Isnin, 19 September 2011

Johnny English

Walaupun penulis agak sibuk dengan kerja-kerja freelance sekarang, penulis masih berkesempatan menonton filem aksi komidi lakonan Rowan Atkinson yang bertajuk Johnny English di pawagam MBO Galaxy Ampan, semalam. Seperti filem-felemnya terdahulu, lakonan pelakon komidi Rowan Atkinson ini memang tidak pernah mengecewakan.

Filem ini mengesahkan ajen rahsia yang kembali beraksi susulan keadaan yang memaksa. Pada awalnya, Johnny mahu melupakan tugas lamanya dengan melakukan tugas normal untuk mencari diri sendiri.

Namun atas arahan Perkhidmatan Rahsia Diraja, dia terpaksa keluar daripada tempoh rehatnya untuk menghentikan sekumpulan pembunuh upahan antarabangsa yang mahu membunuh peminpin dunia bagi mengkucar kacirkan negara.

Gelagat dan aksi selamba Rowan Atkinson membuatkan lawak beliau menjadi dan membuatkan penonton ketawa. Ini kerana Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr.Bean, sangat popular dengan lawak bisunya. Filem ini telah berjaya membawa beliau ke satu tahap terbaik dalam kariernya sebagai pelakon..

Dari 5 bintang, penulis bagi 4 bintang kerana filem ini memang berkualiti dan sangat bagus sekali aksi serta sistem audionya. Anda harus menonton filem ini dan ianya pasti tidak akan mengecewakan anda anda.

Tiada ulasan: