Isnin, 17 Oktober 2011

Real Steel Memang Best!

Semenjak penulis berehat dari kerja freelance sekarang, hampir setiap hari penulis ke pawagam untuk menonton filem box office 2011. Salah satu filem box office menarik yang penulis tonton, filem yang bertajuk “Real Steel”.

Teket wayang.

Filem ini yang dibarisi pelakon-pelakon seperti Hugh Jackman, Evangeline Lilly, Kevin Durand, dan Olga Fonda. Filem ini sedang meletup di pawagam dengan aksi dan jalan cerita yang menarik.

Filem ini mengisahkan tentang perlawanan tinju pada masa hadapan di mana yang berlawan tinju itu adalah robot dan dikawal sepenuhnya oleh manusia. Di Hollywood, filem ini telah ditayangkan pada 7 Oktober lepas ini telah mencatat kutipan sebanyak 27.3 juta USD sekaligus mengalahkan kutipan filem-filem lain yang ditayangkan pada masa yang sama.

Dari 5 bintang, penulis bagi 4 bintang kerana filem ini memang berkualiti dan sangat bagus sekali aksi serta sistem audionya. Anda harus menonton filem ini dan ianya pasti tidak akan mengecewakan anda

Poster filem Real Steel.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton filem ini di panggung wayang terdekat. Layankan trailer Real Steel selepas ini!

Tiada ulasan: