Isnin, 19 Januari 2009

PAS Menang di Kuala Terengganu


Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Abdul Wahid Endut dan juga kepada para penyokong2 PAS diatas kemenangan di Kuala Terengganu. Bila PAS menang, sudah tentu penyokong-penyokongnya akan bergembira. Tetapi janganlah, terlalu gembira. Cukuplah sekadar bersyukur diatas kemenangan itu.
Datuk Wan Ahmad Farid dari Barisan Nasional, calun Bebas Azhaharuddin Mamat yang kalah sudah pastinya berduka lebih-lebih lagi Saudara Azharuddin kerana hilang wang pertaruhan. Berilah sedikit simpati kepada mereka dan juga penyokong-penyokongnya agar mereka tidak terlalu kecewa. 
Apa-apa pun itulah adat pertandingan. Sudah tentu sukar sedikit untuk mengawal perasaaan, apatah lagi bertanding di pilihanraya yang hanya muncul sekali dalam masa 4 atau 5 tahun.
Seminggu sebelum pilihanraya, rakan-rakan sepejabat bertanya, siapakah yang akan menang?. Selamba aku jawab, PAS!. Dia tanya kembali, kenapa aku cakap Pas, sedangkan SPR sudah pasti menyebelahi UMNO. Dan mereka tahu,  rakan-rakan aku kebanyakkannya orang UMNO.
Aku balas mudah, jangan suka menyalahkan orang lain.
Mereka tidak berpuas hati apabila aku mencantas percakapan mereka dan berkata kerajaan akan mepmastikan calun BN akan menang. BN sudah biasa buat macam itu dengan undi pos, katanya lagi. Aku tetap berkata, pengundi yang akan menentukan dan bukan kerajaan atau SPR.
Walaupun mereka hendak PAS menang, tapi dihati mereka tidak yakin SPR akan belaku adil. Mereka terus bertanya kenapa pula aku agak PAS yang menang. PAS bukan ada buat apa pun. 
Senang sahaja. Selepas PRU12, perangai orang BN terutama UMNO tetap sama. Masih tidak menunjukkan perubahan. Aku ingatkan mereka akan membuat "paradigm shift" selepas kekalahan di 5 negeri. Tetapi tidak, mereka tetap sama. 
Masih menggunakan taktik lama dalam kempen strategi mereka. Seluruh pemimpin UMNO, berkubu di Kuala Terengganu selama 10 hari. Kalau kita tanya, buat apa pergi sana ? Pergi tunjuk muka sahaja. Bukan buat apa pun.
TV tetap menunjukkan ahli-ahlig PAS menyerahkan borang menjadi ahli UMNO. Taktik begini sudah basi dan bukan meyakinkan oarng masuk UMNO, malah menjadi menyampah.
TV juga akan tunjuk mereka hentam PAS sebab nak laksanakan hudud. Semasa Khairi Jamaludin berdebat sama Datuk Husam, TV menunjukkan yang Khairi Jamaludin amat seronok bila meng"corner" Datuk Husam. Hudud adalah Hukum Allah. Jika tidak mampu melaksanakan, tidak mengapalah, diamkan sahaja. Ini tidak, mereka begitu seronok dapat melanyak PAS kerana PAS tidak dapat melaksanakan Hudud.
MEDIA CETAK juga masih menggunakan taktik-taktik lama ini.
Pemimpin-peminpin UMNO seluruh negara datang ke Kuala Terengganu, dengan kereta cermin gelap diikuti kuncu-kuncunya yang juga bercermin gelap. Bercerita pembangunan itu, pembangunan ini, seolah-olah orang semua bodoh dimata mereka. Pengundi tidak suka kereta-kereta cermin gelap ini datang tempat mereka, cerita pasal pembangunan. Mereka sudah ada itu semua.
"KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG BAGI".
"MEREKA TIDAK PERNAH MENAFIKAN".
"MEREKA TAHU KERAJAAN BN MEMBERI
PEMBANGUNAN KEPADA RAKYAT".
"MEREKA PUN TIDAK MENOLAK PEMBANGUNAN".
Cuma, Mereka sudah muak mendengar cerita-cerita seperti itu. Mereka sudah tidak suka dikelentong lagi. Banyak perkara yang mereka lakukan, membuat rakyat marah.
Ahli-ahli UMNO sendiri yang berkata,
"BIARLAH KALAH, SEKURANG2NYA AKAN
 MENYEDARKAN  PEMIMPIN-PEMINPIN MEREKA".
Walaubagaimanapun, tidak kira siapa yang menang, tidak kira siapa yang memerintah. Kita tetap mesti bersatu. Jangan kita gadaikan keamanan yang kita kecapi ini. InsyaAllah, negara Malaysia Tecinta kita ini akan terus maju, rakyatnya hidup aman damai.

1 ulasan:

K-ReXz berkata...

Makin disekat makin kuat org akan menyokong parti pembangkang. Dan org muda sekang nie bukan nak pembangunan tapi nak perubahan. Bagi aku sistem dimalaysia nie patut diubah dan apa salah yer bagi lah ulama memerintah. Tak bagus kita tukar pemerintah, hak di atas tangan kita. Tu gunanya mengundi..org umno tu paham ker?