Ahad, 4 April 2010

Berbaloi-baloi ke Maskara 20

Walaupun penulis agak sibuk dengan tugas sekarang, namun penulis masih dapat meluahkan masa untuk menghadiri Majlis Malam Baca Naskhah SiNDiket SOL-jah atau dikenali juga dengan malam MASKARA yang telah berlangsung di Rumah Pena pada malam Sabtu lalu. Penulis sangat terhibur pada malam tersebut kerana dapat menyaksikan pelbagai acara, iaitu drama bersajak, tarian, nyayian berakustika dan bacaan puisi. Bertambah berbaloi-baloi lagi penulis mendapat senaskah novel percuma yang bertajuk "Karipap Cinta" khas dari penulisnya iaitu en. Nazri M. Annuar atau Vovin.

Pelita sebagai penganti lighting pada malam itu.

Peserta pertama yang kena ragging dari juru acara.

Mat Jan hanya menjadi penonton pada malam itu.

Dr. Ahmad Razali ditemubual pada malam itu.

Puisi Cinta dari Dr. Ahmad Razali.

Persembahan nyayian puisi dari Syed Amran.

Baru penulis kenal, inilah Dugung Senyum.

Vovin membaca sebahagian novel Karipap Cinta.

Tetamu dihidangkan sebungkus nasi lemak dan kopi Tongkat Ali.

Saudara Rahimidin ditanya sesuatu sebelum membuat persembahan.

Saudara Meor membuat persembahan nyayian puisi.

Kumpulan Ninjaseni membuat persembahan.

Vovin merakamkan sesuatu yang menarik.

The Primary

Walaupun tidak ramai yang hadir mungkin kerana ada live perlawanan MU vs Chelsea, tetapi jamuan yang disediakan oleh penaja & pihak penganjur amat menyelerakan sehingga berjaya dihabiskan oleh tetamu yang hadir. Terima kasih daun keladi kepada mereka.

Tidak sabar pula menanti majlis MASKARA yang akan datang... Maskara 21

3 ulasan:

mukhsen_x berkata...

bro kulaan, saya copy gambar eh? yg perserta pertama tu. :)

dugongsenyum berkata...

saya cilok gambar saya ya

sinaganaga berkata...

lain kali kalau datang bawak la aweksssssss! ha ha