Rabu, 5 Ogos 2009

Musim Demam, Batuk dan Selsema

Ketiga-tiga ubat itu boleh mendapat award “best choiceof the month bagi bulan ini. Setiap kali musimnya tiba, jarang untuk ubat lain. Dari anak-anak kecil sehinggalah orang dewasa, sama sahaja. 


Ubat demam, batuk dan selsema sudah tersedia di meja.

Penulispun baru sahaja sembuh dari demam, batuk dan selselma. Ketika penulis menerima rawatan di Klinik Fauziah Ampang tempohari, doktor yang bernama Salijah itu memberitahu, ada dua faktor yang menjadi punca penyakit ini. Yang pertama ialah faktor, musim buah-buahan dan kedua adalah faktor cuaca. 


Cuaca yang berjerubu di hadapan rumah penulis.

Sudah hampir sebulan cuaca berjerubu dan musim buah-buahan di Lembah Kelang. Penyakit lelah juga meninggkat. Begitu juga sakit tekak. Risiko pada anak-anak adalah lebih tinggi. Apa lagi mereka tertekan dengan peperiksaan akhir tahun yang akan tiba. Cuma yang kuat sahaja terselamat nampaknya.


Musim buah-buahan sekarang.

Menurut doktor Salijah, tiada jalan mudah menghadapi faktor cuaca ini melainkan “bersederhana”. Maknanya elakkan berhujan terutama hujan lebat. Elakkan hari panas terik yang tiba-tiba muncul setelah hujan selesai. Silih berganti perubahan suhu bandan menyumbang ketidakstabilan sistem pertahanan badan. Mudahlah terkena penyakit. Itu sahaja katanya.


Rakan sepejabat yang demam, batuk, sakit tekak dan selsema.

Pesan doktor itu lagi, jangan lupa ambil vitamin dan minum air secukupnya. Jika demam selsema ,ambillah rehat dan jangan berdegil hendak buat kerja pula. Rehat yang cukup membantu menaikkan sistem pertahanan badan, jadi makanlah ubat, rehat dan minum air dengan banyak.

Akhir sekali doktor itu turut berpesan, jika demam ini berlarutan dan bertambah teruk, silalah mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital yang berhampiran untuk memastikan anda bebas dari H1N1. 

1 ulasan:

Anuar Manshor berkata...

HR pun pening banyak sangat tuntutan bayaran klinik, kan!