Khamis, 28 Januari 2010

Waktu Sibuk Datang Lagi...

Sudah lama juga penulis tidak update entry blogs ini. Ini adalah kerana, sejak kebelakangan penulis sangat sibuk dengan tugas-tugas harian dan aktiviti-aktiviti kelab. Apabila sedang sibuk, idea untuk menulis pun hilang.

Jika sebelum ini penulis boleh tersenyum lebar kerana tidak terpilih atau terlibat dengan pembikinan buku teks. Sekarang ini pun rakan-rakan seperjuangan sedang sibuk berbengkel selama seminggu di sebuah hotel di Bangi. 

Tetapi semalam penulis agak terperanjat, apabila menerima sepucuk surat dari pengurus bahagian, esok, penulis dikehendaki ke Puterajaya untuk menghadiri satu taklimat buku teks dengan pihak kementerian. Ini bermakna, penulis akan ditugaskan men design buku teks yang berjudul "Masalah Penglihatan" tahun 1 untuk kegunaan pada tahun 2011. Ingatkan bolehlah senyum sokmo, tetapi kena juga hehe.... 

Agak mencabar juga menerima tugas mereka bentuk buku ini kerana ia tiada bahan rujukan. Buku ini berbeza dengan buku-buku teks yang lain. Buku ini hanya digunakan di sekolah-sekolah pendidikan khas untuk adik-adik yang cacat pengelihatan sahaja. Menurut guru yang mengajar, memang tiada buku teks khas untuk adik-adik istimewa sebelum ini. Bermakna, buku teks ini adalah kali pertama yang akan digunakan di sekolah-sekolah pendidikan khas di seluruh Malaysia.

Penulis sebenarnya masih belum dapat bayangkan bagaimana hendak men design buku ini seperti mana yang dikendaki oleh panel penulis dan pihak kementerian. Kerana masalah tiada bahan rujukan ini. Walau bagaimanapun penulis tetap menerima tugas yang agak mencabar ini dengan semangat yang berkobar-kobar! hehe...

2 ulasan:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Selamat Menyambut Hari Sibuk. Selamat berbengkel, selamat menghadap komputer.

SOHAINA MOHD SALLEH berkata...

yer laa,MENCABAR BETUL TUGAS TUU...SELAAMT BERJUANG DENGAN TUGAS YG MENCABAR INI.