Isnin, 24 Mei 2010

Melawat ke Muzium Negara

Dulu, Penulis pernah bertugas di Muzium Negara pada tahun 1988 hingga 1990. Rasanya lama benar penulis tidak ke sana. Semalam, entah kenapa, tergerak hati penulis hendak membawa anak melawat Muzium Negara. Mungkin juga kerana penulis masih rindukan rakan-rakan yang masih bertugas di sana.

Hadapan pintu gerbang Muzium Negara.

Muzium Negara Malaysia merupakan salah sebuah bangunan yang unik di Malaysia. Seni bina bangunan Muzium Negara adalah bercirikan rekabentuk bangunan Istana Melayu tradisional negeri Terengganu.

Sebelum masuk ke Muzium Negara, bergambar di keretapi dahulu.

Rekabentuk yang tersergam indah ini dipilih sendiri oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia. Di bahagian hadapan bangunan ini terdapat hiasan mozek yang besar.

Berlatar belakangkan ukiran Hang Tuah.

Muzium ini memuatkan banyak barangan bersejarah mengenai Malaysia. Di dalamnya terdapat banyak galeri yang mempamerkan kebudayaan kehidupan masyarakat di Malaysia, iaitu kebudayaan orang Melayu, Cina dan India. Turut dipamerkan ialah barang-barang seni, tembikar, kegiatan ekonomi, flora dan fauna di Malaysia dan sebagainya.

Anak penulis amat teruja melawat Muzium Negara.

Di fahamkan Muzium Negara selalu menganjurkan program menarik pada setiap bulan untuk menarik perhatian pelancong tempatan dan asing datang melawat ke Muzium Negara. Sepanjang tiga bulan ini, Muzium Negara sedang mengadakan pameran keranda. Pameran ini akan berakhir pada 20hb jun 2010 nanti.

Sempat menikmati keindahan landkap Muzium Negara.

Kini, Kandungan Muzium Negara telah banyak berubah. Tentunya lebih menarik kerana reka bentuk pameran yang lebih tersusun dan diselangi dengan peranan multimedia berbanding dengan hanya pada kepingan-kepingan nota-nota mati di dinding sahaja. Manakala suasananya yang lebih segar dan nyaman. Berbeza ketika penulis bertugas dahulu, tiada lagi bau najis kelawar di geleri tingkat atas.

Sekarang sedang berlangsung pameran keranda di Muzium Negara.

Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan untuk menarik murid-murid sekolah mengunjunginya sambil mempelajari sesuatu yang kurang mendapat perhatian di hati mereka - iaitu subjek sejarah. Pihak pengurusan Muzium Negara perlu memikirkan perkara seperti ini.

Anak penulis sedang menyaksikan salah satu jenis keranda yang dipamerkan.

Selesai melawat, kami singgah ke kedai muzium. Agak terkejut juga, apabila terlihat patung kartun yang dijadikan keychain yang turut terjual di kedai ini. Seharusnya muzium-muzium di Malaysia terutamanya mengenai peranan kedai muzium yang seharusnya lebih giat lagi mempromosikan buku mengenai sejarah dan pameran tentunya.

Lebih menarik sekiranya muzium-muzium di Malaysia mencontohi apa yang telah dilakukan secara kreatif di Petrosains, yang lebih berjaya menarik minat orang awam terhadap sains. Kaedah yang sama perlu dilakukan terhadap sejarah, yang juga perlu dikreatifkan.

Jumaat, 21 Mei 2010

Strategi kita masih lemah

Rasanya masih belum terlewat untuk penulis mengulas tentang Piala Thomas. Penulis dapat rasakan kehangatannya masih belum hilang. Malah di media massapun masih hangat membincangkan kekalahan teruk Malaysia di tangan China tempohari.

Penulis dan kelab Famemas antara ribuan penyokong yang telah membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi memberi sokongan dan semangat kepada skuad badminton Piala Thomas Malaysia tempoh hari.

Suasana stadium sebelum perlawanan Malaysia dan China bermula.

Ternyata kekalahan 0-3 Malaysia kepada China, nyata menunjukkan pasukan negara masih kurang kemampuan dan ketahanan dalam meleraikan Tembok China.

Penulis dan rakan-rakan sebelum memasuki stadium.

Walaupun penulis dan seluruh rakyat Malaysia memberi sorakan hebat di Stadium Putra Bukit Jalil, kemenangan belum mampu menjadi milik Malaysia.

Rakan-rakan penulis sedang memberi sokongan kepada pemain Malaysia.

Kita sudah membariskan pemain badminton hebat termasuk wira kita Datuk Lee Chong Wei. Namun, kebanyakan peminat sukan badminton sangat kecewa dengan keputusan perlawanan itu, bahkan ada antaranya melemparkan kenyataan dalam media mengecam kekalahan Malaysia.

Doa dan sokongan TokMoh gagal merobohakan tembok negeri China.

Peminat harus memberi kata semangat dan ribuan terima kasih kepada pemain kerana mereka sudah mencuba sedaya upaya mengharumkan nama negara tetapi kecundang disebabkan strategi yang lemah.

One Malaysia

Sebagai tuan rumah, keputusan ini memang mengecewakan, tetapi kekalahan ini adalah kekalahan bermaruah kerana pemain Malaysia secara keseluruhannya mempunyai semangat juang tinggi dan kekalahan ini tidak harus dikecam. Ia jadi pengajaran untuk kejohanan seterusnya.

Khamis, 20 Mei 2010

Masyuarat

Semalam dan hari ini, penulis telah menghadiri Masyuarat Pelapuran B. teks untuk 60% dan 40% di bilik masyuarat tingkat 8, Menara DBP. Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan.

Menentukan tarikh bengkel 100% pula.

Masing-masing berdebar menanti keputusan pelapuran.

Serapan hari ini.

Mungkin kali terakhir editor Jai bersama kami.

Sekadar membasahkan tekak.

Ilustrator Sham sedang menunjukan lukisannya kepada penilai dan penulis.

Hidangan makan tengahari.

Masing-masing nampaknya berselera.

Mereka masih mampu tersenyum.

Penulis terpaksa bersiap sedia untuk pembetulan kali ini.

Jumaat, 14 Mei 2010

Syabas Malaysia!

Tahniah kepada pasukan negara yang berjaya ke separuh akhir setelah menewaskan Denmark malam kelmarin. Sebagai penonton, suasana cemas sangat terasa. Semangat penyokong di stadium sangat kuat. Ini dapat dilihat semasa laungan kuat oleh penyokong Malaysia di stadium.

Sebelum memasuki stadium.

Perlawanan yang sungguh mendebarkan.

Di stadium, kami menyorak kegembiraan apabila setiap kali pasukan memenangi perlawanan. Kami dari Kelab Famemas begitu bersemangat sekali dengan bersorak dan memukul gendang setiap kali pemain negara mendapat mata dari pemain Denmark. Memang berbeza sekali apabila menonton secara live di stadium berbanding di rumah. Suasana di stadium lebih gamat dan sangat meriah.

Penyokong Malaysia sedang bersorak.

Suasana di stadium di perlawanan suku akhir.

Penulis ketika berada di stadium.

Perlawanan malam kelmarin amat seronok dilihat kerana bukan sahaja permainan baik tetapi sangat sengit. Sekiranya pasukan negara kalah dengan semangat tersebut, langsung kami tidak merasa ralat. Berbeza semasa perlawanan dengan Jepun, penonton marah bukan kerana pasukan kalah tetapi semangat yang ditunjukkan kurang.

Diharapkan pasukan negara terus maju ke peringkat seterusnya. Kami penyokong pasukan negara sentiasa berdoa agar pasukan negara akan menjuarai Piala Thomas.

Ahad, 2 Mei 2010

Hari Pekerja

Penulis bersama editor dan ilustrator terpaksa berkerja pada Hari Pekerja kerana dateline semakin hampir.

Ada pekerja datang ke pejabat dengan perasaan penuh perasaan gembira dan ceria, ada pekerja datang dengan perasaan biasa, dan ada pekerja yang datang dengan perasaan serba tidak kena!.

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan biasa sahaja, hasilnya adalah biasa saja, sesiapa yang datang dengan penuh ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa jadinya!.

Oleh itu, bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari-Nya! Insyallah...

Isnin, 19 April 2010

Bengkel Buku 40% Terakhir

Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang lalu, penulis telah menghadiri bengkel b. teks untuk 40% terakhir di bilik masyuarat tingkat 9, Menara DBP. Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan.

Suasana bengkel.

Tuan Pengerusi.

Suasana bengkel.

Suasana bengkel.

En. Rizal, penyelia kami

Pening juga kepala pereka bentuk.

Penulis sedang memberi cadangannya.

Pengerusi sedang memberi penerangan.

Editorpun banyak berfikir.

Ilustrator sedang melukis salah seorang watak di dalam buku.

Ilustrator sedang menerangkan lukisannya kepada para peserta.

Ilustrator Sham sedang melakar gambar-gambar watak di dalam buku.

Editor.

Penulis sedang menunjukan cara memegang yang betul.

Sudah tiba waktu makan.

Isnin, 12 April 2010

Zoo Negara

Semalam, penulis bersama anak berkunjung ke Zoo Negara. Setelah menyaksikan landkap dan gelagat haiwan-haiwan di situ, penulis amat bersetuju dengan pandangan beberapa pengunjung yang lain mengenai hak untuk mempertahankan kedudukan Zoo Negara di Hulu Klang yang berhampiran dengan bandar raya Kuala Lumpur kerana ia merupakan salah satu destinasi popular pelancong.

Anak penulis sebelum memasuki Zoo Negara.

Harga teket memasuki Zoo Negara.

Semasa berkerja di Muzium Negara dahulu, penulis juga sering mengesyorkan kepada para pelancong tempatan dan asing berkunjung ke Zoo Negara. Malangnya, Zoo Negara sekarang sudah banyak berubah dibandingkan keadaannya dahulu. Ketika melawat ke Zoo Negara 10 tahun yang lalu, penulis masih ingat betapa kita seolah-olah berada di kawasan habitat sebenar haiwan.

Dikehendaki memakai gelang ketika berada di dalam Zoo Negara.

Salah seekor burung yang cantik di Zoo Negara.

Ketika berkunjung lagi, penulis cukup terkejut kerana habitat haiwan yang terdapat di dalam Zoo Negara dibiarkan usang dan tidak diselenggara dengan baik. Malahan ada sangkar dan juga akuarium yang kosong tanpa haiwan. Suasana semula jadi di sekitar Zoo Negara juga semakin hilang hilang kerana pembangunan. Bagi pandangan penulis, apa yang ada sekarang tidak layak lagi berstatus Zoo Negara.

Badak Sumbu di Zoo Negara.

Anak penulis disamping seekor unta di Zoo Negara.

Beberapa tahun yang lalu, penulis telah melawat Zoo Taiping dan Zoo Melaka. Penulis berasa cukup kagum dengan keadaan kedua-dua zoo tersebut. Suasananya mesra alam dan nyaman. Jika dibandingkan dengan Zoo Negara, secara jujur penulis boleh katakan bahawa kedua-dua zoo tersebut adalah lebih baik.

Harimau di Zoo Negara.

Pelanduk di Zoo Negara.

Sebagai rakyat Malaysia yang menetap di Lembah Kelang, penulis cukup kecewa dengan keadaan ini. Tidak dinafikan bahawa kedudukan Zoo Negara di kawasan pembangunan yang pesat merupakan salah satu faktor berlakunya perubahan suhu dan kedudukan geografinya yang kurang sesuai. Namun penulis tidak boleh mengelak daripada bertanggapan bahawa faktor pengurusan dan masalah dalaman juga turut menyumbang kepada kemerosotan.

Penulis sempat juga merakamkan kenangan dengan zirafah di Zoo Negara.

Pintu keluar Zoo Negara.

Kesimpulannya, penulis berharap agar pihak yang berkenaan, sama ada pengurusan Zoo Negara sendiri mahu pun pihak kerajaan, membuat dan mengambil langkah drastik bagi memulihkan imej zoo yang terletak di Hulu Klang ke taraf sebenar Zoo Negara.