Jumaat, 25 Februari 2011

Kuching Water Front

Petang itu kami ke Kuching Water Front. Penulis sudah lama mengidam-idamkan untuk ke sini. Puan Edit Sulie rakan penulis di Kuching sudah menceritakan betapa indahnya sekitar Kuching Water Front ini. Dari kejauhan lagi kami sudah boleh melihat tersergam indahnya Dewan Suarah (Syura) tempat berlangsungnya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ia terletak betul-betul di tebing Sungai Sarawak.

Dewan Suarah tersergam indah di tebing Sungai Sarawak.

Perahu tambang di Sungai Sarawak.

Kuching Waterfront, satu tempat yang menjadi kemestian bagi pengunjung di bandar Kuching. Kuching Waterfront menjadi tempat santai yang sesuai dan berada berhadapan dengan Sungai Sarawak. Di sepanjang pesisir sungai ini juga dibina pesiar kaki yang memang menggamit kita untuk melewatinya. Untuk mereka yang suka kepada aktiviti cruise, anda boleh merasainya di sini. Namun harganya agak mahal, RM60 bagi seorang dewasa.

Penulis sempat berposing di Kuching Water Front.

Penulis berlatar belakangkan mercu tanda bandaraya Kuching.

Di sini juga terdapat gerai gerai makan yang dibuka setiap petang. Gerai ini menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk delicacy tempatan seperti laksa Sarawak dan Mee Kolok. Oleh kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancong, maka harga makanan di sini agak mahal berbanding di tempat lain. Jika di tempat lain, sepinggan laksa Sarawak berharga RM3.50 tetapi di sini harganya sekitar RM6 sehingga RM7 sepinggan. Kami sempat menikmati Teh Tarik Dangdut yang berharga RM3.00 segelas. Teh Tarik Dangdut agak unik dan kreatif kerana kelihatan berlapis-lapis seperti Kek Lapis Serawak.

Teh Tarik Dangdut di Water Front Kuching.

Pemandangan Astana pada waktu malam.

Kuching Waterfront dilengkapi dengan kemudahan tandas, tempat solat, pejabat polis serta tourist information centre.

Tiada ulasan: