Khamis, 12 Mei 2011

Pasar Pagi Gaya

Jika Anda berada di Kota Kinabalu dan secara kebetulan pada pagi hari minggu, jangan lupa mengunjungi Pasar Tamu Jalan Gaya. Buat pertama kalinya penulis berkunjung ke Pasar Tamu Gaya, Kota Kinabalu. Matlamat utama penulis untuk mencari keistimewaan pasar ini. Di sini penulis cuba merakamkan beberapa keping foto untuk kegunaan buku teks Kadazan Dusun.

Pintu gerbang Pasar Gaya.

Sedang mencari subjek untuk merakamkan foto.

Rafizam sedang membeli belah di Pasar Gaya.

Menurut rakan penulis, Puan Anita, asalnya Jalan Gaya ini dikenali sebagai Jalan Bond. Jalan Gaya terletak di dalam Pusat Perniagaan Daerah Kota Kinabalu yang telah menjadi pusat perniagaan selama lebih seratus tahun. Kedai beratap nipah telahpun pupus akan tetapi di sini keluarga peniaga generasi lama masih menjalankan perniagaan mereka, mewariskan perniagaan mereka daripada bapa kepada anaknya.

En. Taib sedang memilih barang untuk di bawa pulang ke Semenanjung.

Maisarah juga bershoping sakan di Pasar ini.

Rahang ikan jerung juga ada dijual di pasar ini.

Setiap pagi Ahad, laluan sepanjang Jalan Gaya akan ditutup kepada lalu lintas untuk memberi laluan kepada Tamu Jalan Gaya. Belilah apa sahaja barangan di bawah teduhnya pepohon dan payung besar, umpamanya sarung batik, buah-buahan dan bunga-bungaan, lukisan dan kraf, kasut, barangan antik dan cenderamata, kuih-muih, malah ada juga haiwan belaan dan herba!. Tetapi, penulis hanya membeli daun herba dan minyak urut sahaja.

Shoping dalam suasana hujan renyai-renyai.

Macam-macam ada di pasar ini.

Kami tertarik dengan ikan yang dijual di sini.

Penulis dapat menyaksikan sendiri bahawa pasar ini menjadi lokasi terbaik untuk keratan lintang masyarakat tempatan apabila keseluruhan keluarga keluar berseronok mengisi hujung minggu mereka di sini.

Tiada ulasan: