Rabu, 8 April 2009

Paya Indah, Wetlands

Landkap Paya Indah menarik yang sempat dirakamkan jurufoto Aie.



Rakan-rakan yang tuut serta mengambil gambar di Paya Indah



Penulis bergambar kenangan di pintu masuk Paya indah Wetlands


Pernah dengar pasal Paya Indah Wetlands? Ia merupakan satu kawasan bencah yang terletak di dalam Daerah Kuala Langat iaitu kira-kira 60 km dari Kuala Lumpur. Sabtu lalu aku dan rakan-rakan jurufoto tidak melepaskan peluang berkunjung ke tempat ini untuk mengambil gambar-gambar yang menarik.

Paya Indah Wetlands mempunyai keluasan 3100 hektar tetapi sehingga kini hanya 450.76 hektar sahaja yang telah diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembap (Wetlands) di bawah Kanun Tanah Negara Sub-Seksyen 62(1)(No. 175 Akta 56 1965). Pada asalnya, Paya Indah Wetlands merupakan bekas lombong bijih timah, tasik air tawar dan hutan paya gambut dan mula dibaik pulih serta dirawat sejak tahun 1991. Ia dibuka secara rasmi oleh YAB Tun Mahathir Mohamad pada 13 Oktober 2001 dan telah diuruskan oleh Malaysian Wetlands Foundation sehingga Mac 2005.

Sehingga itu, Paya Indah Wetlands diambilalih oleh PERHILITAN sehinggalah pembukaan semula kawasan ini pada 20 Oktober 2008.

Pelbagai tanggapan dang gambaran bermain di fikiran aku sebelum memasuki gerbang Paya Indah Wetlands ini. Tempat ini secara jujurnya masih belum pernah aku jejajki dan Sabtu lalu merupakan kali pertama aku memasuki kawasan yang kaya dengan anugerah alam semula jadi itu.

Aku dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang meronda-ronda sambil merakamkan gambar-gambar menarik di kawasan Paya Indah Wetlands ini. Peluang jangan dilepaskan, dah alang-alang datang kat sini, redah je la. Macam-macam daya tarikan boleh didapati di sini, yang paling best bagi aku ialah sekeluarga Badak Air yang terdiri daripada 3 ekor badak air cukup menggamit perhatian pengunjung. Salah seekor yang aku ingat bernama Kundra!

Di samping itu, terdapat juga kolam buaya, kolam itik, Ladang kuda dan berbagai-bagai lagi tarikan yang mampu membuatkan pengunjung begitu menghayati keindahan ciptaan tuhan. Di samping itu pengunjung juga boleh beridah dengan meniki basikal mengelilingi kawasan Paya Indah Wetlands ini.

Ada juga chalet-chalet yang didirikan di sekitar kawasan Paya Indah Wetlands ini bagi sesiapa yang gemar menikmati keadaan di waktu malam di sini.

Memang best lah pengalaman yang aku lalui hari tu. InsyaAllah aku akan datang lagi ke sini. Jom siapa nak ikut??

1 ulasan: