Isnin, 27 April 2009

Hari Keluarga di Rimba Jinbara

Sepanjang dua bulan ini aku sangat sibuk menyiapkan kerja-kerja reka bentuk sebuah buku teks bahasa arab sekolah menengah sehingga hari cutipun aku terpaksa berkerja lebih masa. Tetapi pada hari sabtu dan Ahad yang lepas, aku terpaksa melupakan kerja untuk menghadirkan diri ke majlis hari keluarga Kelab Mantan Keselamatan DBP. Peluang ini memang tidak akan aku lepaskan kerana bukan mudah hendak berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama terpisah. Apabila berjumpa, pasti mengamit kembali kenangan terindah ketika zaman remaja dahulu, tetapi bukan luka lama berdarah kembali huhuhuh....


Penulis di pintu masuk chalet Rimba Jinbara


Landkap chalet Rimba Jinbara

Ini adalah kali kedua aku mengaktifkan diri dengan Kelab Mantan Keselamatan DBP. Jika sebelum ini kelab menganjurkan perkelahan di Sungai Congkak, tetapi kali ini kami beramai-ramai pergi berkelah di kawasan perkelahan Kg Kemensah, Ulu Klang. Memang betul-betul santai, siap ada barbeku lagi..

Ini kali pertama aku sampai di situ. Dan tidak pula aku ketahui di belakang Zoo Negara ada sebuah perkampungan dan tempat perkelahan yang sangat menarik. Ketika hendak memasuki Kampung Kemensah itu, aku rasa seperti tidak percaya ada tempat berkelah di sini, ingatkan aku sudah tersesat apabila sudah melepasi kawasan perkampungan barulah ternampak sungai-sungai yang airnya mengalir tenang. Sungguh syahdu rasanya...


Suasana di dalam chalet Rimba Jinbara


Mantan keselamatan DBP bersama anak masing-masing

Hendak mencari Rimba Jinbara bukannya mudah untuk orang seperti aku yang baru menjejakkan kaki di tempat seperti itu. Manakala talipon pun tiada talian, cuma mengharapkan pelan lokasi yang diberi oleh en. Nazri yang menjadi guide aku. Namun aku masih lagi keliru, mujurlah aku tergerak hendak bertanya kepada salah seorang penduduk kampung, di mana lokasi Rimba Jinbara itu, rupa-rupanya sudah hampir dengan tempat aku berhentikan kenderaan. Semacam tidak percaya sahaja apabila aku melihat tempat itu, ada beberapa buah chalet yang comel yang memudahkan untuk menyimpan barang dan baring-baring. Ruang untuk barbeku pun di sediakan.


Anak-anak mantan keselamatan DBP sedang bermandi manda


Bukan selalu dapat berjumpa seperti ini

Ketika aku sampai, keluarga yang lain-lain sudah sibuk mandi dan berendam. Nazri dan anak-anaknya sedang khusyuk memancing ikan di kolam!. Manakala aku pula sebab sudah kelaparan terus sahaja makan nasi lemak yang puan Eatikah sediakan. Apabila sudah terasa kenyang barulah aku berendam sikit-sikit. Huiiii.. sejuknya air sungai... Tetapi yang paling aku tidak sangka adalah kemunculan keluarga Shahrudin dan Milah yang sangat di nanti-nantikankan oleh ahli-ahli kelab, Ketika kami sudah kekenyangan dan sudah puas berendam, barulah nampak batang hidung mereka.. haha.. glemer la lu beb!


Adik Eatikah sedang khuyuk memancing


Hampir satu jam untuk menyalakan api BBQ ini

Berbalik dengan Chalet Rimba Jinbara, tidak banyak info yang aku perolehi. Cuma aku dapat tahu Chalet ini diusahakan oleh keluarga kumpulan muzik Jinbara. Ada sebelas chalet yang boleh disewa dengan kadar sewaannya rm50 hingga rm100 mengikut saiz. Kepada pengunjung yang kaki pancing, ada tiga kolam disediakan dengan dengan bayaran rm30 sehari. Ada sebuah restoran untuk menjamu selera siap dengan siaran Astro sekali. Pada sebelah malam, pengunjung boleh berhibur dengan berkaraoke sehingga ke awal pagi.


Suasa malam di chalet Rimba Jinbara


Antara pemandangan menarik di perkelahan Kg Kemensah, Ulu Klang

Antara aktiviti lain yang disediakan ialah merentas hutan (Jungle Trecking), sukaneka, program krusus berkumpulan, set karaoke, sesi fotografi & pengambaran dan menyediakan untuk majlis hari jadi, hari keluarga, hari keramaian dan kenduri kahwin.

Pada aku, chalet Jinbara ini boleh dikomersialkan jika pihak pengurusan chalet ini perlu menambah baikkan lagi dari segi kemudahan chalet seperti menyediakan katil, almari dan bilik airyang sempurna manakala landkapnya perlu dihias lebih menarik lagi. Aku rasa pengunjung tidak kisah membayar lebih sedikit jika suasananya sungguh menyelesakan.

Malang sekali Hari Keluarga ini tidak disertai keluarga Sidek dan Raja Rosmawati kerana masalah kesihatan anak masing-masing. Insyaallah, jika tiada sebarang masalah, pada masa akan datang kami akan membuat majlis seperti ini di PD atau Cameron Higland pula...

3 ulasan:

Cikgooden (Selumbar Emas). berkata...

alamak...best betui tempat ni...

mie3425 berkata...

Zul, aku pun mantan jugak, boleh ikut ker? Kenapa tidak disenaraikan nama-nama mantan tersebut.

ZulDeanz berkata...

aku tak tau laks ko mantan jugak huhuhhhh