Khamis, 14 Ogos 2014

Oh! Sayangi Selangor Negeriku

Ramai yang inbox di Facebook bertanya mengenai topik hangat di negeri Selangor pada saya. Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Masing-masing ada pandangan tersendiri. Terima atau tidak itu hak anda untuk memikirkannya. 

Mengenai krisis Menteri Besar Selangor. Ini jawapan dan pandangan saya. Saya bukan orang politik tetapi hanya menyampaikan daripada orang-orang politik yang berada dalam parti supaya ada kebenaran yang tidak disembunyikan. Sebagai rakyat Selangor saya ada hak dan keinginan untuk ambil tahu hal ini..
Yang mana pilihan rakyat negeri Selangor?
1) Kenapa PKR benar-benar mahukan Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan? 

Pelbagai tuduhan, cerita dan dakwaan telah dilontarkan. Ada diantara dakwaan yang disenaraikan sebagai dosa-dosa Tan Sri Khalid Ibrahim itu dilihat tidak kena dengan timeline sebenar. Bagi saya, tuduhan-tuduhan itu adalah simptom dan bukan penyakit sebenar. 

Suara-suara tidak berpuas hati dengan cara Tan Sri Khalid Ibrahim mula terdengar sejak penggal pertama lagi. Walaupun Tan Sri Khalid Ibrahim diakui brilliant dalam pengurusan kewangan dan organisasi, beliau bukanlah seorang yang sedia berkongsi kuasa dalam mengambil apa-apa keputusan. Banyak keputusan-keputusan besar dibuat tanpa merujuk pandangan parti dan PR. Malah ada keputusan-keputusan tersebut bertentangan dengan keputusan parti dan manifesto PR (Langat 2, Kidex, dan lain-lain). 

Beliau juga tidak hadir untuk mesyuarat parti baik di peringkat bahagian hingga ke peringkat negeri. Ini menimbulkan kesulitan kepada gerak kerja parti dan PR. Seharusnya, sebagai pakatan yang memerintah, PR harus ada kelebihan dalam memastikan tindakan dan aktiviti kerajaan negeri selari dengan gerak kerja PR. 

Rungutan dan kesulitan ini dialami bukan sahaja daripada pihak PKR malah daripada pihak rakan-rakan dalam PR. Pelbagai cara telah diambil antaranya melantik Penasihat Ekonomi, Pegawai Perhubungan Politik dan Jawatan Kuasa Khas Air, namun Tan Sri Khalid Ibrahim masih berdegil dan enggan melibatkan pimpinan parti dalam apa-apa keputusan kerajaan. 

Hasil keras kepala Tan Sri Khalid Ibrahim itu, antara decisions y go against PR’s stand are: KIDEX, Tropicana, Langat 2, kenaikan bayaran lesen perniagaan, krisis pentadbiran UNISEL, dan isu bible yang gagal ditangani dengan baik. 

Kesukaran untuk PR bergerak di Selangor akhirnya akan membuatkan rakyat melihat PR sebagai lemah, tidak mampu berkhidmat untuk rakyat dan tiada beza dengan BN. Perlu diingat, pentadbiran kewangan korporat dan kerajaan adalah berbeza. Jika di syarikat korporat, setiap perbelanjaan dan projek dinilai dari sudut pulangan kewangan, namun untuk kerajaan, setiap sen yang dikeluarkan harus dinilai dari sudut impak dan faedah kepada rakyat. Sikap berhemah dalam perbelanjaan kerajaan dan kejayaan menghimpun cash reserves yang banyak haruslah dipuji, namun ia tidak wajar jika sampai membantutkan program-program yang berfaedah kepada rakyat.
Tan Sri Kalid, Datuk Seri Anwar & Azmin Ali.
2) Wajarkah Tan Sri Khalid Ibrahim diganti? 

Bagi saya wajar kerana:
  • Rakyat Selangor mengundi PR untuk sebagai Kerajan Negeri berdasarkan manifesto bersama PR. Maka seorang Menteri Besar perlu mngikut garis kerja dan dasar yang ditentukan PR dan yang djanjikan dalam manifesto. Jika PR berjanji untuk cuba menghapuskan tol, bagaiman pula kerajaan PR boleh approve KIDEX, leburaya bertol yang ditentang penduduk setempat? 
  • Malaysia mengamalkan Westminster system di mana ketua eksekutif kerajaan dilantik oleh parti yang memenangi pilihan raya. Walaupun Selangor ditadbir PR secara bersama, ada gentlemen’s agreement yang Menteri Besar dilantik dari PKR. Apabila Tan Sri Khalid Ibrahim berdegil membelakangkan PKR dan PR dalam decision making, sudah tentu tidak wajar untuk PKR kekalkan dia sebagai Menteri Besar. 
  • Andaikan anda memiliki sebuah syarikat berpangkalan di Johor. Syarikat anda berkembang maju dan membuka sebuah cawangan di Kuala Lumpur. Anda melantik En. A, seorang yang berkebolehan dan banyak berjasa kepada syarikat sebagai pengurus cawangan di Kuala Lumpur. En. A berjaya mencatatkan keuntungan dan jualan yang membanggakan di Kuala Lumpur. Namun, dia berdegil untuk tidak melaksanakan arahan-arahan daripada ibu pejabat di Johor, antaranya, En. A berdegil mengenakan harga biasa kepada Syarikat S untuk mencatatkan keuntungan tinggi walaupun ibu pejabat mengeluarkan arahan untuk memberikan diskaun istimewa kepada Syarikat S untuk kepentingan perniagaan jangka panjang. En. A juga enggan untuk turun bermesyuarat di Johor walaupun berulang-kali dipanggil. Sebagai pemilik syarikat, adakah anda akan terus membiarkan En. A sebegitu?

Yang mana satu?
3) Wajarkah PAS menggunakan alasan kerusi yang lebih banyak untuk menuntut kerusi Menteri Besar? 

Tidak. 

Kenapa: Kota Damansara. Jika PAS tidak khianat atas persetujuan dengan rakan PR dan meletakkan calon, PKR sudah dapat 1 lagi seat menjadikan bilangan kerusi PKR sama tinggi dengan PAS dan DAP. 

4) Benarkah PKR khianat dan lupa jasa-jasa Tan Sri Khalid Ibrahim kepada PKR yang menyumbang jutaan ringgit dari awal era Reformasi lagi? 

Untuk menjawab isu ini, kita perlu lihat kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar pada 2008 dan bukan Azmin walaupun semua sedia maklum bahawa Azmin Ali adalah antara orang kanan dan mempunyai pengaruh cukup besar dalam PKR. TIndakan tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi kesetiaan Azmin Ali kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Ini sudah tentulah kerana memperakui kebolehan Tan Sri Khalid Ibrahim dan mengenangkan segala sumbangan beliau kepada PKR dan PR. Namun kedegilan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan approach nya memaksa PKR untuk berbuat sesuatu. 

Pengajaran harus diambil daripada kes negeri Kedah di mana kegagalan PAS untuk memperakui kelemahan Menteri Besar dan krisis kepimpinan membuatkan kerajaan negeri Kedah gagal menunjukkan prestasi yang bagus dan akhirnya dihukum oleh pengundi sendiri. 

5) Perlukah alasan syara’ untuk menukar seorang Menteri Besar? 

Soal tukar Menteri Besar bukanlah sesuatu yang asing bagi BN atau PR. PAS sendiri pernah memutuskan untuk menukar Menteri Besar Kelantan even tanpa dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah atau pendakwaan daripada mana-mana pihak berkuasa. Dato’ Nasir dijatuhkn sebab gagal mengikut arahan parti sama seperti Tan Sri Khalid Ibrahim. Kedegilan Dato’ Nasir untuk meletakan jawatan juga akhirnya menyebabkan krisis politik yang lebih dahsyat daripada di negeri Selangor kini. .
Tan Sri Khalid dan Staffnya...
6) Jika Tan Sri Khalid Ibrahim perlu ditukar kenapa Datin Sri Wan Azizah (dan sebelumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan ADUN PKR yang lain dipilh sebagai pengganti? 

Perlu diingat bahawa Azmin Ali sudah lama melobi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Azmin Ali adalah orang yang amat berpengaruh dalam PKR baik di peringkat nasional atau negeri. PAS dan DAP tidak bersetuju untuk lantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar dan penyokong-penyokong Tan Sri Khalid Ibrahim juga akan memberontak. Jadi, PKR harus menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan seseorang yang lebih berpengaruh darpada Azmin Ali dan boleh dterima semua pihak baik dalam PKR atau PR. Tiada orang lain selain Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Datin Sri Wan Azizah yang memenuhi kriteria tersebut dalam PKR. Memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak bertanding, tinggallah Datin Sri Wan Azizah sebagai pilihan tunggal. 

Pendek kata, tiada siapa menafikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang Menteri Besar yang baik dengan rekod yang berintegriti dan bersih. Malangnya beliau gagal memahami dalam politik, seorang Menteri Besar bukan sahaja merupakan seorang ketua eksekutif kerajaan negeri tetapi juga adalah seorang proksi kepada parti dan pakatan yang melantik beliau. 

Andai Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dipengaruhi oleh egonya (dan penyokong-penyokong berkepentingan di sekelilingnya) dan bersetuju untuk meletak jawatan secara baik, keadaan tidak akan jadi bahan lawak seperti kini. Tidak akan timbul keperluan untuk melaksanakan Langkah Kajang, mahupun babak londeh-melondeh dengan tuduhan-tuduhan kabur. Malah, PR boleh melantik beliau atas apa-apa kapasiti untuk leverage on kehebatan beliau. Dan tentunya beliau akan terus dikenang sebagai antara Menteri Besar terhebat Selangor!....

Sumber Foto: Internet.


Tiada ulasan: