Pengawal keselamatan kini bukan lagi ‘jaga pintu’ sahaja, tetapi skop pekerjaan mereka meliputi pelbagai kerja keselamatan.


Sejak peristiwa serangan pengganas 11 September, dan serangan-serangan lain, tugas sebagai pengawal keselamatan terbukti kian genting dan penting. Mereka diperlukan untuk bukan sahaja menjaga keamanan, malah dalam membantu kes-kes kecemasan dan menjalankan rondaan. Banyak tugas mereka juga memerlukan kemahiran.


Dalam sekitaran keselamatan yang terdedah kepada pelbagai ancaman yang tidak diingini, tugas sebagai pengawal keselamatan kini tidak lagi rutin, tetapi lebih mencabar. Ini ditambah pula dengan adanya pembangunan pesat pelbagai projek mega yang memerlukan para pengawal keselamatan terlatih.


Bagi pekerja yang mahu menceburi bidang tersebut, sekarang merupakan masanya memandangkan kerjaya tersebut tidak mudah terjejas dengan kemelesetan ekonomi. Hari ini, ramai pengawal keselamatan kita bukan sahaja mampu mengawal bangunan-bangunan komersial seperti hotel dan pejabat serta sekolah, malah mereka juga terlibat dalam mengawal tempat-tempat strategik seperti loji-loji kimia dan petroleum.

Kita tidak boleh mengharap polis dan tentera sahaja untuk menangani masalah keselamatan di negara kita. Sebaliknya, ia juga merupakan tanggungjawab orang ramai dan juga pihak Pengawal keselamatan. Oleh itu, usahlah memandang remeh tugas yang dijalankan para pengawal keselamatan. Mungkin suatu hari nanti mereka akan menjadi benteng pertama dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.

1 ulasan:

Jank berkata...

zuldeanz yang dulu duduk 24jam ngadap jaga bangunan, tp zul skrg dah pusing dunia wowwww hehe rezeki dari Allah tu cayalah zulll