Sabtu, 8 Oktober 2011

Aku, kini pesara kerajaan?

Memang impian penulis ingin berkerja dengan kerajaan dari dari dahulu lagi. Impian tersebut sudahpun tercapai, cuma hanya bertahan 12 tahun sahaja apabila dipaksa bersara dan berkerja dengan syarikat D oleh pihak yang tamakan kuasa dan wang semata-mata.

Kad pesara kerajaan Malaysia.

Setelah hampir 9 tahun berhikmat di syarikat D ini, syarikat ini mengalami masalah kewangan yang amat serius akibat dari kelemahan pentadbiran, pengurusan kewangan, ketamakkan serta keegoan pemilik dan pemberi tendernya. Akibatnya penulis dan rakan-rakan kehilangan perkerjaan kerana pihak syarikat sudah tidak mampu lagi membayar gaji kami.

Rupa-rupanya ada hikmah disebalik kejadiah tersebut. Penulis dan rakan-rakan diberi faedah persaraan awal oleh JPA. Minggu lalu kami mantan DBP telah menerima wang ganjaran dan kad persaraan dari JPA. Alhamdulillah kini kami berstatus pesara kerajaan dan layak menikmati faedah-faedah persaraan dari kerajaan Malaysia.

Bukan kerana elaun pencen yang akan penulis perolehi setiap bulan yang diharapkan tetapi faedah rawatan di hospital itu yang paling utama. Bayangkanlah bayaran untuk rawatan pakar seperti rawatan mata dan jantung boleh membeli sebuah rumah baru.

Terima kasih kepada pihak kesatuan sekerja dan DBP kerana mengusahakan urusan persaraan mantannya ini kepada pihak JPA dengan segera.


1 ulasan:

Idris Talu berkata...

Assalamualaikum En. Zul,

Bukan En Zul dan rakan-rakan sahaja yang merasai pengalaman sebegini rupa. Ramai lagi yang memang tidak tahu ke mana hendak mencurahkan perasaan.

Saya masih teringat salah satu adegan menjual orang dalam film P Ramlee, di mana saudagar Husin Lempoyang berkata, "Berniaga manusia lebih baik dari berniaga unta!" Rupanya zaman sekarang pun benda seperti ini masih terjadi!

Saborlah En. Zul.