Rabu, 28 November 2012

Makan Nasi Arab Lagi

Alhamdulillah blog penulis kini telah pulih dari serangan virus hackers. Alhamdulillah sekarang, penulis terasa sangat lega kerana dapat menulis semula. Oleh kerana hampir tiga bulan tidak menulis blog, idea hendak menulis semakin kembali kosong. Puas penulis mencari idea. Tiba-tiba penulis teringat. Baru-baru ini penulis ada makan nasi arab yang boleh tahan sedapnya.
Masing-masing dapat satu hidangan.
Bulan lepas, ada seorang rakan sepejabat, berniat hendak belanja kami pergi makan nasi arab. Bagai pucuk dicipta, ulam yang mendatang. Tanpa membuang masa kami pun bertolak dengan menaiki sebuah kereta seorang sudi menjadi penaja pengangkutan rasmi kami. Lokasinya tidak jauh dari pejabat kami iaitu di Jalan reko, Kajang. Semasa di dalam perjalanan, penulis sudah dapat bayangkan nasinya yang panjang dan sangat fluffy. Wah.. ini pasti best!
Aini tidak makan daging kambing.
Setelah tiba di retoran tersebut, kami terus masuk dan memesan dua jenis menu. Kami memesan nasi arab kambing untuk tiga orang dan nasi arab ayam untuk seorang. Ini bermakna, ada empat orang makan. Selalunya, jika memesan sebegini, mereka akan hidangkan dalam bentuk pinggan yang besar atau pun talam. Maksudnya akan ada satu hidangan sahaja. Tetapi lain pula yang datang. Setiap kami mendapat satu pinggan nasi yang besar.
Nasi Arab Kabsah.
Wah... banyak sungguh nasi yang dihidangkan. Nasib baik kami berbadan sasa dan sedang kelaparan. Kecuali kawan penulis yang seorang ini, hanya dia sahaja berbadan slim. Walaupun berbadan slim, tetapi bila masuk bab makanan, boleh tahan juga hebatnya. Nasi arab ini ungguh menyelerakan, tetapi kami tidak yakin boleh menghabiskannya. Banyak sangat. Walaubagaimanapun kami cuba juga menghabiskannya.
Chiks dengan tenang cuba menghabiskan nasi arab.
Nasi arab di sini diantara nasi arab yang terbaik yang pernah penulis makan. Nasinya yang lembut manakala daging kambingnya sangat sedap, lembut dan terasa rempah ratusnya. Manakala dagingnya ayam pula boleh tahan juga sedapnya. Ini berdasar citara penulis lah. Tetapi malangnya salah seorang rakan yang pernah makan di restoran ini tidak berpuas hati. Dia rasa tidak berbaloi makan nasi arab di restoran ini kerana tidak sedap. Biasalah, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Mungkin dia jenis yang tidak sukakan makanan arab kot.
Sangat Menyelerakan.
Akhirnya, kami tidak berjayat menghabiskan nasi arab tersebut. Nasinya terlalu banyak. Sudah tidak boleh  menolak masuk ke dalam perut. Jadi, lain kali kena kongsi atau memesan yang saiz kecil sahaja.

Tiada ulasan: