Sabtu, 26 Februari 2011

Terbang Bersama FireFly

Penulis baru balik menghadiri taklimat dan bermesyuarat dari Kuching kelmarin. Penulis menggunakan pesawat Firefly, anak syarikat penerbangan MAS. Perkhidmatan penerbangan Firefly ke Sabah dan Sarawak mula beroperasi sekitar awal Januari 2011 yang lalu. Pastinya selepas ini, syarikat penerbangan Firefly akan berlumba dengan syarikat penerbangan AirAsia bagi menarik bilangan penumpang kerana kedua-duanya menyediakan perkhidmatan tambang yang murah.

Pesawat Firefly.

Tiket penerbangan Firefly.

Maklumlah, syarikat penerbangan MAS lebih sesuai untuk golongan yang berduit dan inginkan keselesaan, jadi ramai yang akan berebut-rebut untuk menggunakan perkhidmatan tambang yang lebih murah. Terus terang penulis katakan, setakat ini penulis lebih selesa dengan syarikat penerbangan Firefly. Ruang tempat duduknya yang selesa serta makanannya lebih menyelerakan dan banyak pilihan.

Kacang yang berharga Firefly.

Pramugari Firefly.

Cuma kita tiada pilihan untuk menolak menu makanan jika mempunyai bagasi kerana perkhidmatan bagasi merangkumi sekali dengan makanan. Jika syarikat penerbangan Airasia, kita boleh memilih samada mahu makanan atau tidak walaupun mempunyai bagasi.

Anak-anak kapal sedang melayan penumpang yang memesan makanan.

Berserapan dengan nasi lemak.

Yang parahnya jika hendak menaiki pesawat Airasia, bersiap-sedialah dengan menimbang berat bagasi anda. Jika melebihi berat yang ditetapkan, anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM15.00!. Bayangkan, setelah puas membeli belah, ketika hendak chek in, bagasi anda terlebih berat dari anggaran.

Makan tengahari dengan nasi beriani.

Penumpang sedang menikmati makan tengahari di dalam pesawat Firefly.

Harap-harap Firefly menyediakan semua perkhidmatanini bukan sekadar gimik untuk menarik ramai penumpang. Apabila sudah mempunyai berjuta-juta penumpang, mulalah menaikkan caj bagasi, mengenakan caj kad kredit yang tinggi, mempromosi tambang murah di media massa tetapi sebenarnya tiada dan bermacam-macam ragam lagi.

Penulis dalam perjalan pulang dari Kuching ke Kuala Lumpur.

Pemandangan dari tingkap Firefly.

Dengan adanya perkhidmatan syarikat pernerbanagan Firefly ke Sabah / Sarawak, memudahkan lagi pengguna untuk membuat pilihan samada ingin menggunakan pesawat MAS, Airasia ataupun Firefly. Persaingan sihat ini sangat baik kerana memudahkan pengguna untuk melancong atau melawat orang tersayang di mana-mana destinasi.

Tiada ulasan: