Isnin, 21 Oktober 2013

Air Lemuju

Pernahkah anda mendengar mengenai air lemuju? Penulis sendiripun baharu dapat tahu tetang air lemuju ini. Anak buah baru pulang dari kampung. Dia bawa beberapa botol air lemuju dan bagi percuma sebotol untuk penulis. Jika anda masih tidak tahu lagi, mungkin penjelasan ini boleh membantu anda semua meningkatkan lagi pengetahuan mengenai air herba lemuju ini.
Air Lemuju cap Suami-Isteri keluaran dari kampung penulis.
Tumbuhan dikot ini biasa ditanam sebagai tumbuhan laman kerana penggunaanya dalam masakan dan juga sebagai hiasan.Daunnya yang berbau wangi boleh dijadikan pengganti daun oregano dalam masakan terutamanya masakan itali dan barat.
Pohon herba Lemuju - Foto gooogle.
Air Lemuju ini dihasilkan dari daun herba iaitu pokok Lemuju. Jika dahulu kewujudan pokok herba ini seakan-akan tidak dipedulikan. Kadang-kadang kalau di kampung, pokok Lemuju banyak didapati tumbuh meliar di halaman rumah, kebun, kadang-kadang di batas sawah pun ada, Ini kerana kelebihan yang ada lebih banyak dibanyangi pokok herba yang lain seperti pokok Serai.
Stok air lemuju baru tiba dari kampung.
Khasiat daun Lemuju adalah untuk merapi dan menyihatkan rambut dengan cara meramas beberapa helai daunnya dan dilumurkan pada kepala. untuk merawat luka pula, seriawan dan ulser pula lekapkan daunnya pada bahagian yang terlibat. Jus atau ekstrak airnya boleh digunakan untuk merawat kembung perut dan angin dalam badan
Air Lemuju.
Air Lemuju juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit dilaporkan sembuh menggunakan rawatan tradisional produk air Lemuju adalah seperti berikut: 
  • MEMBUANG ANGIN 
  • KEMBUNG PERUT
  • SAKIT SENDI 
  • WANITA DALAM PANTANG (SELEPAS BERSALIN) 
  • SAKIT DADA 
  • PEDIH HULU HATI (GASTRIK) 
  • BISA 
  • BATUK 
  • BATU KARANG 
  • MUNTAH-MUNTAH 
  • LELAH 
  • SENDAWA 
  • SAKIT GIGI 
  • MASALAH PENGHADAMAN 
  • PENYAKIT RAHIM WANITA 
  • DEMAM 
  • MELANCARKAN PERJALANAN DARAH 
  • SAKIT KEPALA 
  • PENING KEPALA
  •  DEMAM KURA

Khasiat air lemuju yang tertulis dibotol.
Sejak akhir-akhir ini perut penulis sering kali sakit-sakit kerana terlalu banyak angin. Tetapi akhirnya air Lemuju Cap Suami Isteri telah menyelamatkan keadaan. Dekat setengah botol penulis minum air Lemuju ini. Tidak mengapa sebotol hanya RM2 sahaja. Tetapi berkesan untuk membuang angin.

4 ulasan:

U Mau Buy berkata...

Salam air lemuju ni dia kwsn pulau pinang di mana boleh dpt?atau ada yg menjual secara online?

Mohd Shukri berkata...

Salam, Bagi yg ingin mendapatkan Air Lemuju ni,sila pegi ke kedai2 runcit Mamak atau India, selalunya ada......harganya tak lah mahal sebotol antara RM1.50 ke RM2.00 sahaja.

haznita harun berkata...

jiran makcik india sebelah baru bagitau khasiat air lemuju..nak cuba tuk buang angin dalam dalam

Iyqa Gani berkata...

air lemuju, klu cirit2. pun bleh minum.. muntah2.. mabuk nek kreta.. sy minum tp xa laa sampai setengah botol.. yukk.. 1 sudu jaa.. klu tuang dlm cawan pun sikit jaa... mcm ubat..

daun lemuju plak, sesuai utk batuk2 yg kahak.. perah daun dia.. atas sudu dah, senang sikit.. pastu minum..