Isnin, 23 Februari 2009

Hari jadi


Kad ucapan dari opis aku


Hari ini pada tahun 1969. Pertama kali makhluk bernama cahaya memasuki ruang retina mataku lantas ku kenal ianya sebagai dunia. Ya, ini hanyalah dunia yang fana. Hanyalah fatamorgana dari cahaya yang memasuki mata lantas otak mentafsirkan ia sebagai objek-objek yang dikenali melalui nama seperti kereta, perempuan, tahta dan politik dunia. Semua objek tadi hanyalah idealis otak. 

Subhanallah. Ini bumiMu yang cukup luas untuk aku kenal kebesaranMu. Berikan aku hikmah kebijaksanaan untuk aku mengetahui bahawa kesemua ini bakal aku tinggalkan jua akhirnya. Syukur ke-hadratMu untuk umur yang engkau anugerahkan. Berikan aku kekuatan untuk tidak mempersiakannya.

Aminnnn....

2 ulasan:

Anuar Manshor berkata...

Wah sudah besar dia rupanya:) Semoga hidup terus diberkati.

mie3425 berkata...

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-alif mim pa ta pa wau lam wau ha. Bila nak belanja. Selamat menuju ke gerbang alam remaja semula...