Rabu, 29 April 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Aku berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 pada 21 dan 24 April lalu. Di gerai ITNM aku sempat membeli buku Barack Obama dan layak menyertai peraduan. Manalah tahu jika ada rezeki, kalau tidak menang MYVI pun, dapat hadiah saguhatipun sudah cukup bertuah.... hehe... tetapi aku rasalah, memang susahpun nak menang... tetapi tidak salah aku mencubakan?


PWTC tempat berlansungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009


Encik Zulhabri sedang melayan pelanggannya

Ketika singgah di gerai GERAK BUDAYA pula kebetulan bertemu dengan rakan kelab Famemas iaitu En. Zulhabri yang sedang sibuk melayan pelanggan di gerai tersebut. Kami sempat berborak sebentar tentang aktiviti semasa kelab Famemas dan perkembangan sukan negara terutama topik perlawanan akhir piala FA antara Selangor dan Kelantan yang kebetulan yang akan berlangsung pada malam tersebut.


Siapalah yang bertuah pemenang MYVI ini yer?


Suasana di gerai PTS


Macam-macam buku ada

Penulis tetap meluangkan masa membaca buku Barack Obama walaupun tengah sibuk sekarang.

Aku dapati gerai di pesta buku ini sentiasa penuh dengan pengunjung. Semasa berbual dengan En. Zulhari, beliau dengan gembira menyatakan kesyukurannya kerana dalam keadaan ekonomi meleset ini rakyat Malaysia masih tidak lokek untuk membeli buku.

5 ulasan:

mie3425 berkata...

Kepada Sdr Zul, terima kasih kerana membeli buku Keberanian Menggapai Harapan. Moga-moga anda pun dapat memenangi hadiah yang ditawarkan. Saya gembira kerana buku tersebut laris di pasaran dan telah mendapat sedikit sentuhan saya dan rakan-rakan di Unit Buku, ITNM.

Cikgooden (Selumbar Emas). berkata...

aku tak sempat nak pergi.....alahai, rasa rugi pulak. Kena tunggu tahun depan la pulak.

ZulDeanz berkata...

Suhaimie - best buku tu...
Ciggooden - tahun hadapan ada lagi... insyaallah...

Anuar Manshor berkata...

Saya boleh bagi menang naik Myvi!haha

ZulDeanz berkata...

Nuar jum kita gi makan.... he2