Selasa, 9 September 2014

Oh!.... Gaji

Penulis terpanggil untuk menulis entry ini bukan hendak kata semua bos berbangsa Melayu tidak berguna, tetapi itu lah hakikatnya. Ramai rakan-rakan yang mengeluh, mengadu hal yang sama iaitu gaji lambat. Maklumlah, kita ini pun hendak hidup juga. Bukan dia seorang sahaja. 

Sungguh tidak patut apabila seseorang majikan membayar gaji pekerjanya lambat. Lagi dasyat lagi apabila lambatnya itu bukan sehari dua, tetapi tiga empat hari. Alahai boss, kerja kena buat, tak kan gaji tidak boleh bayar. Lepas itu, bos buat muka selamba sahaja! Seperti tidak rasa bersalah pula. Dia tidak tahu duit di dalam dompet kita hanya tinggal beberapa ringgit sahaja. Hendak makan tengahari pun terpaksa berkira-kira.
Hanya ini sahaja yang ada dalam dompet ketika ini...
Penulis bukan hendak anti perkauman. Tetapi kenapa bos kaum lain boleh bayar gaji on time? Kenapa majikan Melayu memang bab payment mesti ada masalah! Mesti ada pekerja akan mengadu. Susah sangat ke untuk bayar on time

Begini rahsianya!!! 

Penulis pernah berborak dengan seorang tauke kedai runcit berdekatan rumah penulis mengenai keuntungan syarikatnya. 

Aku: Apek, cuti-cuti sekolah ni takde jalan-jalan makan angin ke? 
Apek: Sudah! Bawak anak-anak pergi Tioman saje. 3-4 hari cuti ok lah tu. Asal mereka happy ma!
Aku: Pergi lah jauh sikit pek, kedai banyak untung! 
Apek : Takde boleh macam itu. Kita haaa orang cina, kalau meniaga... kena bijak ma. Cuti lama-lama macam mana mau laku itu barang. 
Aku: Ini sudah cukup laku lah apek! Kedai apek maju dah. 
Apek : Orang cina haaa, satu hari kena dapat 5 mangkuk tau kalau berniaga. 
Aku: 5 mangkuk? Apa? 
Apek : Ye lah, itu target lah. 5 mangkuk tu kena bagi-bagi. 3 mangkuk untuk modal syarikat, 1 mangkuk untuk pekerja dan 1 mangkuk untuk keluarga. Baru boleh berjaya. 
Aku: Haaa betul tu apek. Oh gitu ek orang cina meniaga. 
Apek: Ye loh! Kalau semua 5 mangkuk itu kasi enjoy, kasi judi, kasi mabuk, mana ada untung! 

Cuba lihat, nampak tak rahsia dia? 

5 mangkuk. 3 untuk syarikat. 1 untuk PEKERJA dan 1 untuk keluarga. Kau nampak tidak macam mana pekerja tu memang menjadi prioriti dalam syarikatnya. Kiranya, setiap bulan gaji pekerja untuk bulan depan sudah disediakan. Bukan bulan itu untuk bulan itu. Enjoy pun berpada-pada! Bukan boleh semua dihabiskan untuk shopping bini, anak pakai ipad, bos tukar kereta bini baharu dan sebagainya. Sedangkan kebajikan pekerja terabai! 

Kau rasa kalau pekerja dibayar gaji lambat apa dorang buat? Mendoakan bos dirahmati? Mendoakan bos panjang umur? Never! Bukan kata kita ini jahat, tetapi gaji kita itu hak kita. Jika sudah hak kita tidak dijaga perlukah kita jaga hak dia? Bagi saya! mesti sumpah seranah yang keluar. Jika sudah setiap bulan kena sumpah, agak-agak bisnes maju ke? Fikir lah sendiri wahai bos-bos sekalian. 

Mungkin apabila sudah menjadi bos, kita terlupa orang-orang di bawah yang menyokong kita. Ingat tidak peribahasa, “Kuat pokok kerana akarnya”. Cuba terapkan peribahasa tu dalam diri. Jadikan pekerja bukan sebagai pekerja tetapi sebagai orang yang menjayakan syarikat. Kebajikan pekerja jangan sekali diabaikan. Gaji mereka tu bayarlah on time. Kita tidak tahu kesusahan yang mereka alami. Majikan yang baik adalah majikan yang bijak bertoleransi dan menghargai pekerjanya!

Tiada ulasan: